Kita adakala begitu ghairah hias bilik anak. Sampai tak tahu nak bezakan mana yang perlu mana yang kita mahu. Adakala terlebih spend benda yang terlalu awal untuk bayi kita mengerti. Sudahnya buruk begitu je. Sakit juga hati kan kekadang membazir tak tentu pasal. Budak besar cepat jadi ada cara kita boleh up date hiasan bilik mereka sepantas mereka membesar. Bijak berbelanja, kita juga yang untung…

Bajet dan Usia
Suai padan barang baru dan lama. Janji warna meriah. Dalam soal ini, terpulang kepada bajet masing-masing. Ada yang mahu berhabis untuk sebuah kamar kanak-anak yang cantik dan serba lengkap. Namun ada yang lebih senang bermula dengan asas, dan sedikit demi sedikit di up grade selaras dengan usia anak mereka, berdasarkan tumbesaran di anak. Jadi ketika usianya dalam empat ke lima tahun ketika mula berkembang tumbesaran nya, kamar si manja sudah hampir lengkap dan tidaklah membebankan kita.

Ini Cara Bijak Hias Bilik Anak Yang Wajib Anda Tahu

Ini Cara Bijak Hias Bilik Anak Yang Wajib Anda Tahu

Mudah dikemas, mudah disimpan dan disuai padan. Murah tak mengapa asal tahan lama.- Jika boleh

Ini Cara Bijak Hias Bilik Anak Yang Wajib Anda Tahu

Pemilihan Konsep
Pelbagai konsep menarik di luar sana. Kita sendiri jadi rambang mata di buatnya. Selain tema biasa untuk nak lelaki atau perempuan, kini kita juga punya tema sukan, superhero, haiwan  malah tema vintage kamar kanak-kanak Inggeris yang mengimbas kita ke zaman kolonial atau kedesaan. Malah setiap tema ini juga sudah punya produk sampingan yang boleh anda miliki bagi menjadikan kamar lebih tersusun rapi.

Ini Cara Bijak Hias Bilik Anak Yang Wajib Anda Tahu

Ini Cara Bijak Hias Bilik Anak Yang Wajib Anda Tahu

Ads

Ilham hebat cakerawala…perancangan agak rapi ni tapi berbaloi

Ini Cara Bijak Hias Bilik Anak Yang Wajib Anda Tahu

Padanan Warna
Jangan sesekali sekat kreativiti anda hanya dengan dua warna utama ini. Merah jabu dan biru muda. Kamar kanak-kanak kini sudah jauh lebih advance dan jangan terkejut jika kamar bayi sahaja sudah ada pereka yang menggunakan rona coklat tua dan kelabu sebagai pilihan. Malah anda boleh memilih warna kuning atau hijau tanpa mengikut apa pun jantina anaknya. Ia lebih universal dan membentuk karakter si manja. Kini ramai juga ibu bapa yang lebih senang memilih rona pastel kerana ia sudah pasti mudah di suai padankan.

Ini Cara Bijak Hias Bilik Anak Yang Wajib Anda Tahu

Ini Cara Bijak Hias Bilik Anak Yang Wajib Anda Tahu

Pilihan pastel sememangnya tidak pernah menghampakan. Manakala pilihan warm neutral bersifat ever green.

Ads

Ini Cara Bijak Hias Bilik Anak Yang Wajib Anda Tahu

 

Cat atau kertas dinding

Ini adalah dilema ibu bapa dalam menjadikan sebuah kanak-kanak tampil cantik lagi berseri. Cat atau kertas dinding? Ada yang memilih kertas dinding kerana mahu visual yang cantik dan memenuhi ruang kamar. Ada juga yang lebih selesa memilih 1 sudut sahaja dan selebihnya di cat dengan kreatif seperti belang horizontal atau pun belang vertikal. Yang mana satu mahu mu? Kini terdapat banyak pelekat menarik yang boleh anda pilih dan menjadikan suasana kamar si manja lebih meriangkan.

Ini Cara Bijak Hias Bilik Anak Yang Wajib Anda Tahu

Ads

Ini Cara Bijak Hias Bilik Anak Yang Wajib Anda Tahu

Dua pilihan berbeza namun sama cantik dan fun

Ini Cara Bijak Hias Bilik Anak Yang Wajib Anda Tahu

Rekaan perabot
Terdapat dua faktor yang boleh anda bahagikan jika mahu memilih perabot untuk anak anda. Bagi penstoran, anda boleh memilih perabot biasa tetapi mungkin warnanya bersesuaian dengan tema kamar anak anda. Jika tidak cari sahaja yang mudah di selaraskan. Juga jika boleh carikan perabot mesra kanak-kanak yang tidak berbucu tajam dan mudah dilaraskan berdasarkan usia mereka. Jangan membazir jika tidak punya peruntukan kecil. Jadi di samping menghidupkan suasana kamar si manja dengan hiasan lain, anda juga boleh pilih cadar, langsir, kusyen yang sesuai dengan tema utama.

Ini Cara Bijak Hias Bilik Anak Yang Wajib Anda Tahu

Ini Cara Bijak Hias Bilik Anak Yang Wajib Anda Tahu

Simple dan praktikal itu sudah cukup memadai..

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI