Namanya ini mungkin tidak selalu disebut seperti Krisdayanti dan Rossa, namun penyanyi Indonesia ini dikenali dengan ramai dan sebaris penyanyi wanita hebat.
Raisa Andriana atau Raisa, selebriti popular berusia 34 tahun yang cukup terkenal dan sukses.
Tidak sekadar diminati kerana paras rupanya yang cantik, kisah rumah tangga Raisa bersama Hamish Daud, sering diangkat sebagai ‘couple goals’.
Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH, Macam Dekat Resort Villa!
Ratu pop dan R&B itu mula menempa nama melalui lagu ‘Serba Salah’. Bekas siswazah Bina Nusantara University (BINUS University) tersebut juga banyak menerima pelbagai anugerah di atas pencapaiannya dalam bidang muzik.
Raisa dan Hamish menikah pada tahun 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Zalina Raine Wyllie.
Menariknya sewaktu pandemik dan ulang tahun perkahwinan mereka yang lepas, pasangan Raisa dan Hamish memutuskan untuk berpindah ke Pulau Bali.
Meskipun jarang berkongsi tentang kediaman mewah mereka, namun pasangan tersebut pernah membuat video house tour di sekitar hunian baru itu.
Persis villa, barangkali cukup untuk membayangkan keindahan rumah dua tingkat yang dihias gaya minimalis resort itu.
Sebagai isteri arkitek, tentu sekali Raisa sangat bertuah kerana suaminya memberi tumpuan khusus kepada reka bentuk dan beberapa sudut tertentu kesukaan mereka.
SUASANA
Ads
Sesuai dengan iklim dan geografi Bali yang kehijauan, Raisa mengekalkan suasana rimbun di rumah ini. Banyak pepohon serta tanaman hiasan di sekeliling rumah, sekaligus memberi kesan redup dan nyaman.
Rumah Raisa juga direka dengan jendela besar bagi memaksimumkan kemasukan cahaya dan peredaran angin ke dalam rumah. Pasti santai dapat menghirup angin yang bertiup, apatah lagi rumah ini dilengkapi balkoni yang luas.
Sering terlihat, Raisa dan Hamish menghabiskan waktu bersantai di ruang balkoni, menghamparkan pandangan ke halaman hijau sembari menghilangkan penat. Romantisnya!
INTERIOR
Sebagai pencinta seni, sentuhan Raisa dan Hamish juga bisa dilihat menerusi garapan interior di dalam rumah mereka.
Mengetengahkan konsep moden minimalis, pasangan ini memilih perabot sofa rona krim yang selesa di ruang keluarga. Tumbuhan hijau turut menyerikan suasana disamping meja kayu yang menyerlahkan aura semula jadi.
Ads
Paling menarik, tentu sekali jantung kediaman ini iaitu dapur. Raisa memilih kabinet dapur rona hijau zamrud bersama elemen kayu di bahagian kaunter. Kemasan marmar putih pula dijadikan permukaan atas dapur yang mewah.
Ads
Tumpuan dekorasi turut diberikan pada kamar mainan anak mereka, Zalina. Terdapat sudut khas yang disusun dengan pelbagai permainan si kecil mulai dari dapur mini dan buku-buku cerita.
Rumah penyanyi popular di Bali ini turut dilengkapi sebuah kolam renang. Tidak ketinggalan sebuah tub mandi mewah milik Raisa yang dikatakan berharga menyamai sebuah kereta.
Memang cantik dan selesa sangat kediaman baru penyanyi Indonesia ni. Sesuai sangat untuk membesarkan anak-anak dalam suasana nyaman dan jauh dari hiruk-pikuk kota yang membingitkan!
IMPIANA : Bestnya ada rumah ala resort ni hari-hari rasa macam bercuti kan!
Bantal adalah aspek terpenting di bilik tidur. Keberadaan nya sudah pasti untuk membantu tidur yang nyenyak dan nyaman. Namun, jika bantal yang digunakan sudah tidak memberi keselesaan, ini adalah petanda penting untuk anda menggantikkanya dengan baru. Ini kerana, bantal yang sudah tidak selesa digunakan akan mengganggu kualiti tidur.
Berapa kerap perlu ganti bantal?
Bantal sangat mempengaruhi kualiti ketika istirehat ataupun tidur. Oleh sebab itu, para ahli di Sleep.org memberi saranan agar bantal sebaiknya diganti setiap satu atau dua tahun sekali.
Namun jika bantal masih dalam keadaan yang baik, lihat pula kotoran yang terperangkap. Setiap kali digunakan, bantal anda menajdi tempat pengumpulan sel kulit mati, peluh, minyak, kotoran, kuman, bakteria, air liur dan sebagainya.
Apa akibatnya jika bantal tidak ditukar bila tiba masanya?
Selain mempengaruhi kualiti tidur, bantal juga memebri kesan keapda kesihatan. Bantal, dan tilam adalah habitat terbaik pembiakkan bakteria, mikroorganisma dan kutu tilam. Memang tak nampak dek mata kasar, tapi kehadirannya memberi kesan buruk.
Pada tahun2005, sebuah kajian telah dijalankan oleh Universiti of Manchester terhadapa 10 biji bantal yang telah digunakan 1 1/2 tahun hingga 20 tahun. Hasil rumusan kajian mendapat, terdapat lebih 16 jenis kulat yang berbeza di setiap bantal.
Bagi sesetengah orang, kulat pada bantal tidak merbahaya. Namun, tidak bagi pengidap asma, penyakit pernafasan kronik. Di samping itu juga, bantal yang dalam betuk yang baik dapat memastikan posisi kepala dan leher anda dalam keadaan sejajar dan sempurna.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum ini, Impiana kerap berkongsi tip kediaman dari Ibu Muda Puan Hani Mynis buat panduan pembaca. Kagum tengok si ibu ni menguruskan kediaman. Walaupun tidak menggunakan perabot dan aksesori mahal, kediamannya tetap nampak cantik, kemas dan rapi.
Dengar kata, Puan Hani nak berpindah masuk ke kediaman yang baru dibeli. Tapi biasa lah kondisi rumah sub-sale. Banyak perlu diperbaiki seperti mengecat, mengemas dan pelbagai lagi. Namun antara bahagian yang paling digeruni bila beli rumah sub-sale ni adalah ruang dapur dan bilik air. Kali ni, Puan Hani nak tunjuk cara membersihkan bilik air yang berdaki dengan mudah pula. Jom tengok.
“THE DOWNSIDE OF BUYING SECOND HAND HOUSE, DIA DATANG SEKALI DGN PAKEJ BILIK AIR YANG KALAU TENGOK BOLEH HILANG SELERA MAKAN SEMINGGU HAHA”
Wallpaper memainkan peranan yang besar dalam menghiasi segenap ruang kediaman sama ada di ruang tamu, dapur, dan bilik tidur. Wallpaper dari sudut lain bertindak sebagai alternatif kepada hiasan lama iaitu mengecat.
Hari ini, mengecat sudah kurang dipraktikkan walaupun terdapat banyak produk baharu di pasaran tentang penjualan cat kerana munculnya seni hiasan dinding menggunakan wallpaper dan terkini, wainscoating. Entri kali ini IMPIANA ingin berkongsi tentang tips pemilihan wallpaper di dalam bilik tidur.
Jika di ruang tamu anda sudah cukup berhati-hati dalam pemilihannya, di bilik tidur lagi anda perlu serius dalam menetapkan corak yang akan menghiasi bilik tidur kerana keadaan serta moodnya amat berbeza dari tempat berkumpul dan bilik berehat untuk tempoh yang panjang.
Tona Floral
Jika anda memilih konsep bunga, anda suai padankan warna cadar dengan pilihan sarung bantal untuk memastikan tema flora anda tidak contra. Warna bunga juga harus sepadan, gunakan warna ungu lavender untuk disesuaikan dengan cadar berwarna putih atau kelabu.
Pukau dengan corak berulang
Wujudkan suasana memukau dengan memasang wallpaper yang bercorak pattern berulang. Corak sebegini berupaya merehatkan mata anda setelah seharian melihat bebanan kerja di pejabat. Sebaiknya cari lah corak berwarna yang menyejukkan pandangan mata seperti biru atau hijau. IMPIANA cadangkan corak alam semulajadi lebih merehatkan minda.
Suai padan corak jalur dan kosong
Jadikan bilik tidur anda lebih elegan dengan padanan warna bercorak jalur. Padankan wallpaper corak jalur ini dengan hiasan lain yang kosong tanpa apa-apa corak agar tidak terlalu ‘clash’ dengan corak di dalam bilik anda. Less is more oleh itu anda perlu bijak menggabungkan corak wallpaper dengan soft furnishing yang lain.
Monokrom di bilik tidur
Padanan kedua-dua warna ini tidak pernah lekang serta lapuk ditelan zaman. Warna hitam dan putih sentiasa menjadi pilihan tona warna tidak kira di mana ruang dalam kediaman. Warna ini amat sesuai untuk digandingkan dengan warna terang seperti bantal berwarna kuning atau jika anda mahu simplicity, sesuaikan ianya dengan warna biru gelap muda.
Tema rustik
Ramai yang takut untuk menggunakan tema rustik kerana merasakan impak dekorasinya kurang menarik. Sebenarnya tema ini ada nilai nya yang tersendiri cuma anda kena bijak memilih corak dan gabungkan ia dengan kemasan lembut yang lain dalam tema konsep yang sama.
Trend Terkini Geometri
Tema wallpaper sebegini amat popular di Malaysia. Banyak kita lihat di mana-mana group deko ramai orang menjadikan garisan geometri sebagai pelengkap hiasan dinding terutamanya di ruang tamu dan fokus hari ini di bilik tidur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.