Nak Dekor Rumah Banyak Warna Dan Corak Tak Salah, Tapi Wajib Ikut Tip Ini

Share

Adakala kita merasakan sebuah ruang kediaman itu, cukup cantik walaupun dihias dengan pelbagai warna dan aksesori. Namun apakah agaknya rahsia ruang kediaman seumpama ini boleh nampak cantik dan menarik sedangkan pelbagai warna dimasukkan seperti air batu campur?

Konsep yang selari. – Pastikan pemilihan perabot anda harmoni dan selari dengan imej ruang yang hendak anda paparkan. Selalunya gaya kedesaan yang humble, kolonial yang kreatif, konsep Inggeris yang bijak menyesuai padan dan kontemporari yang agak terbuka dalam mewarna hias ruang.

Pemilihan warna saya senada – Pastikan anda memilih warna yang senada. Elakkan memilih warna yang gelap dan kedam. Warna -warna bunga-bungaan adalah yang terbaik.

Pencahayaan semula jadi yang bagus – Pastikan ruang kediaman anda, terang dan sedap mata memandang. Tapisan cahaya semula jadi dengan langsir sheer menjadikan ruang tampil santai dan eksklusif.

Aksesori yang menarik – padanan aksesori dan juga kemasan lembut juga mampu memberi impak yang bagus. Padanan kontra antara perabot aksesori dan kemasan lembut menjadikan suasana nampak meriah. Cuma elakkan emilih terlalu banyak warna. Cukup dua atau tiga.

Warna latar utama membangkit aura – Selalunya putih dijadikan latar utama agar semua warna ini akan menarik dan menyerlah. Jika memilih fabrik bercorak pun jika boleh biarlah latarnya putih.

Published by
Faizal Yunus