Kehadiran tikus dalam sesebuah kediaman dianggap sebagai bala kerana haiwan ini amat sukar untuk dibasmi. Lebih parah lagi jika ia juga berpotensi membawa pelbagai jenis penyakit berbahaya kepada anda dan keluarga.
Selain merosakkan bahan makanan tikus juga gemar menggigit pakaian, perabot dan merosakkan struktur kediaman rumah. Sebelum mendapatkan perkhidmatan pest control bagi membasmi kewujudan tikus dari terus bermaharajalela di rumah anda boleh lakukan beberapa petua ini yang menggunakan daun.
Dipercayai lima jenis daun ini cukup tidak disukai oleh tikus kerana aromanya yang kuat. Berikut IMPIANA kongsikan 5 jenis daun yang boleh bantu anda halau tikus.
DAUN PUDINA
Tidak perlu lagi kita perkara tentang aromanya yang kuat. Aromanya yang kuat dan segar itu cukup mesra di hidup kita sebagai manusia tetapi sebaliknya bagi tikus.
Cara untuk menyediakan daun pudina ini tidaklah sesukar mana. Tumbuk dan kisar daun pudina sampau lumat kemudian campurkan dengan air. Tapi air tersebut dan masukkannya ke dalam botol semburan. Anda boleh sembur di sekeliling rumah atau tempat tikus selalu ‘melepak’.
Ads
DAUN DURIAN BELANDA
Buahnya sahaja sudah cukup eksotik dan sedap. Daunnya juga tidak kurang hebatnya. Dapatkan daun durian belanda dan ramas hingga keluarkan bau.
Tapi ingat kena guna daun yang tua atau matang sahaja. Letak di kawasan tersorok atau celah-celah dinding. Katanya bukan setakat tikus malah segala jenis serangga pun akan turut beredar.
DAUN SEMAMBU
Ads
Kebiasaannya daun semambu ini digunakan sebagai solusi tradisional untuk membantu merawat demam campak. Ramai tak tahu sebenarnya ia juga boleh digunakan untuk menghalau tikus.
DAUN PANDAN
Daun yang dianggap sangat sinonim dan penting dalam dunia masakan tradisional masyarakat kita. Aroma daun panda memang cukup menyenangkan dan wangi. Namun wangi pada kita tidak semestinya kepada tikus.
Malah mereka cukup tidak menyukainya. Ambil beberapa kerat daun padang dan letakkan di lokasi strategik di dalam roma. Anda juga boleh membuat rebusan dan jadikannya sebagai cecair semburan.
Ads
SERAI WANGI
Di pasaran kini penggunaan serai wangi sebagai ejen menghalau haiwan perosak dan serangga semakin popular. Keberkesanannya juga telah diakui ramai sangat tinggi. Kalau tak nak guna daun yang dipetik sendiri anda boleh dapatkan produk semburan serai wangi di pasaran yang kini cukup mudah didapati secara online juga.
Ramai dari kita mempunyai baking soda di rumah yang selalu digunakan untuk membuat kek. Sebenarnya baking soda mampu melakukan pelbagai fungsi daripada hanya diletakkan di dalam peti sejuk. Apa kata anda cuba 9 petua mudah ini untuk menyelesaikan setiap masalah yang selalu dihadapi di rumah. Masalah bau kucing paling ramai yang hadapi dan buntu bagaimana untuk menyelesaikannya.
1. Membasuh sinki – letakkan sedikit baking soda pada span lembap, gosok dan bilas.
2. Rendam rambut dan sikat dengan menggunakan campuran 1 sudu teh baking soda dan sedikit air suam. Bilas dan keringkan.
3. Pastikan gril anda bersih dengan meletakkan beberapa baking soda pada berus lembap, gosok atau berus gril tersebut, kemudian bilas. Kotoran yang melekat padanya pasti hilang.
4. Bersihkan permaidani dengan memercikkan soda pada permaidani, tunggu sekurang-kurangnya 15 minit (lebih baik biarkan semalaman), kemudian berus dan lap dengan kain lembap.
5. Tambahkan 1 cawan baking soda ke dalam cucian seterusnya (bersama pencuci cecair biasa anda) untuk mendapatkan pakaian yang lebih bersih dan cerah. Sesuai untuk membasuh baju sekolah anak anda.
6. Buang kesan hangit dan hitam pada periuk atau kuali dengan meletakkan dua sudu besar baking soda. Kemudian masukkan air panas dan pencuci pinggan, biarkan selama 15 minit dan basuh seperti biasa
7. Untuk lantai kelihatan lebih berkilat, larutkan ½ cawan baking soda dalam satu baldi air suam. Lap dan bilas.
8. Untuk membuatkan barangan perak kembali berkilat dan bersinar, letakkan tiga bahagian baking soda dengan satu bahagian air. Gosok pada permukaan perak dengan kain atau span yang bersih. Bilas dengan teliti sehingga kering.
9. Ada masalah bau kucing terkepam disebabkan najis kucing? Disarankan setiap kali selepas anda mencuci najis tersebut, letakkan dua sudu besar baking soda dalam satu bahagian air. Letakkan dalam bekas penyembur dan spray pada tempat najis tersebut, tempat tidur kucing dan kawasan sekitarnya. Bau tersebut akan hilang sedikit demi sedikit.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mengelakkan baju daripada berbau hapak adalah penting untuk memastikan pakaian sentiasa segar dan selesa dipakai.
Bau hapak biasanya disebabkan oleh kelembapan yang terperangkap, bakteria dan cara penyimpanan yang tidak sesuai.
Untuk menjaga kualiti pakaian dan kebersihan diri, beberapa langkah pencegahan boleh diambil.
Berikut adalah beberapa cara yang efektif untuk memastikan baju anda kekal wangi dan bebas daripada bau yang tidak menyenangkan.
Segera Keringkan Baju:
Pastikan baju dikeringkan secepat mungkin selepas dibasuh. Jangan biarkan baju basah dalam mesin basuh terlalu lama kerana kelembapan boleh menyebabkan bau hapak.
Guna Air Panas:
Jika material kain bersesuaian, gunakan air panas semasa mencuci baju untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.
Jangan Penuhkan Mesin Basuh:
Muatan mesin basuh yang terlalu penuh akan menghalang air dan detergen daripada mengalir dengan baik lalu menyebabkan baju tidak dicuci dengan bersih.
Tambah Cuka Putih atau Baking Soda:
Tambahkan secawan cuka putih atau sedikit baking soda ke dalam mesin basuh semasa mencuci untuk membantu menghilangkan bau.
Gunakan Detergen yang Sesuai:
Pilih detergen yang mempunyai formula anti-bakteria atau yang bersesuaian untuk kesegaran berpanjangan.
Keringkan di Tempat Terbuka dan Berangin:
Keringkan baju di tempat yang mendapat aliran udara yang baik. Jika boleh, jemur di bawah cahaya matahari kerana sinaran UV membantu membunuh bakteria.
Jangan Biarkan Baju Basah Bertimbun:
Jangan biarkan baju yang basah atau lembap bertimbun dalam bakul pakaian kerana ia akan cepat berbau hapak.
Gunakan Pelembut Fabrik:
Pelembut fabrik boleh membantu memberikan bau yang lebih segar pada baju.
Pastikan Mesin Basuh Bersih:
Bersihkan mesin basuh secara berkala untuk mengelakkan kotoran dan bakteria yang boleh menyebabkan bau pada baju.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh mengurangkan kemungkinan baju berbau hapak dan memastikan pakaian anda kekal segar dan bersih.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kehadiran lipas di dapur bukan sahaja menjijikkan tetapi juga boleh menjadi pembawa kepada pelbagai penyakit.
Jangan risau! Ada cara semula jadi yang boleh membantu anda mengusir lipas tanpa menggunakan ubat gegat mahupun bahan kimia berbahaya. Cara ini dikongsi oleh Ummi As yang sudah 3 bulan menggunakan cara ini dan berkesan atasi kehadiran lipas dalam kapinet dapur miliknya.
Caranya;
1. Ambil rempah empat sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Lebihkan bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Masukkan dalam kain net dan ikat bunjut. Buat 3-4 bunjut rempah ini dan letak di dalam kabinet dapur. Boleh tambah rempah jika baunya sudah hilang.
3. Sebelum masukkan bunjut rempah ini sebaiknya bersih dan lap dulu kabinet.
Menurut Ummi setakat tiga bulan mempraktikkan cara ini, kehadiran lipas dan bahan buangannya memang tiada. Berkesan!
Gunakan empat jenis rempah ini untuk menjadikan dapur anda bebas dari lipas secara semula jadi dan selamat. Amalan ini membantu mengelakkan penggunaan bahan kimia berbahaya, sambil mengekalkan dapur yang bersih dan nyaman. Ingat, menjaga kebersihan dapur adalah kunci untuk menghindari lipas. Selamat mencuba dan nikmati dapur yang bersih dan selesa!
INFO: Rempah ratus mempunyai bau-bauan yang kuat dan tidak disukai lipas.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.