Cara Betul Lupuskan Pakaian Dalam Lama, Lebih Mesra Alam

Share

Wanita, pakaian yang paling kerap perlu diganti adalah pakaian dalam seperti bra dan seluar dalam. Namun, pakaian dalam tidak seperti baju dan seluar yang mempunyai tempoh hayat lama. Pakaian dalam terutamanya bra, jangka hayat ideal pakaian dalam adalah 12 bulan. Ia bertujuan menjamin tekstur pakaian dalam tidak mengundang ancaman bukan sahaja iritasi malah gangguan kesihatan lain.

Dah tukar, mesti nak buang kan? takkan pakaian dalam nak disedekah kepada orang pula. Tapi, boleh tak kita buang pakaian dalam terus di dalam tong sampah? Pakaian dalam antara bahan yang lambat mereput. Tambahan, khuatir jika dijumpai orang jika dibuang begitu sahaja.

Jadi macma mana nak lupuskan bra ni?

Blog http://warkahbuatbulan.blogspot.com/ berkongsi cara betul lupuskan pakaian dalam.

1) Gunting pakaian dalam anda sekecil-kecilnya. Hingga kalau ada orang yang menjumpainya, mereka tak mungkin dapat menyambung kembali pakaian dalam tersebut. Keluarkan besi, span, gunting renda dan segalanya. Racik-racik

2) Masukkan perca pakaian dalam ke beberapa plastik sampah yang berbeza. Ini untuk mengurangkan kemungkinan untuk orang menemui satu set lengkap pakaian dalam anda yang sudah diracik kecil.

3) Buang plastik sampah ke tempat yang disediakan. Dan berdoa agar pakaian dalam tue dilupuskan dengan baik. Jauhi dari anasir yang mahu berbuat jahat. Insya Allah, selamat.

Published by
Impiana