Ramai yang salah langkah apabila mencuci langsir. Sebab tu, langsir anda mudah rosak atau kelihatan buruk selepas dicuci. Sebenarnya, untuk mencuci langsir bergantung kepada jenis material kain tersebut sama ada ia boleh dibasuh dengan mesin basuh ataupun tidak. Sebagai contoh, material kain langsir yang lebih ringan adalah sesuai untuk pembasuhan di dalam mesin basuh manakala jenis material berat, tidak digalakkan. Berikut ialah teknik – tekniknya;
1. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan untuk fabrik lembut, pilih untuk menggunakan sistem itu. Jika sebaliknya, pilih penggunaan kitaran cool wash ataupun slow spin.
2. Tuangkan pencuci fabrik harian anda di dalam mesin basuh lebih kurang dua penutup.
3. Sekiranya kain langsir terlekat kotoran degil, sebelum membasuh dengan menggunakan mesin basuh rendamkan terlebih dahulu kain langsir lebih kurang 15 – 30 minit di dalam sebatian baking soda dan cuka putih. Kemudian bilaskan kain langsir dan masukkan ke dalam mesin basuh.
4. Jika anda bimbang kain langsir merenyuk, jangan ambil risiko membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan dengan basuhan tangan sahaja.
5. Untuk mengekalkan langsir yang cantik dan bebas bau yang kurang menyenangkan, gunakan vakum ataupun berus lembut untuk menyingkirkan habuk dan kotoran. Serta semburkan dengan haruman fabrik.
10 TIP CUCI LANGSIR IMPIANA
Ads
1. Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Jika keadaannya masih agak kekuningan disebabkan oleh kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi dan segar, malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
2. Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendamkan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendamkan keseluruhan langsir. Sebelum merendamkannya ke dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus merendam ke dalam cecair pencuci agar bau kencing kucing hilang, malah tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
Ads
3. Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk yang melekat pada langsir. Lakukan seminggu sekali terutamanya jika anda menetap di kawasan bandar. Manakala bucu langsir pula boleh disedut dengan menggunakan penyedut hampagas. Ada kalanya debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik nampak kotor dan kelabu terutamanya bagi anda yang memilih fabrik daripada jenis renda kasar.
4. Bagi yang menggunakan renda, anda juga boleh merendam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran pada celah-celah jalinan benang.
5. Awas! Jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan anda menggunakan mesin basuh daripada cucian lembut supaya ia tidak merosakkan kain.
Ads
6. Pastikan anda hanya mencuci langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutamanya jika anda membasuh langsir yang berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
7. Anak anda suka menepek gula-gula getah pada langsir? Tentu anda sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
8. Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan gantikannya dengan fabrik baharu yang bersesuaian terutamanya di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9.Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh terutamanya jika anda menggunakan swag daripada jenis satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk anda menggosokkannya nanti.
10. Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel jangan dibasuh dengan menggunakan mesin basuh. Seandainya kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak ada kabinet dapur ramai yang mengeluh sebab harganya yang agak mencekik terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. Jadi, ada yang mengambil keputusan untuk DIY sendiri. Seperti yang ditunjukkan oleh wanita ini di dalam blog nya sisikami.blogspot.my Pemilik banyak menggunakan produk dari Ikea untuk melengkapkan sebuah set kabinet dapur yang nampak ringkas, kemas dan menarik. Jom tengok apa keperluan barang, peralatan dan cara membuat yang telah di sediakan.
Pertama sekali kena draf design kedudukan kabinet tu mahu bentuk macam mana. Bentuk L, memanjang, U atau island
Pastikan tahu ukuran rumah. Even lukis pakai tangan pun kena guna scale yang betul untuk pastikan design tersebut muat/sesuai dengan saiz dapur.
Ukuran kabinet, model, brand, pattern, jenis, warna, tombol, kaki, sinki, paip, etc boleh rujuk website IKEA bahagian KITCHEN. So dah boleh bajet saiz besar mana nanti bila dah pasang.
Kemudian pergi je IKEA bahagian kitchen cabinet dan minta bantuan pekerja IKEA di situ. Nanti mereka akan tolong dapatkan barang-barang yang kita perlukan. Masa ini boleh lah minta khidmat nasihat free dari mereka. Macam kami, kami dah study dulu so sampai IKEA terus je minta quatation dan barang. Pilih barang yang nak guna saja. Jadi dah boleh bajet duit.
Sudah selesai collect barang, bayar dan boleh bawa balik rumah untuk pasang. Macam kes kami, table top paling panjang 249cm so ngam-ngam muat dalam kereta Preve. Tapi kena turunkan seat penumpang baru muat. Top saja yang panjang, yang lain kotak-kotak biasa saja.
Proses pasang macam biasa, ikut je manual dalam packaging setiap barang yang kita beli tu. Tak susah pun. Kalau kami yang perempuan ni boleh pasang of coz la abang-abang sado kat luar sana lagi terror pasang kan. Hehehe….
Proses pasang untuk 3 kabinet 6 pintu ini tak sampai 1 jam pun. Cuma yang leceh nak tebuk dan pasang sinki dan hob (dapur). Yang ini terpaksa minta bantuan orang sebab bab tebuk tak pandai. Macam kami, hob (dapur) tu adik lelaki kami yang tebukkan, sinki dan paip pula terpaksa upah tukang paip sebab kena ubah kedudukan sinki dan paip asal ke lokasi baru. Kalau perasan di tepi kabinet ada nampak lubang-lubang paip sinki lama. Cacat sikit di situ, Insyaallah nanti baru nak tampal.
Then siap sempurna semuanya. Rak di dalam kabinet pun boleh diy. Kalau ada duit lagi pergi saja IKEA cari shelf dan aksesori tambahan. Buat masa sekarang kami tak rajin lagi jadi guna dulu apa yang ada. Janji seketul kabinet dapur dah ada cukup lah. Puas hati sebab pasang sendiri boleh adjust ikut yang kita mahu.
Ini kabinet jenis METOD bukan FYNDIG. METOD ada waranti 25 tahun, kalau FYNDIG tidak ada waranti.
Jom tengok apa kami beli untuk complete kan set kabinet ni:
RM 305 x 3 ketul – RM75 = RM 840
(Sebab tak nak plinth so tolak plinth RM75)
Plint tu kayu putih yang cover kat bawah kaki kabinet tu. Kami tak pasang plinth sebab senang nanti nak sapu sampah/habuk bawah kabinet.
Table top x 1 keping = RM 290
Paip x 1 = RM 99
Sinki x 1 = RM 79
Leg x 3 = RM 45
Handle x 1 = RM 5.90
TOTAL HANGUS UNTUK KITCHEN CABINET + PINTU + SINKI + PAIP + KAKI +HANDLE
Penulis blog we tell sweet stories atau lebih mesra di kenali dengan nama Zuraidah, merupakan ibu kepada kembar perempuan. Dalam kesibukan masa bekerja dan menguruskan rumah tangga, pemilik tetap memberi ruang dan masa untuk menata laman kediaman dan mencipta sebuah ruang pelbagai fungsi untuk kegunaan keluarga. Laman kediaman ini telah mengalami beberapa fasa perubahan mengikut peredaran masa dan keperluan aktiviti penghuni kediaman. Pemilik juga telah meletakkan sepenuh tenaga, hati dan perasaan untuk mewujudkan persekitaran yang selesa untuk mereka sekeluarga dan untuk kebaikan proses pembesaran si kembar yang sedang mula mengenal dunia. Maka, tercetuslah laman kasih sayang di ilhamkan oleh pemilik.
Idea tercetusnya konsep dan reka bentuk laman ini bermula apabila pemilik melancong bersama keluarga ke negara-negara beriklim sejuk terutamanya Perancis. Sepanjang pengembaraan, pemilik akan memerhatikan reka bentuk kediaman dengan reka bentuk menarik untuk di jadikan idea dekorasi rumahnya. Kesempatan ini juga diambil untuk membeli produk dengan harga berpatutan dan akan di gunakan untuk menata kediaman, seperti penggunaan jubin dan hiasan lain yang di beli dari flea market atau Sunday market.
Apabila melancong bersama keluarga, tempat yang wajib di kunjungi ialah pasar-pasar yang menjual barangan-barangan menarik yang boleh di beli sebagai buah tangan dan di aplikasikan di rumah supaya terpahatnya ingatan dan pengalaman ke tempat-tempat tersebut,” terang pemilik membuka bicara.
Pada awal pembinaan laman ini, pemilik cuba mengetengahkan konsep Mediterranean. Namun, kekangan keadaan untuk mendapatkan barangan yang mampu menonjolkan konsep tersebut menyebabkan pemilik cuba menggabungkan reka bentuk Mediterranean dan Inggeris. Penggunaan jubin import pada dinding tempat pemanggang dan ruang mencuci tangan berjaya menonjolkan konsep Mediterranean yang cuba diketengahkan oleh pemilik.
Ruang ini merupakan lokasi yang sering di gunakan untuk berkumpul dan menghabiskan masa bersama-sama oleh kami sekeluarga. Malah kembar saya gemar melakukan aktiviti di luar rumah justeru ia di reka bentuk mengikut kesesuaian mereka. Laman hadapan ini juga sering digunakan sebagai ruang menjalankan aktiviti barbeku bersama saudara-mara dan sahabat handai yang sering berkunjung ke rumah ini,” tambahnya lagi tersenyum mesra.
Pembinaan laman bermula di sisi kanan kediaman menempatkan pemanggang dan ruang mencuci tangan kerana aktiviti barbeku merupakan aktiviti kegemaran dan sering di lakukan keluarga ini. Hanya elemen ini yang kekal di laman ini, mana kala yang lainnya sering bertukar ganti dari segi peletakan dan ada juga yang dibuang terus.
Apabila si kembar semakin membesar dan lebih gemarkan aktiviti beridah di luar rumah, maka tercetusnya idea untuk membina sendiri sebuah playhouse. Pengalaman si kembar mengembara ke luar negara dan mengunjungi rumah-rumah ladang cuba di aplikasikan di laman rumah ini. Malah telah menjadi rutin mereka apabila selepas pulang dari sekolah, si kembar akan menghabiskan masa di dalam pondok ini sementara menunggu ibunya pulang,”tambah Zaidah lagi.
Pondok ini merupakan ruang eksperimentasi si kembar. Malah mereka sering diingatkan supaya tidak memotong pokok-pokok bunga yang terdapat di laman rumah. Hanya tumbuhan yang telah layu dan bunga-bunga berguguran sahaja boleh diambil, dan sentiasa diterapkan andai ingin tinggal di dalam suasana yang selesa dan baik maka mereka perlu memelihara persekitaran yang dimiliki sekarang.
Pemilihan pokok dan tumbuhan dalam menghias laman rumah ini lebih berkonsepkan perennial garden iaitu tumbuhan yang bermusim dan di gabungkan dengan tumbuhan yang mempunyai pelbagai warna. Perennial hanya bertahan antara 3 bulan hingga 6 bulan sahaja menyebabkan pemilik akan menukar tumbuhan-tumbuhan berbunga setiap 5 bulan. Antara tanaman yang digunakan seperti Angelonia salicariaefolia, Rosa spp., Euphorbia pulcherrima, Celosia cristata dan Impatiens balsamina.
Pemilik juga berpendapat untuk mengindahkan laman dengan tumbuhan pelbagai warna, tidak perlu membeli pokok-pokok hiasan yang mahal. Cukup sekadar membeli tumbuhan dalam lingkungan harga RM 10.00 hingga RM 20.00. Lebih baik jika kita pandai mencari kedai yang ada menjual tumbuhan di dalam poly bag pada harga 3 beg RM 10.00, paling penting peletakan dan gaya menghias serta kreativiti pemilik akan menyerlahkan rupa bentuk tanaman hiasan tersebut.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
IMPIANA ingin berkongsikan hasil kerja yang padu daripada pembaca setia IMPIANA ini. Kali ini beliau hanya bermodalkan RM230 untuk mengubah wajah sebuah bilik yang dijadikan satu ruang kerja yang boleh digunakan oleh beliau dan anak-anak dengan selesa sewaktu ‘work from home‘. Jika anda pernah membaca artikel pada PKP musim pertama dahulu tentang renovasi dapur untuk isteri tercinta ~ Hasil ‘SAVING PKP’ Dapur Idaman Jadi Realiti.
Encik Arif Osman dan isteri, Puan Azlinda Abdul Rahim tidak pernah mensia-siakan masa PKP mereka, ada sahaja keluarga ini lakukan yang terbaik untuk kediaman mereka. Jom kita lihat apa pula yang dilakukan pada kali ini.
SEBELUM
Pada mulanya bilik ketiga ini bilik stor dan di jadikan mini office saya untuk “work from home“. Akan tetapi anak pun masa awal pkp 2.0 kena juga “school from home“. Jadi saya dan isteri ambil keputusan make over bilik ketiga ini jadi bilik untuk belajar dan kerja serta bilik santai sekeluarga. Dalam musim PKP ini semuanya kena berjimat jadi kami make over sejimat yang boleh. Setelah kira-kira akhirnya dengan modal yang tidak sampai RM250 kami berjaya hasilkan sebuah bilik yang sempurna. Perabot dan semua perhiasan semua guna semula dari perabot dan perhiasan sedia ada. Mengambil masa selama seminggu untuk kami siapkan bilik kerja ini.
SELEPAS
JANGAN LUPA HANTAR PENYERTAAN ANDA RAYA DEKOR IMPIANA X MAMYHOME. PENYERTAAN MASIH TERBUKA CEPAT JANGAN LENGAHKAN MASA ANDA UNTUK DEKOR RUANG RAYA ANDA. MANA TAHU TUAH ANDA MEMENANGI WANG TUNAI RM1000.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.