Cara Betul Simpan Buah Tembikai Agar Tahan Sehingga Lebih 2 Minggu

Share

Menurut laman Wikipedia, tembikai, semangka atau timun cina merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dan berada dalam keluarga cucurbitaceae.Buah ini mempunyai kulit yang licin dan isi yang berair dan manis. Ia juga mengandungi pelbagai kelebihan dan kebaikan untuk kesihatan.

10 KELEBIHAN MAKAN BUAH INI

1. Menambah Imun Dalam Badan

2. Membantu Kesihatan Jantung

3. Melegakan Sakit Pada Otot

4. Mencegah Batu Karang Dalam Buah Pinggang

5. Membantu Proses Detoks

6. Membantu Melawan Penyakit Kanser

7. Melindungi Kesihatan Kulit

8. Merangsang Kesihatan Mata

9. Membantu Menurunkan Berat Badan

10. Mengurangkan Pedih Ulu Hati

Mungkin selama ini anda hanya membeli buah tembikai dan tidak mengetahui seberapa lamakah jangka hayat buah tembikai apabila disimpan. Ha, tahukah anda,ia juga mempunyai “tarikh luput” sama seperti bahan makanan yang lain!

Menurut National Watermelon Promotion Board

, buah ini mempunyai jangka ketahanan yang cukup lama, iaitu sehingga tiga ke empat minggu setelah dipetik dari kebun.

Jadi, bagaimana hendak menyimpan agar tahan lama?

Cara paling mudah untuk menyimpan  adalah anda hanya perlu meletaknya di atas meja dan biarkan begitu sahaja kerana ia tidak mudah busuk, atau letak di mana-mana kawasan yang teduh dan suhu yang tidak telalu panas.

Ia tidak perlu disimpan dalam peti sejuk kerana ia hanya akan memakan ruang peti sahaja. Namun, jika tembikai sudah dipotong, anda harus menyimpannya di dalam peti ais kerana tembikai yang sudah dipotong teksturnya pasti akan berubah dan ia hanya bertahan selama 3-5 hari sahaja.

Untuk menghindari buah tembikai daripada cepat busuk saat dimasukkan ke dalam peti ais, lebih baik anda tutup bahagian yang terdedah dengan pembalut plastik.

Follow Youtube IMPIANA

Published by
amalina