Bulan puasa ni macam-macam juadah terhidang di atas meja. Tapi, perut kita bulan puasa ni jangan lah didera dengan sumbat pelbagai makanan. Ini tidak bermakna makanan yang dah berlonggok atas meja tu perlu dibuang kalau dah tak habis. Apa kata, kita simpan untuk esok pula. Kan dah jimat. Tapi, dalam menyimpan makanan perlu ingat “rule of three” 3 jam dalam suhu bilik, 3 hari dalam peti sejuk dan 3 bulan dalam ruang sejuk beku. Lebih dari itu, makanan mudah dihadiri bakteria yang boleh berlaku pencemaran
Nak simpan makanan dalam peti sejuk pun bukan boleh pakai sumbat je. Selain disusun mengikut Ada caranya agar makanan tahan lama dan tidak berlaku pencemaran silang atau “cross contamination”
Baca juga: Getah Pintu Peti Sejuk Dah Keras Dan Lekang, Tukar Sendiri Je
Berikut adalah cara betul menyimpan makanan di dalam peti sejuk
Rak atas
Rak paling atas adalah ruang paling sejuk. Oleh itu, ruang ini sesuai untuk anda simpan makanan berprotin yang telah siap dimasak seperti ikan dan ayam. Namun, makanan tersebut perlu disimpan di dalam bekas bertutup rapi atau berbungkus.
Rak tengah atau bawah
Ruang tengah dan bawah adalah dikhaskan untuk menyimpan bahan tenusu seperti keju, yogurt dan mentega.
Laci
Ruang laci umum tahu menjadi ruang untuk menyimpan sayuran dan buahan segar. Namun untuk tahan lama, simpan di dalam bekas kedap untuk tahan lebih lama
Rak pintu
Ruang ini paling hangat di dalam peti sejuk. Oleh itu, ruang ini hanya sesuai untuk menyimpan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti ikan jeruk, ikan masin, buah jeruk dan sebagainya
TIP TAMBAHAN MENYIMPAN MAKANAN DI DALAM PETI SEJUK
1. Asingkan bahan mentah dan makanan yang telah dimasak bagi mengelak berlakunya pencemaran bersilang
2. Letak makanan yang telah dimasak di rak yang paling atas atau lebih tinggi dari yang belum dimasak bagi mengelak sisa makanan mentah jatuh ke atas makanan siap masak
3. Jadikan rutin mingguan untuk membersihkan peti sejuk
4. Gunakan bekas kedap udara untuk menyimpan setiap makanan
Kalau nak cari bekas kedap udara yang sesuai untuk simpan dalam peti sejuk, boleh beli produk elienware di link ni. https://invol.co/cla6314
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI