Indoor plant atau tanaman di dalam rumah memberi suasana yang segar sekaligus menjadi pelengkap dekorasi. Namun, memandangkan wadahnya merupakan sebiji pasu, aliran nutrisi kepada tanaman amat terbatas

Walaupun ianya hanya tanaman hiasan, ia tetap peru dibajai apabila tiba masanya. Hal ini dapat memastikan tanaman indoor anda hidup sihat dan tumbesarannya optimum.

Tetapi, nak beri baja pada indoor plant ni bukan boleh sebarangan. Khuatir ia memberi impak kepada isi rumah pula. Oleh itu, fahami cara betul membaja indoor plant

JENIS BAJA YANG SESUAI DIGUNAKAN INDOOR PLANT

Tidak semua baja dicipta menggunakan formula dan mempunyai kegunaan yang sama walaupun dari jenis yang sama. Namun, ramai yang menggunakan baja akhirnya menyebabkan tanaman mereka mati

Ads

Jenis cecair adalah baja yang paling sesuai untuk tanaman indoor. Seperti contoh jenis imulsi ikan. Ini kerana baja cecair lebih mudah dan cepat diserap tanamanCara Betul Baja Indoor Plant Kalau Nak Pokok Sentiasa Sihat Dan Cantik

CARA PEMBAJAAN INDOOR PLANT

Jika tidak mempunyai baja jenis cecair, gunakan baja biji yang anda anda tetapi sebelumnya larutkan di dalam air. Larutkan sepertiga baja butir bersama 3 liter air. Lakukan pembajaan setiap 2-3 minggu sekali dari bulan Mac hinggaSeptember. Selebihnya adalah tempoh untuk tanaman anda berehat

Ads

KERAP PERIKSA TANAMAN

Penjagaan tanaman indoor sama seperti yang lain. Diperiksa ada tak seranggan perosak, buang bahagian yang layu dan mati dan lain-lain. Tapi ada satu yang paling penting. lihat ada tak akar yang keluar dari bontot pasu. Jika ada, ia menunjukkan tanaman anda memerlukan pasu yg lebih besar atau perlu di pecahkan kepada beberapa bahagian rumpun kecil

Baca juga: 20 Inspirasi “Indoor Plant Display” Nampak WOW!

Ads

YANG TIDAK MEMERLUKAN BAJA

Tidak semua tanaman indoor memerlukan baja. Antara jenis tidak perlu dibaja adalah seculant dan kaktus. Oleh itu, cukup sekadar menambak atas tambah medium tanaman pada pangkal pokok.Cara Betul Baja Indoor Plant Kalau Nak Pokok Sentiasa Sihat Dan Cantik

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI