Mengecat rumah sendiri memang lebih menjimatkan kos berbanding mengupah orang. Namun ingin mengecat rumah sendiri tak semudah yang disangka. Ada cara dan teknik asas yang perlu dilakukan supaya hasil kemasan cat pada dinding sekata dan tak bercapuk.
Perkongsian daripada Azlan Mohamad, yang pernah menjadi pengedar cat dan bekerja di kedai hardware ini boleh dijadikan panduan.
Saya perhatikan ramai yang mengecat dan hasilnya tidak seperti yang didambakan. Jadi, disini saya sebagai bekas pekerja kedai hardware yang menjadi dealer cat jotun ingin kongsikan beberapa tips basic mengecat. Saya bukan pakar atau tukang cat, cuma tahu serba sedikit mengenai cat.
Pilih warna cat yang anda inginkan. Pastikan anda telah membuat carian mengenai warna cat yang sesuai untuk kediaman anda. Dapatkan template warna pilihan cat yang anda daripada pekerja kedai.
Terdapat dua jenis cat, untuk bahagian dalam dan luar rumah. Cat untuk bahagian luar rumah biasanya lebih tahan lasak, sesuai untuk cuaca panas dan hujan. Manakala, cat untuk bahagian dalam rumah juga mempunyai ciri-ciri khasnya sendiri seperti mudah dicuci, tidak berbau dan sebagainya.
Pemilihan jenis cat yang betul amat penting agar anda tidak mengeluarkan kos untuk mengecat berkali-kali. Cat pun tahan lama dan tidak mudah rosak.
Anda juga perlu ambil tahu jenis dan pilihan cat yang sesuai dengan kediaman anda. Cat mempunyai pelbagai jenis dan gred. Ada cat yang kurang bau, berkilat, berbau wangi dan sebagainya bergantung pada kualitinya.
Selain jenis dan warna, cat juga mempunyai pelbagai jenama. Antaranya ialah, Jotun, Nippon Paint, Seamaster dan sebagainya. Kebanyakan jenama cat mengeluarkan cat yang berasaskan air (water based); lebih mesra alam sekitar, senang tanggal, dll.
Untuk memilih jenama cat yang terbaik, anda perlu baca banyak review dan minta pandangan orang yang berpengalaman.
Ini adalah bahagian yang paling utama dalam proses mengecat untuk memastikan cat pilihan anda mempunyai tona yang sama seperti yang anda impikan.
Sebelum mula mengecat, anda perlu tahu samada ruangan tersebut perlukan sealer/primer ataupun tidak.
Selalunya, cat alas diperlukan apabila pertama kali hendak mengecat dinding tersebut atau re-paint cat dinding yang dah tertanggal & menggelembung teruk. Pastikan anda kikis dan buang semua cat yang lama barulah guna cat alas.
Kebaikan cat alas adalah melindungi cat dari kelembapan dinding dan membuatkan cat anda melekat pada dinding lebih kuat serta membuatkan warna tona cat semakin cantik.
Walaupun cat alas mempunyai warna putih namun ia tidak sama dengan cat putih yang biasa. Fungsi cat alas adalah untuk melindungi cat warna pilihan anda. Biasanya cat alas ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk kering.
Sekiranya anda menggunakan cat putih sebagai cat alas, ia akan menyebabkan cat warna pilihan anda bertompok putih dan tidak mempunyai tona warna seperti yang anda inginkan.
Apabila cat alas dah kering, bolehlah mula mengecat menggunakan warna pilihan anda. Pastikan kacau dahulu cat tersebut sebelum mula untuk memastikan warna cat sekata dan memudahkan proses mengecat. Anda boleh gunakan kayu yang panjang untuk mengacaunya.
Adalah disyorkan untuk menggunakan ‘teknik bancuhan teh tarik’ untuk memastikan cat benar-benar bercampur.
Gelekkan roller mengikut bentuk huruf M atau W. Jangan panik sekiranya anda melihat lapisan cat yang pertama tidak rata. Tunggu lapisan yang pertama kering baru mulakan lapisan kedua.
Bagi anda yang ingin memulakan kerja-kerja mengecat ini, IMPIANA sarankan agar bersedia dari segi mental, kerana kerja-kerja mengecat ini memang memenatkan.
Semoga tip bermanfaat!
Mesti Baca: Dinding Rumah Comot Kesan Conteng, 5 Cat Rumah Ini Senang Cuci!
Baca Lagi Di Sini:Tip Pilih Warna Cat Ideal Untuk Dinding, Tersalah Pilih Rosak Dekorasi Rumah
Artikel Menarik: Ini Cara Baiki Cat Dinding Rumah Mengelupas Selepas Terendam Banjir
Sumber: Azlan Mohamad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.