Memang sakit mata lihat kesan cakaran kucing di sofa, lebih-lebih lagi jenis fabrik kain. Berbulu-bulu dibuatnya.
Tapi, kenapa dalam banyak-banyak tempat si bulus ni suka cakar pada sofa?
Dipetik dari artikel Icatecare, Sifat mencakar sofa yang dilakukan oleh si bulus atau kucing adalah bagi tujuan melatih kekuatan otot kaki hadapan yang juga digunakan untuk pertahanan dan memburu.
Ada sesetengah kucing suka mencakar dalam keadaan berbaring. Ia bukan sesuatu yang pelik kerana tujuannya sama. Kebiasaanya, permukaan yang dipilah untuk mencaakr adalah yang tidak mudah berganjak dan tetap.
Ads
Atasi Kucing Cakar Sofa & Perabot
Untuk mencegah kucing merosakkan barang, terdapat beberapa cara yang boleh diterapkan untuk mencegah kucing-kucing mengcakar barang di rumah, antaranya:
1. Menyediakan sesuatu untuk dicakar
Untuk mencegah kucing mengcakar sembarangan, anda boleh menyediakan sesuatu yang khusus untuk kucing mencakar. Sebagai contoh, tiang pengcakar kucing atau mainan kucing interaktif. Pastikan tiang cakaran tersebut kuat, kukuh, tinggi dan tertutup dari bahan yang suka dicakar kucing.
2. Letakkan tiang mencakar di kawasan strategik
Letakkan tiang garukan di tempat yang disukai kucing, seperti di ruang tamu atau dekat jendela, untuk mendorong mereka menggunakan tiang tersebut. Kamu juga bisa menempatkannya di dekat area tidur mereka.
Ads
3. Buat barang-barang tidak menarik untuk dicakar
Ada beberapa method yang boleh dilakukan untuk melindungi perabot dari cakaran kucing, termasuk: Semburkan pada permukaan barang dengan semburan beraroma lemon kerana kucing secara semula jadi tidak menggemari bau limau. Selitkan selembar kain di sekitar kawasan yang tergores sehingga kucing tidak dapat terus mengcakarnya. Menggunakan penutup sofa juga boleh jadi salah satu alternatif dan menggunakan double tape atau aluminium foil pada perabot untuk jangka waktu tertentu yang membuat kucing merasa tidak selesa.
4. Buat jadual waktu bermain
Menurut Righetti, jika kucing bosan atau tidak mampu untuk menghilangkan stress mereka menjadi lebih terdedah dengan rasa untuk mengcakar barang. Jadi, cubalah mengjadualkan waktu setiap hari untuk bermain dengan kucing dan memperkenalkan mainan baru yang menarik untuk mencegah kebiasaan tersebut.
5. Potong kuku kucing secara berkala
Righetti mengatakan, memotong kuku kucing secara rutin bukan hanya aspek penting untuk menjaga kesihatannya tetapi juga salah satu cara paling efektif untuk mengurangkan kerosakan akibat cakaran kuku pada perabot.
Rata-rata pemilik rumah pasti pernah merasa terbeban dengan perbelanjaan bulanan. Nak beli barangan dapur, bayar kereta, sewa rumah serta bil-bil termasuklah bil elektrik yang juga merupakan asas kehidupan seharian yang memang kita tidak dapat elakkan. Tetapi jika kita tahu bagaimana caranya nak jimat elektrik, pasti ia dapat mengurangkan bil yang perlu ditanggung setiap bulan. Jadi jom ikuti tips yang IMPIANA sediakan ini, selamat mencuba!
MESIN BASUH
Salah satu cara jimatkan elektrik semasa menggunakan mesin basuh adalah dengan mengurangkan kekerapan membasuh. Kumpul dahulu pakaian sehingga muatan penuh dan basuh sekaligus.
Kurangkan penggunaan fungsi basuhan air panas kerana lebih banyak tenaga elektrik diperlukan untuk memanaskan air cucian tersebut. Lebih baik gunakan fungsi basuhan air biasa sahaja.
Digalakkan untuk mengasingkan pakaian yang ingin dibasuh mengikut berat. Contohnya, basuh t-shirt, kemeja dan pakaian dalam satu basuhan, manakala pakaian seperti denim, jaket dan linen dibasuh berasingan. Ini akan memudahkan proses basuhan dan mengurangkan beban kerja mesin basuh.
Kurangkan penggunaan mesin pengering pakaian. Lebih baik untuk jemur pakaian yang dibasuh berbanding menggunakan mesin pengering pakaian. Gunakan mesin pengering pakaian jika terdesak sahaja seperti ketika musim hujan.
SETERIKA
Penggunaan seterikan wap dilihat makin popular dikalangan pengguna domestik. Tahukah anda bahawa seterika jenis ini menggunakan lebih banyak tenaga kerana sistemnya perlu memanaskan air terlebih dahulu untuk menghasilkan wap air. Jadi, adalah lebih baik sekiranya anda hanya menggunakan seterika biasa atau seterika arang.
Lakukan aktiviti menyeterika pakaian dalam satu trip. Dengan cara ini, seterika tidak perlu dipanaskan berulang kali sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
LAMPU
Menurut kajian, sebanyak 20% penggunaan tenaga elektrik dalam sesebuah kediaman adalah daripada penggunaan lampu.
Tutup kesemua lampu di ruang yang tidak digunakan.
Manfaatkan penggunaan cahaya semulajadi. Buka tingkap dan selak langsir supaya cahaya matahari dapat menerangi kediaman anda tanpa bantuan lampu.
Kurangkan bilangan lampu dalam kediaman anda. Sebuah bilik kecil hanya perlukan sebuah lampu sahaja untuk capai tahap kecerahan optimum, tidak perlu membazir pasang lampu yang tidak sesuai pada tempatnya.
Gunakan mentol lampu LED kerana lebih tahan lama, jimat tenaga dan mesra alam. Mentol lampu jenis LED juga boleh dibuka-tutup dengan kerap tanpa memberi kesan ke atas jangka hayatnya.
PETI SEJUK
Boleh dikatakan hampir semua kediaman pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah peti sejuk yang digunakan dan ianya akan dipasang 24 jam sehari secara berterusan.
Kedudukan peti sejuk perlu strategik dan jauh daripada cahaya matahari ataupun peralatan sumber haba seperti cerek, periuk nasi dan dapur memasak. Pastikan juga peti sejuk diberikan ruang pengudaraan yang mencukupi; sebaik-baiknya jarakkan peti sejuk (10-30 cm) daripada dinding di bahagian belakang, tepi dan atas.
Beli peti sejuk yang mempunyai label penggunaan elektrik cekap star-rating yang baik, dan lebih baik lagi jika ada teknologi inverter. Inverter berfungsi untuk mengawal penggunaan motor peti sejuk secara automatik dan seterusnya akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik untuk peti sejuk tersebut.
Kurangkan kekerapan buka-tutup pintu peti sejuk. Peti sejuk yang terlalu kerap dibuka akan menyebabkan udara sejuk kerap keluar dan meningkatkan suhu peti sejuk. Ini juga meningkatkan beban kerja peti sejuk tersebut.
Tetapkan suhu peti sejuk pada suhu yang optimum; suhu yang sesuai bagi ruang biasa adalah sekitar 2-8 ºC, manakala suhu ruang sejuk beku adalah sekitar -18 ºC
Jangan terlalu penuhkan peti. Pastikan ada ruang untuk aliran udara didalamnya. Tetapi, pada masa yang sama, jangan biarkan peti sejuk terlalu kosong pula. Jika tiada barang untuk disimpan dalam peti sejuk, letakkan sahaja beberapa bekas kosong. Ini akan mengurangkan aliran keluar udara sejuk.
PENDINGIN HAWA ATAU AIRCOND
Jauhi pendingin hawa daripada sumber haba seperti cahaya matahari.
Tetapkan suhu pada 24-26 ºC sahaja. Tahukah anda bahawa setiap penurunan 1 ºC yang ditetapkan pada pendingin hawa bersamaan peningkatan penggunaan elektrik sebanyak 10%. Maksudnya, semakin rendah suhu ditetapkan, semakin tinggi penggunaan elektrik.
Tutup pintu dan tingkap apabila pendingin hawa dipasang. Ini untuk mengelakkan udara sejuk keluar daripada ruang tersebut.
Tetapkan minimum sekali dalam setiap bulan untuk mencuci penapis pendingin hawa. Cuci juga kipas compressor di luar rumah.
Hadkan tempoh penggunaan pendingin hawa. Gunakan sahaja kipas sebagai pengganti.
Jangan lupa untuk tutup dahulu pendingin hawa sebelum keluar bagi mengelakkan pembaziran yang tidak wajar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pemaju perbandaran, LBS Bina Group Berhad (LBS), meneruskan rancangan 2019 dengan melancarkan pembangunan perbandaran baru seluas 633 ekar, Kita @ Cybersouth, yang terletak di Cybersouth Dengkil. Pembangunan perbandaran baru yang bertemakan ‘kemudahan gaya hidup’ ini memenuhi keperluan keluarga moden dan kehidupan kemasyarakatan. Pembangunan ini terdiri daripada rumah teres, rumah bandar, pangsapuri perkhidmatan, kedai serta unit komersial.
LBS bangga menjadi pemaju bagi rakyat yang benar-benar memahami keperluan pembeli rumah. Projek perbandaran terbaru dengan harga rumah yang berpatutan ini memenuhi permintaan untuk perumahan mampu milik yang kian meningkat, serta menyokong agenda perumahan negara kerajaan,” kata Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San. Dibina berdasarkan kemampuan pemilik, perhubungan dan komuniti, perbandaran yang mampan ini akan memenuhi permintaan pembeli rumah moden yang semakin meningkat untuk rumah yang berkualiti dan mampu dimiliki. Perumahan ini direka dengan teliti untuk memenuhi kehidupan yang praktikal dan selesa. Ia juga lengkap dengan pelbagai
kemudahan dan kawasan komunal untuk menjalin silaturahim antara penduduk serta membina komuniti yang ceria. LBS percaya strategi penawaran aktif lebih banyak produk berkualiti yang memenuhi permintaan pasaran akan menyumbang kepada momentum pertumbuhan untuk mencapai hasil penjualan sasaran sebanyak RM1.5 bilion 2019.
Kami telah menyaksikan perkembangan pesat di Dengkil kerana kawasan ini telah mendapat manfaat daripada pertumbuhan sosio-ekonomi di koridor selatan Lembah Klang. Oleh sebab Lembah Klang sedang meneruskan perkembangan ke arah selatan, Dengkil 2 akan menjadi titik utama seterusnya untuk pembangunan hartanah. Perumahan di Kita @ Cybersouth adalah peluang pelaburan yang baik,” kata Tan Sri Lim.
Fasa pertama dan kedua Kita @ Cybersouth, yang terdiri daripada 1,077 unit rumah teres dua tingkat dan rumah bandar untuk pembeli Melayu, telah dibeli semasa pelancaran awal pada bulan November tahun lepas. Kejayaan fasa awal tersebut telah mendorong pelancaran fasa baru bernama, ‘Kita Harmoni’ yang merangkumi 674 unit rumah teres dua tingkat berukuran 20’ x 65’, dengan harga bermula daripada RM560,000. Dengan harga berpatutan, ketersambungan yang baik serta persekitaran mampan yang menggalakkan hubungan kekeluargaan, ‘Kita Harmoni’ dijangka akan menerima sambutan yang sama hangat dari pasaran.
Menyokong usaha kerajaan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dalam merealisasikan agenda perumahan negara, LBS memperkenalkan “Kita Impian” di perbandaran baru Kita @ Cybersouth. “Kita Impian” menawarkan 964 unit pangsapuri servis berharga daripada RM250,000 dengan keluasan binaan 551 dan 901 kaki persegi. Kita @ Cybersouth mudah diakses melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya PutrajayaCyberjaya melalui Lebuhraya Elite, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Selatan Lembah Klang (SKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (NKVE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Dengkil-Banting. Ia juga terletak di sekitar kawasan berkemudahan awam seperti sekolah serta institusi
pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa, seperti Sekolah Kebangsaan Dengkil, Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya, Universiti Heriot-Watt Malaysia, Universiti Lim Kok Wing dan Universiti Xiamen.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.