Membuang sampah yang ada di rumah ada adabnya. Meskipun hanya membuang sampah, sisa dapur mahupun serpihan sisa kaca/cermin atau benda tajam, perlulah bersikap ehsan dan fikirkan keselamatan tukang kutip sampah juga bagi mengelakkan kecederaan. Ada cara yang betul dan selamat untuk membuang sisa barangan tajam sebegini.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Dinas Elni ini sebagai panduan;
Ini jadi malam tadi. Masa kami tengah makan malam di bawah, dengar benda jatuh di tingkat atas. Bila naik lepas isyak buka bilik air dan nampak ni pastu cakap dalam hati, “I really don’t want to deal with this now”
Cermin luruh berkecai dan masuk sebahagian dalam lubang jamban. Tutup pintu bilik air, kita tidur dulu and deal with it bila dah ada mood. Bilik air ada tiga, takde hal nak tutup sementara satu bilik air. Maka saya biarkan sampai pagi ini baru layan mengemas.
Prinsip membersih ni, “Lebih mudah dalam keadaan kering berbanding basah”. Ini terpakai untuk membersih habuk, tanah, dan benda berkecai macam cermin ni. Oleh sebab saya dah biarkan semalaman, lantai bilik air pun dah kering betul maka mudah nak diuruskan serpihan kaca yang ada.
Untuk membuang kaca/cermin/jarum/apa saja benda tajam, kita perlu fikirkan tukang kutip sampah. Ihsan perlu ada dalam semua yang dilakukan. Biasanya untuk serpihan kecil macam pinggan, cawan saya gunakan tong biskut atau botol sabun besar untuk mengumpul semua serpihan. Kemudian labelkan besar-besar “Hati-hati! Serpihan Kaca!” gitu.
Tapi disebabkan serpihan cermin ini agak besar maka terpaksa gunakan kotak. Kotak tak berapa elok sebab jika hujan boleh basah berderai dan terkeluarlah serpihan tadi membahayakan orang lain.
Sediakan kotak, penyodok dan penyapu serta bubble wrap. Jangan lupa sarung tangan getah dan selipar untuk elak kecederaan.
Alas bahagian dalam kotak supaya takde serpihan terkeluar. Kutip semua serpihan besar, balut dalam bubble wrap sebelum diletakkan dalam kotak. Kemudian sapu serpihan kecil, kumpul dan balut dalam bubblewrap juga.
Kerja menyapu jadi mudah sebab lantai kering. Nak guna vacuum pun lagi elok tapi kebanyakan vakum untuk kegunaan rumah tak benarkan sedut kaca. Vakum industri atau kegunaan bengkel boleh digunakan untuk sedut serpihan kaca.
Selepas selesai semua yang di atas lantai baru saya bersihkan serpihan yang termasuk dalam lubang jamban. Berbalik pada prinsip tadi, bersihkan yang kering dulu baru yang basah. Buat yang senang baru yang susah.
Balut kotak dengan elok dan label besar-besar sebelum letak di tong sampah. Di Malaysia buat masa ni amat susah untuk mencari pusat kitar semula yang menerima sisa kaca. Jadi terpaksa buang terus ke tong sampah. Saya ada hati nak upcycle serpihan ni untuk projek DIY (contoh gambar last), jadi letak sebelah dulu.
Moga jadi panduan untuk semua.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca: Semak & Buang 5 Barang Ini, Barulah Rumah Minimalis & Kekal Teratur
Baca Lagi Di Sini: Tong Sampah Dihurung Ulat Sampah, 5 Langkah Mudah Bersihkan
Artikel Menarik: Bekas Sarang Telur Letak Dalam Tong Sampah, Dapat Serap Air & Bau Busuk!
IMPIANA: Memang ada benarnya, nak buang sisa kaca/cermin atau benda tajam ni kena lebih berhati-hati. Ikut cara yang betul supaya lebih selamat dan tidak cedera.
Sumber:Dinas Elni
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.