Elak Dekor Rumah Jadi Cacamarba, Ini Perkara Yang wajib Anda Lakukan

Share

Adakala sakit hati jugakan bila lihat hasil tata hias rumah kita. Duit dah banyak habis, penat bershopping sana sini. Tapi rumah tetap nampak biasa je. Semak lagi ada. Apa yang silapnya? Tambah sana, tambah sini tak juga berseri. Sudahnya kita menggigit jari. Mungkin ada silapnya.

Pertembungan Dua Budaya

Aura budaya ini sangat kuat. Misalnya anda memilih gaya baba nyonya, nusantara, Inggeris dan Morrocan yang jelas nampak identiti seseuah budaya. Setiap budaya ada mood hiasannya tersendiri. Kita tidak boleh mencampur adukkan sekejap Inggeris, sekejap nusantara dan sebagainya. Dimana fokus anda? Jadi pilih  yang benar-benar anda minati dan wujudkan identiti tersebut pada segenap ruang. Begitu juga g sofa dan meja kopinya. Perlu ada satu kesinambungan yang harmoni.

Kepelbagaian Aksesori.

Ini merupakan salah satu masalah di kalangan kita. Aksesori kediaman sememangnya sangat cantik. Baik yang dibeli sendiri atau yang dihadiahkan untuk kita. Masalahnya terdapat pelbagai bentuk hiasan yang kita perolehi. Pastikan aksesori ini merupakan pelengkap konsep kita. Ini bermakna ia serasi dengan konsep utama, dan menyerlahkan lagi gaya yang kita pilih. Misalnya jika memilih Inggeris, gunakanlah pasu porselin rekaan ala kedesaan Inggeris. Bukan periuk tanah liat ala dunia Nusantara.

Langsir Yang Dominan

Langsir ni nampak je simple. Tetapi ia selalunya menjadi masalah apabila langsir yang mendominasi sebuah ruang. Bayangkan sebuah ruang yang ringkas , seperti kediaman ruang terhad. Atau pemilihan perabot semua moden ringkas tetapi langsirnya, klasik mewah yang sarat macam era rococo. Begiitu juga fabrik yang tidak sesuai, warna yang tidak serasi dan karakter corak yang janggal. Pakai konsep moden, langsirnya corak kedesaan Inggeris atau klasik. Jangan begitu!

Kusyen kecil yang berlainan gaya

Biar pun kecil namun peranan kusyen kecil ini sangat besar.daam mencuri tumpuan mata. Adakala corak pilihan kita tu tak masuk dengan gaya keseluruhan ruang. Gaya yang rigkas di jodohkan dengan sofa kedesaan Inggeris yang berbunga-bunga comel. Tidakkah pelik jadinya. Jadi awak, bukan kusyen sebarang kusyen.

 

Saiz Tak Nak Kalah

Bayangkan dengan ruang begitu kecil, anda memilih perabot dempak sampai terpaksa berebut -rebut ruang yang ada dengan perabot lain. Jalan pun payah dibuatnya. Kita kena  hakikat apa yang ada pada kita, itulah yang kita serlahkan. Itu perabot. Payah sangat pilih saja sofa L yang ada dala beberapa saiz mesra ruang. Tetapi jika pada aksesori dinding, tidak salah anda memilih  hiasan besar tetapi cukup

Biarlah ia menjadi fokus pandangan mata. Tidakkah ia menjimatkan!

Published by
Faizal Yunus