Musim hujan, cuaca lembab dan basah menyebabkan kulat dan kulapuk memang berpotensi ‘naik’ pada almari dan perabot di rumah. Agak payah juga nak hilangkan kulat ini walaupun dah lap bersih, beberapa hari kemudian kulat tu akan ada lagi.
Kulat biasanya berwarna hitam atau hijau dan boleh ditemui pada pelbagai permukaan organik seperti pakaian, siling, dinding, dan lantai. Manakala kulapuk pula berwarna putih atau kelabu dan sering tumbuh di kawasan lembap seperti dinding bilik air, tabir mandi, dan ambang tingkap.
Selain itu, ia mungkin disebabkan oleh kebanyakan perabot sekarang banyak yang kurang berkualiti dan menggunakan chipboard atau habuk kayu yang dimampatkan. Sebab itu ketika musim hujan, cuaca lembap perabot atau almari memang mudah berkulat. Kecuali yang dibuat daripada kayu solid sebab kayu-kayu padat ni memang dah dibuat ‘fungus treatment’ untuk elakkan kulat.
Namun, paling merisaukan, kedua-dua organisma ini (kulat & Kulapuk) boleh membahayakan kesihatan dan merosakkan struktur rumah jika dibiarkan berterusan.Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh disedut masuk ke paru-paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Ads
Jadi buat pemilik kediaman yang ada kulat dan kulapuk pada almari mahupun perabot, jangan risau, boleh cuba mana-mana yang dikongsikan ini untuk atasinya.
1. Bersihkan bahagian kulat tersebut dan lap dengan dettol antiseptic disinfectant (warna coklat). Pakai yang jenis spray tu pun boleh juga.
2. Letak dehumidifier (tak kisah apa jenama).
3. Letak Silica Gel (paket) di almari, perabot dan mana-mana tempat yang berpotensi lembab.
4. Boleh juga cat varnish kemudian tampal wallpaper yang kalis air.
5. Letak arang (saiz besar) bawah katil atau atas almari ke. Seminggu sekali mesti kena jemur di tempat panas dan letak balik dalam bilik. Fungsinya untuk menyerap bau busuk dan kelembapan.
Ads
6. Kurangkan perabot di dalam bilik dan pakai penapis udara, ini sangat membantu.
7. Paling penting kena pastikan setiap hari bilik diberi pengudaraan yang baik, tingkap dibuka, biar ada cahaya matahari masuk, pintu bilik pun dibuka luas setiap hari.
Memang berkesan, selamat mencuba.
Ads
IMPIANA: Jadi jika di rumah ada masalah kulat dan kulapuk pada almari mahupun perabot, boleh cuba cara berkesan yang dikongsikan ini untuk menghilangkannya.
Recyle meja terpakai jadi katil. Tak terfikir pula untuk buat. Tapi dari terbiar apa salahnya ubah suai seperti yang dilakukan oleh Mohammad Dzulsyafiq.
Tak mahu meja Jepun yang tak digunakan terbuang begitu saja, dia yang ketika itu bakal menimang cahaya mata mendapat idea untuk mengubah suai menjadi katil.
Hasilnya memang elok saja kejadian katilnya. Kalau ada yang nak cuba ini perkongsian dari beliau.
Recyle meja terpakai jadi katil
Meja Jepun ini wife dah tak mahu, dia suruh jual. Tapi nak jual pun berapa saja boleh dapat. Tapi dalam masa yang sama dia suruh extend katil sebab tak lama lagi bakal dapat anak baru.
Jadi kita convert meja ini jadi platform katil single, letak sebelah katil king. Mula-mula cabut atas dulu dan letak rangka sebelah katil. Nak tengok apa yang kena modified.
Dah ambil ukuran semua. Saya extend panjang katil lebih kurang dan tambah sikit support mana yang perlu.
Bahagian atas meja saya potong dan letak balik renggang-renggang supaya boleh cover panjang katil ni.
Kemudian letak tilam single. Semua nampak ngam.
Siap katil bayi
Isteri mahu nampak seragam, jadi saya ambil plywood dan tampal dekat kaki katil. Kemudian lekatkan laminate putih yang kebetulan memang dah ada di rumah. Maka siaplah, katil untuk bayi baru.
Ada tak di kalangan anda yang pernah melihat perkakas dapur seperti dulang berputar ini dijual di kedai kelengkapan rumah mahupun secara dalam talian? Tahukah anda, dulang berputar ini sebenarnya namanya lebih dikenali sebagai ‘Lazy Suzan Tray’.
Mengapa perkataan ‘Lazy’ ini sering disinonimkan dengan perkakas dulang berputar ini? Adakah inovasi yang dimiliki oleh dulang berputar ini membawa maksud perkakas dapur ini gemar digunakan oleh yang pemalas?
Mungkin ada sesetengah di kalangan anda yang beranggapan inovasi dulang yang boleh berputar ini melambangkan sikap malas seseorang sekiranya digunakan.
Meski begitu, tahukah anda sebenarnya penggunaan dulang berputar ini merupakan sebuah produk perkakas dapur yang boleh memberi pelbagai kemudahan kepada anda?
Untuk pengetahuan anda, dengan fungsi putaran 360 darjah, dulang berputar ini sememangnya amat sesuai digunakan sebagai aksesori perkakas dapur bagi meletakkan pelbagai bekas atau balang rempah seperti garam, gula, serbuk perasa dan sebagainya.
Malah, apabila menjelang musim perayaan seperi Hari Raya Aidilfitri, ada segelintir yang menggunakan dulang berputar ini bagi meletakkan balang biskut di atas meja makan tetamu.
Foto sumber: repictblog
Bagaimanapun, terpulang kepada tanggapan masing-masing terhadap mengenai penggunaan dulang berputar ini sama ada ia merupakan satu inovasi memudahkan atau memalaskan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan dulang berputar ini, apa kata anda mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman sesawang www.kayanganliving.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sedih bukan bila menghadapi situasi begini. Sudahlah duit simpanan habis begitu saja, kontraktor pula lari tak nampak bayang. Sebenarnya perkara ini boleh dihindar jika anda mengambil 9 langkah berjaga-jaga sebelum mengupah atau bersetuju dengan mana-mana kontraktor yang ingin melakukan renovasi kediaman anda.
1. Rekomendasi atau pun promosi dari mulut ke mulut adalah paling berkesan apabila melibatkan kerja-kerja ubahsuai rumah. Walaupun cara ini sedikit tradisional tetapi ia adalah testimoni yang berkesan daripada pengalaman rakan atau saudara anda sendiri setelah mendapatkan khidmat kontraktor tersebut. Andai kata rakan anda mencadangkan mana-mana kontraktor yang berjaya menyiapkan projek renovasi rumahnya, gali lah info dari kawan anda itu sebanyak mungkin dan untuk lebih puas hati pergilah ke rumah rakan anda untuk melihat hasil kerja sebenar kontraktor tersebu
2. Sebaiknya ada perjanjian atau dokumen bertulis di antara pihak anda dan juga pihak kontraktor agak kebajikan kedua-dua pihak terjaga. Dalam perjanjian tersebut nyatakan nilai projek, tempoh siap dan juga masukkan apa saja dokumen berkaitan seperti lakaran 3D, konsep dan sebagainya. Walaupun nampak rumit dan leceh ia akan membantu anda di masa akan datang andai menghadapi masalah yang tak terduga.
Jangan terpedaya dengan tawaran renovasi harga murah tak masuk akal. Tak dinafikan kita semua mahukan harga murah tapi mahu hasil cantik taraf 5 bintang. Sebenarnya ia adalah mustahil kecuali anda bernasib baik berjumpa dengan kontraktor sedemikian. Apa yang anda labur itulah yang anda dapat. Jika mendapat tawaran harga murah, siasat secara terperinci kredibiliti pihak tersebut. Ada banyak maklumat yang boleh kita dapat dalam zaman info di hujung jari sekarang.
4. Ramai di antara kita yang mengupah secara terus mencari pekerja Indonesia atau Bangladesh bagi membuat kerja-kerja renovasi seperti menyimen kawasan dapur atau halaman, memasang mozek dan pelbagai kerja-kerja kecil yang lain. Walaupun murah anda juga perlu berhadapan dengan risiko andai tidak seperti yang anda harapkan.
5. Bayar kontraktor mengikut progress kerja. Sebaiknya jangan terus membayar 50% daripada harga keseluruhan projek tetapi bayar mengikut tahap projek yang sudah disiapkan. Duit pendahuluan 20% sudah memadai. Andai kontraktor tidak mampu memulakan projek dengan wang pendahuluan kurang dari 50% mungkin syarikat tersebut tidak mempunyai aliran tunai yang baik. Bersedialah untuk sebarang risiko.
6. Semak berapa lama syarikat tersebut berada di pasaran. Semakin lama bertapak semakin profesional dan berkredibiliti syarikat tersebut.
7. Jangan hanya percaya pada gambar di media sosial. Trend terkini untuk syarikat yang baru memulakan bisnes, kebanyakannya menggunakan gambar-gambar cantik di internet. Lihat pada hasil kerja projek sebenar kontraktor terbabit. Jika tidak yakin, tinggalkan!
8. Elakkan berjanji mulut. Wajib ada perjanjian hitam putih yang dapat digunakan sebagai bukti apabila diperlukan termasuk perbualan Whatsapp.
9. Kadang-kadang semua langkah berjaga-jaga sudah diambil tetapi nasib sukar dijangka. Tertipu jua. Andainya terjadi sedemikian berbekalkan bukti yang ada seperti perjanjian bertulis, resit, perbualan telefon dan sebagainya anda bolehlah membuat laporan polis dan membawa kes ini ke mahkamah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.