Cara Bezakan Tahap Kepedasan Cili Kering Agar Tak Tersalah Beli. Rupa cili kering ni ada macam-macam saiz dan rupa. Ada yang gemuk ada yang kurus ada yang licin ada yang kerekot macam-macam bukan. Bagaimana nak bezakan cili kering ini rupa yang berbeza sebenarnya memainkan peranan pada rasa cili tersebut. Sama ada pedas, terlalu pedas atau biasa.
Jika tersalah pilih, cili yang ekstra pedas memang buat anda kepanasan sepanjang hari. Penambahan gula dalam sambal pun belum tentu dapat mengimbangkan rasa pedasnya.
Jadi anda kenalah ada ilmu mengetahui jenis-jenis cili ini. Lepas dah tahu jenis-jenis dan tahap kepedasan cili, pastikan anda tidak tersalah pilih!
Malah sambal untuk anak-anak juga terkawal rasanya dan tak perlulah menambah gula berlebih-lebihan dalam resipi sambal anda.
Kenali Jenis Cili
Kurang Pedas
Pernah anda melihat jenis cili kering yang pendek, berkilat tetapi sedikit ‘gemuk’ dan bulat keadaan fizikalnya. Cili jenis ini biasanya kurang pedas. Cili kering jenis ini agak susah didapati di pasaran kerana harganya yang agak mahal. Ia biasanya lebih banyak di kawasan sebelah Pantai Timur dan biasanya dijadikan menu dalam masakan sambal Nasi Lemak.
Ads
2. Pedas Biasa
Salah satu jenis adalah jenis yang panjang dan berkedut. Ia juga nampak kering dan sedikit kusam warnanya. Bagi anda yang tak berapa makan pedas, inilah cili yang paling sesuai untuk anda. Cili jenis ini, pedasnya biasa sahaja.
Ads
3. Pedas Gilerrr…
Pernah lihat cili kering yang panjang tetapi ia licin dan berkilat. Malah cili jenis ini juga punya banyak biji dan warnya merah pekat. Ada juga sesetengah cili jenis ini yang pendek tetapi masih licin dan berkilat rupanya. Cili jenis inilah yang paling pedas dan mantap rasanya. Kalau takut pedas jangan ambil cili ini jika anda tak makan pedas!
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang terdapat banyak tombol atau pemegang pintu di pasaran. Pelbagai jenama dan berbeza-beza harganya. Rupanya, bukan rekaan dan jenama yang menjadi keutamaan ketika memilih. Doktor Perubatan Rehabilitasi Kamarul Ariffin Nor Sadan punya penjelasan rekaan pemegang pintu yang macam mana sesuai digunakan
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) bukan tombol pintu (knob).
Kenapa saya sarankan tuil jenis pemegang bukan tombol pintu?
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibubapa kita pun akan selesa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jubin pada lantai atau dinding yang kotor dan berlumut adalah perkara turn off yang dapat merosakkan imej tandas anda. Bukan itu saja, jika tetamu lihat pun pasti mereka berasa geli nak masuk. Malu nya!
Memang tidak dapat dinafikan, nak memastikan tandas sentiasa dalam keadaan tip top dari segala aspek adalah satu hal yang memenatkan dan merumitkan tetapi ia penting untuk menjaga kebersihan dan juga bagi memastikan keharmonian rumah tangga yang berpanjangan.
Salah satu bahagian paling susah nak di maintain adalah pada jubin serta grouting kerana jika kita lalai sedikit pasti lumut dan kotoran mula melekat dan kalau dibiarkan lama-lama nanti susah nak tanggal. Tapi jangan risau, anda tak perlu lakukan renovasi besar besaran di tandas pun. Hanya perlu jadikan tugas mencuci tandas sebagai rutin. Yang menariknya, tak perlu guna sebarang sabun. Hanya dengan 4 bahan yang boleh didapati dari dapur sahaja.
Serbuk Penaik
Untuk sesi pembersihan minor seperti tompokan air, saki-baki tumpahan shampoo dan debu, serbuk penaik adalah bahan yang sesuai menggantikan sabun pencuci lantqi. Celupkan span lembap ke dalam mangkuk serbuk penaik dan gosokkan pada jubin, grout atau mana-mana permukaan yang kotor. Bilas dengan teliti menggunakan air suam. Cucian seperti ini ideal dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Cuka
Antara bahan dapur yang sesuai dijadikan sebagai bahan pembersih jubin adalah cuka. Sifat berasid cuka mewujudkan persekitaran yang menghalang pertumbuhan kulat, cendawan dan bakteria. Ia juga bahan yang boleh menembusi buih sabun, deposit mineral, bintik-bintik air dan banyak lagi.
Campurkan cuka dengan air ke dalam botol dengan nisbah yang sama kemudian semburkan saja bancuhan tersebut ke permukaan jubin. Biarkan campuran tadi di permukaan selama beberapa minit sebelum menyental dengan berus atau span. Untuk kotoran yang degil, tambahkan serbuk penaik ke dalam bancuhan cuka.
Cuka juga boleh berfungsi sebagai agen pencegahan untuk kegunaan setiap hari. Jadi anda boleh semburkan campuran ini pada jubin dan permukaan kaca sebelum anda keluar dari bilik mandi.
Garam
Garam berkuasa untuk membunuh organisma sel tunggal, seperti kulat dengan cara menegringkan mereka. Tapi jangan terkejut, untuk memastikan cara ini berkesan, kawasan kulat perlu dibiarkan lembap, barulah dapat lihat kebolehan garam yang sebenar. Untuk jubin lantai atau permukaan rata yang lain, anda boleh lapkan kawasan itu dengan kain lembap dan taburkan garam, sebelum menyental ke dalam bahagian-bahagian tertentu. Biarkan ia semalaman sebelum menyambung kerja-kerja pembersihan disebelah pagi keesokan harinya. Sebarang jenis garam kasar, termasuk garam Epsom, boleh digunakan.
Jus Lemon
Jus lemon kegemaran di kalangan pencinta bahan semula jadi kerana keupayaannya untuk membersihkan kotoran serta meringankan masalah kulit dengan efektif. Begitu juga tindak balasnya terhadap jubin. Seperti cuka, jus lemon segar mengandungi asid yang agak kuat menjadikan nya sebagai musuh utama buat kulat dan cendawan. Ia juga berfungsi dengan baik apabila digabungkan dengan serbuk penaik.
Itulah antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk kerja pembersihan jubin. Anda boleh lakukan semuanya sendiri, tidak perlu runsing lagi. Selamat membersih!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perasan tak, kadang-kadang akan ada kesan kekuningan pada bahagian bawah lengan atau ketiak walaupun baju telah dicuci. Lebih-lebih lagi pada pakaian bewarna putih. Kesan kotoran degil ini tidak hanya terdpat pada bahagian tersebut, malah juga boleh terjadi pada bahagian kolar dimana peluh selalu berkumpul.
Memang susah nak tanggalkan kesan kuning ni. Nak tak nak, terpaksa juga lah pakai kalau dah terdesak. Dan paling teruk, kita buang sahaja baju yang terjejas kerana tak sanggup menanggung malu berhadapan orang ramai dengan baju bertanda kuning pada bahagian tertentu.
Tetapi sebelum itu, apa kata anda cuba dahulu petua dari saudara Herry Rozular ini. Menurutnya, sabut ajaib yang berharga RM5.90 ini mampu menghilangkan kesan kuning pada pakaian dengan mudah. Betul-betul menakjubkan!
Menurut beliau lagi, sabun inibukan hanya boleh bantu hilangkan kesan kuning pada bahagian ketiak dan kolar baju, malah juga boleh digunakan untuk kasut yang kotor.
Inilah sabun yang disebut-sebut tu. Boleh dibeli di Daiso. Selamat mencuba!
“Masuk Daiso wajib korang grab blue stick soap ni! Sy dh lama geram dgn kotoran degil yg kuning kt part deodorant tu ? dah banyak kali sental tak hilang2 last2 try beli benda ni korang tgk la sendiri pic tu. Tu baru sekali basuh.
Sabun ni nk pakai korang kena sapu sikit kat kawasan kotoran n pakai berus utk sental. Lepas tu basuh mcm biasa. Sabun ni kat area kolar baju n kasut kotor pn boleh pakai. So lepas ni kalau kolar baju sekolah putih anak korang ada kotoran, ha cuba sental pakai sabun ni. Seketul ni RM5.90 je boleh beli kat Daiso ✌?“
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.