Ramai antara penduduk bandar yang memilih tidak untuk bercucuk tanam disebabkan kekangan ruang. Selain daripada rumah landed yang semakin kecil halamannya, konsep kediaman bertingkat kini juga menjadi salah satu faktor penyumbang. Bertitik tolak daripada itu maka terhasil lah konsep vertical garden di mana tanaman diletakkan pada dinding khas. Tapi kelemahan sistem khas ini ialah kosnya yang agak mahal. Justeru, apakah penyelesaian terbaik yang mampu menjimatkan ruang dengan harga yang mampu milik.
Jabatan pertanian telah hadir dengan inovasi terbaru iaitu menyarankan penggunaan bahan kitar semula untuk menggalakkan lagi konsep kebun bandar yang diusahakan mereka. Antara rekaan yang menarik dicuba bagi kediaman yang mempunyai halaman sempit adalah menara botol.
Bahan-bahan:
4 biji Botol minuman terpakai 1.5 liter
4 biji Penyambung / nipple pipe 1.5 kaki Pengikat besi
2 biji Skru
5 kg Tanah campuran
Cara-cara:
Ads
1. Tandakan Tempat yang akan dijadikan sebagai tempat untuk meletakkan pengikat besi untuk memudahkan ia digantung
2. Ikat pengikat plat besi pada lubang yang telah ditebuk tadi dengan menggunakan skru
Ads
3. Ambil botol yang lain dan tandakan pada bahagian tapak botol mengikut saiz mulut botol yang diletakkan pengikat plat besi tadi. Tebuk lubang yang telah di lukis tadi dengan menggunakan soldering iron dan lakukan untuk 3 botol berikutnya
4. Tandakan tetingkap pada dinding botol dari bahagian bawah dan tebuk untuk dijadikan sebagai ruang untuk tanaman. Lakukan untuk semua botol
5. Tebuk lubang pada bahagian penutup botol dengan menggunakan soldering iron untuk diletakkan nipple pipe sebagai lubang saliran. Lakukan untuk ke semua botol
Ads
6. Selesai cantumkan semua botol menjadi satu menara, letakkan medium tanaman dan masukkan pokok ke dalam setiap botol
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pintu lipat jenis plastik yang digunakan di tandas memang cepat rosak. Kebiasaannya, kerosakan yang dialami adalah bilah pintu lipat tercabut dari klip atau landasan. Ada pula tu, pintu cantik lagi dan tak sampai setahun pun dah jadi rosak.
Nak ganti dengan yang baru sayang pula. Ini jalan penyelesaian paling mudah dan menjimatkan poket anda. Tukar pintu lipat yang rosak tadi menjadi pintu biasa. Nak tahu macam mana? Tengok gambar yang telah disediakan ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Fray pan yang sudah lama atau rosak jangan dibuang, banyak manfaat lain yang boleh diolah. Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini, fray pan lama yang telah rosak diubah suai menjadi lampu pendent sesuai untuk kediaman berkonsepkan minimalis atau industri. Bagi yang ingin kelihatan seperti scandinavian, tukar bahagian pemeganag lampu dengan kayu. Jom kita lihat cara untuk makeover fry pan yang rosak menjadi lampu pendent
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak mustahil untuk memiliki elemen air di dalam ruang laman yang sempit. Pelbagai kaedah atau reka bentuk elemen air dapat di gayakan walaupun ruang dimiliki hanya berukuran 1 m2. Apa yang penting, pemilihan jenis peralatan untuk kolam mini dan tumbuhan akuatik yang berpadanan mampu menjadikan elemen ini sebagai penyeri laman anda.
Pemilihan saiz dan reka bentuk pasu juga memainkan peranan. Pastikan saiz pasu yang dipilih berpadanan dengan ruang yang tersedia. Selain itu juga, pastikan bahagian dalam pasu diberi kemasan atau coated untuk melindungi air agar tidak meresap pada dinding pasu. Namun jika anda menyimpan niat untuk menggunakan pasu atau bekas yang terdapat di dalam simpanan, lapiskan permukaan dalam pasu dengan pond liner sebagai gantian.
Cara-cara:
Letakkan lapisan pond liner pada dasar pasu
Letakkan pam ikan berkapasiti rendah di bahagian hadapan pada dasar pasu.
Masukkan saluran air keluar ke dalam lubang sebuah pasu plastik untuk memberi perlindungan kepada keseluruhan pam.
Taburkan pebbles bersaiz kecil membentuk dasar fountain.
Susun tumbuhan water lover di bahagian belakang pam. Pastikan akar tumbuhan yang telah dipilih telah dibersihkan sepenuhnya.
Tutup keseluruhan permukaan pasu dengan batuan sungai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.