Samada anda baru ingin memasang tikar getah sebagai lapisan perlindungan pada lantai atau anda mahu menggantikan tikar yang lama, memotong tikar getah mengikut saiz yang dikehendaki tidaklah serumit yang anda sangka. Jika sebelum ini impiana kongsikan tip untuk elak tikar getah yang dihampar berkedut [klik sini untuk artikel lengkap] Ia tidak memerlukan alatan canggih atau berkuasa tinggi, malah proses pemotongan ini hanya memerlukan beberapa alatan yang boleh anda dapati dirumah sekarang seperti pisau, gunting, pembaris besi serta pita pengukur.
Secara ringkasnya, anda perlu ukur dan pastikan saiz sebenar ruang yang terbabit. Setelah anda yakin dengan ukuran yang diperoleh, bentangkan tikar getah sehingga memenuhi runag. Dan untuk mengasingkan bahagian lebihan tikar, gunakan pisau tajam dengan bantuan pembaris besi sebagai panduan agar tidak senget benget. Dibawah ini adalah penerangan terperinci tentang langkah-langkah memotong tikar getah dengan mudah. Selamat Mencuba!
LANGKAH 1
Pertama sekali, lengkapkan diri anda dengan peralatan keselamatan yang sewajarnya. Oleh kerana anda akan menggunakan pisau yang tajam, sepasang sarung tangan kerja untuk perlindungan adalah satu kemestian. Bagi mengelakkan kecederaan, elakkan mengendali pisau jika tidak memakai sarung tangan.
LANGKAH 2
Kemudian, pilih permukaan sesuai untuk proses memotong. Kemungkinan risiko untuk pisau yang tajam memotong menembusi tikar getah dan mencalarkan lantai adalah besar jadi pastikan anda meletakkan lapisan kadbod atau papan lapis sebagai alas.
LANGKAH 3
Ukur keluasan ruang dan pastikan anda tidak lupa ; lebih mudah jika anda catitkan pada kertas. Anda boleh dapatkan saiz setiap gulung tikar getah pada penjual sebelum membeli jumlah yang sesuai dengan saiz ruang anda.
Ads
LANGKAH 4
Tandakan dimensi pada tikar bagi memudahkan anda untuk memotong ukuran tepat dengan bantuan garisan yang telah dilukis. Panduan visual seperti ini juga membolehkan anda mempercepatkan kerja dan memastikan proses pemotongan tidak tersasar.
LANGKAH 5
Hamparkan tikar pada kawasan lapang dan rata. Pastikan tikar lurus dan rata serta tiada kedut sebelum memulakan proses pemotongan.
Ads
LANGKAH 6
Letakkan pembaris besi pada sebelah garisan yang telah dibuat tadi. Pastikan anda masih boleh nampak garisan tersebut. Keluarkan pisau dan potong mengikut garisan. Pembaris besi akan bertindak sebagai panduan agar pisau tidak terkeluar dari ‘landasan’.
LANGKAH 7
Bergantung pada ketebalan tikar getah, mungkin anda perlu memotong pada garisan yang sama berulang kali. Berhati-hati ketika membuat potongan kedua atau keiga agar tidak tersalah dan terkeluar dari garisan.
Ads
Tip: celupkan hujung mata pisau dalam air sabun untuk memudahkannya meluncur diatas tikar getah.
LANGKAH 8
Seterusnya, setelah berjaya memotong tikar tersebut anda hanya perlu kemaskan penjurunya. Tikar getah juga mudah dibentuk, jadi tiada masalah jika ada bahagian yang melengkung atau sebagainya. Pastikan juga tangan anda mudah dikawal dan stabil ketika memotong. Dan apabila ukuran yang diambil tepat, dan dipotong dengan sempurna, tikar getah akan kelihatan kemas dan rapi tanpa gelembung udara yang menjengkelkan.
LANGKAH 9
Akhir sekali, jangan lupa untuk membersihkan semula kawasan kerja. Sapu dan buang semua lebihan tikar getah yang dipotong kerana apabila dibiarkan merata-rata, ia boleh mendatangkan bahaya pada anak kecil atau haiwan peliharaan anda. Periksa kawasan terlibat dengan teliti apabila sudah selesai melakukan kerja.
https://www.youtube.com/watch?v=QR4ssojd6To
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika anda merancang untuk makeover lantai rumah tanpa ingin mengeluarkan kos yang tinggi, lantai vinyl adalah pilihan yang tepat. Lantai vinyl lebih murah berbanding tile biasa dan akan menampilkan permukaan lantai yang lebih kemas dan elegan.
Lantai Vinyl diperbuat daripada bahan PVC. Ia didatangkan dari pelbagai pilihan corak dan warna. Jadi, tidak susah untuk anda suaikan dengan tema ruang rumah anda.
Lantai vinyl ini makin menjadi pilihan dan trend terutamanya di Malaysia. Ramai juga pemilik rumah yang cuba untuk memasang sendiri lantai vinyl ini di rumah masing-masing. Apa yang membuatkan lantai vinyl ini popular adalah kerana coraknya yang cantik dan pemasangannya pun tidak begitu sukar.
Kali ini kami kongsikan cara mudah untuk memasang lantai vinyl gaya tulang ikan dengan betul. Perkongsian dari Net Azr.
Jom kita ikuti cara lengkap dan teknik pemasangan lantai vinyl gaya tulang ikan yang mudah dan simple di bawah.
Cara Mudah Pasang Lantai Vinyl
1. Susun kepingan lantai vinyl itu rapat ke dinding seperti dalam gambar di bawah ini. Dengan menggunakan kaedah ini, anda akan dapat menjimatkan penggunaan vinyl. Ia juga akan memudahkan anda untuk memotong vinyl itu kerana susunannya hanya menegak sahaja. Apabila kurang wastage nanti, Jimat vinyl dan jimat la duit anda.
2. Kalau nak guna cara macam kat gambar bawah ni pun boleh sebenarnya. Tapi anda akan guna banyak vinyl nanti. Kalau tak nak membazir, anda tidak digalakkan menggunakan cara di bawah. Ingin tahu sebabnya? Kerana tepi dinding yang akan dipasang vinyl nanti anda kena potong senget dan akan menyebabkan banyak wastage vinyl.
Jadi, kaedah ini akan membuatkan anda membazir vinyl bagi yang cuba untuk pasang sendiri di rumah. Tetapi jika anda seorang yang profesional dalam bidang pemasangan vinyl ini, mungkin tiada masalah untuk memotong lantai vinyl ini sendiri.
3. Gam yang digunakan untuk melekatkan vinyl pada lantai adalah gam dunlop kerana vinyl ini dipasang di bahagian depan rumah. Dengan menggunakan gam dunlop, lantai vinyl akan lebih tersusun kemas dan juga akan tahan lebih lama kerana gam dunlop ini tahan air.
Inilah hasil lantai vinyl yang sudah siap dipasang. Nampak kemas kan? Dengan memasang lantai bercorak macam lantai vinyl ini, rumah anda akan nampak lebih menarik & cantik.
Seperti umum mengetahui, sambutan perayaan tahun baru Cina bagi tahun 2023 akan menjelang tiba tidak lama lagi. Jadi, sudah pasti ramai yang berasa teruja untuk meraikan sambutan perayaan yang sering kali diraikan pada awal pembukaan tahun baru.
Bagi menyemarakan lagi sambutan perayaan tahun baru Cina bagi tahun 2023, gedung kelengkapan rumah IKEA Malaysia kini telah memperkenalkan koleksi edisi terhad FOSSTA sebagai penyeri sambutan perayaan kali ini.
Untuk koleksi edisi terhad FOSSTA, IKEA Malaysia telah memperkenalkan corak yang bermotifkan pokok bunga Cherry Blossom atau lebih dikenali sebagai bunga Sakura.
Selain itu, sudah semestinya warna yang bertemakan rona merah telah menjadi pilihan utama untuk koleksi edisi terhad FOSSTA kali ini.
Antara barangan kelengkapan rumah koleksi edisi terhad FOSSTA yang diperkenalkan adalah sarung bantal, cadar katil, pinggan mangkuk dan banyak lagi.
Jadi, mari kita lihat bersama kesemua koleksi edisi terhad FOSSTA yang telah dilancarkan oleh IKEA Malaysia.
Untuk info lanjut serta pembelian, anda boleh layari laman sesawang di pautan www.ikea.com.my.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Gusar nak keluar rumah ketika wabak COVID-19 menjejaskan seluruh dunia. Walaubagaimanapun, perut tetap peru disi. Keluar ke kedai nak beli barang basah seperti ayam, ikan dan sayur pun bukan sekadar gerun, nak bersiap tu macam nak pergi bertempur di medan perang.
Hal ini menyebabkan pelbagai tawaran pembelian barang secara dalam talian menjadi pilihan. Tidak terkecuali LAZADA. Selain menawarkan barang dapur kering, sayur segar terus dari Cameron Highland pun boleh dibeli secara atas talian.
Cameron farmers membuka talian E-dagang di dalam Lazada untuk membekalkan pelbagai jenis sayur segar khas buat penduduk yang berada 30km dari pusat edaran mereka yang terletak di Ara Damansara. Setiap kotak berisi pelbagai jenis sayur di jual pada harga RM 30 sahaja. Dalam tempoh 2-3 hari pembeli akan menerima produk yang dibeli secara segar
Untuk membeli produk sayur segar terus dari Cameron Highland, boleh lah layaran laman web atau aplikasi Lazada dan cari kedai nama Cameron farmers atau klik je sini
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.