Mudahnya kalau tahu cara nak cuci sendiri Aircond di rumah tak perlu upah orang lagi. Aircond atau penyaman udara tiba-tiba tak sejuk. Selain berpunca daripada kehabisan gas, ia jua disebabkan oleh kotoran atau habuk yang dah tepu pada bahagian penyaring (filter) atau kipas outdoor unit.
Kebiasaannya, ramai yang ambil keputusan untuk memanggil orang untuk selenggarakan. Lepas tu kena bayar mahal-mahal. Ramai jugak yang mengeluh situasi ni terutamanya apabila di tengah bulan. Jadi tak pasang lah aircond sampai tunggu gaji baru panggil orang service.
Sebenarnya anda boleh je service sendiri unit aircond tu. Mula-mula cuba cuci dulu unit aircond. Ia tak memerlukan peralatan yang rumit. Hanya masa dan tenaga sahaja diperlukan. Lepas dah cuci itu pun masih tak berapa sejuk, itu maksudnya dah habis gas. Barulah tambah gasnya.
Macam mana nak cuci aircond?
Cara Cuci Aircond Di rumah
1) Filter
Buka penutup depan indoor unit dan keluar filter yang macam jaring dalam tu. Filter ni kena sentiasa dibersihkan sekurang-kurangnya 1 bulan sekali.
Basuh dengan sabun serbuk kemudian sental dengan berus plastik (jangan guna berus sabut). Lepas itu, bilas dengan air paip. Jemur sehingga kering.
Ads
2) Indoor Condenser Coil
Sementara tunggu filter tu kering, vacuum pada condenser coil dan lubang yang ada pada cover indoor unit tu kasi buang habuk dia. Kalau ada habuk yang degil sangat melekat tak nak keluar pada condenser coil tu cara dia senang sahaja. Ambil spray masukkan air paip sembur sikit bagi lembap. Sebelum tu off kan suis aircond dan cabut plug,cover tempat-tempat elektronik board dengan plastik.
Kemudian ambil berus gigi yang sudah tidak digunakan atau berus kiwi kasut ataupun berus cat, sapu perlahan-lahan pada condenser. Tapi hati-hati jangan sampai mencederakan `sirip aluminium’ pula (yang macam bentuk sikat tu). Cuci sampai puas hati.
Ads
3) Blower Fan
Blower fan ini kalau habuk tebal melekat dekat badan dia, angin akan menjadi perlahan sebab itu akan rasa udara sejuk yang keluar tu macam tak sampai. Cara nak cuci blower fan ini tak perlu susah hanya guna kaedah vacuum dan gosok dengan berus gigi atau berus cat. Jangan spray dengan air takut nanti habuk melekat susah nak vacuum.
4) Outdoor Compressor Coil
Yang ini pun kena cuci jugak. Cuba jenguk di bahagian sirip kompressor itu, kalau habuk dah tebal sampai tak nampak coil dalam maknanya memang dah kena sental. Cara dia sama seperti cuci indoor condenser coil.
Tembak je dengan air tapi kalau tak boleh juga terpaksa buka cover outdoor tu kemudian sental dengan berus plastik dan cuci dengan serbuk sabun.
Selepas itu dibilas dengan air semula. Cuci sampai nampak coil dan kalau boleh penglihatan kita tembus menerusi setiap sirip coil. Jangan takut nak siram air sebab compressor ini memang dah direka untuk tahan hujan mahupun panas.
Ads
Dah siap semuanya boleh pasang semula air filter yang sudah kering tadi dengan cover sekali. Siap sempurna semua bahagian telah di pasang dengan yakin, cuba on dan rasa udara yang keluar aircond indoor unit ada perbezaan atau tidak dari sebelum diselenggara.
Kalau sama, perlu buat chemical servis iaitu masukkan gas. Tapi part ni perlukan peralatan dan kemahiran khas. Lebih baik anda panggil orang yang mahir untuk isi gas sahaja.
Senang kan tak perlu susah-susah nak panggil orang buat kerja ni. Sendiri servis lebih puas hati.
Peti sejuk bukanlah perkakas elektrik yang mudah rosak sebenarnya. Jangka hayatnya panjang ye boleh pakai bertahun-tahun kalau pandai jaga. Min pakai peti sejuk dekat rumah ni nak masuk 15 tahun dah. Masih berfungsi dengan baik. Tetarik dengan perkongsian Khairul Hafiz di media sosialnya tetang cara menukar getah peti sejuk lama yang pintu dah tak nak melekat rapat.
Siapa yang ada peti sejuk yang dah tak nak tutup rapat tu boleh la ikut cara Khairul Hafiz ni. Memang terbaiklah. Jom kita tengok bagaimana cara beliau menukar getah pintu sejuk miliknya. Katanya mudah!
Selamat Mencuba!!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pelbagai petua telah dikongsikan oleh impiana untuk memusnahkan semut di kediaman. Tapi, seminggu dua sahaja yang bertahan. Nanti datang lagi. Hal ini disebabkan oleh koloni semut tidak dimusnahkan sepenuhnya.
Bila semut mula banyak di laman, ia bukan sekadar merosakkan akar tanaman, malah memberi ancaman pelbagai penyakit pada tanaman. Oleh itu, kaedah memusnahkan semut harus dilakukan sehingga ke akar umbi.
Berikut adalah cara yang dicadangkan oleh Manizam Abdul Rahman yang telah dikongsikan di dalam group KGTTS
Cara saya membasmi semut samada dalam rumah atau yang mendatangkan masalah pada tanaman cuma menggunakan 2 benda yang mudah dan murah.
Bahan-bahan:
1 peket Ubat semut yang jenama nya saya sendiri tak tahu nak sebut
1 ekor ikan rebus
P/S: Ridsect tu hanya gimik. Ia hanya mampu membunuh serangga yg berada di depan kita. Apa yang saya buat ni mampu membunuh semut hingga ke sarangnya
Cara-cara:
1. Gaul isi ikan rebus berserta ubat semut hingga sebati
2. Pastikan ikan jangan terlalu lembab
3. Kemudian tabur di tempat laluan semut.
4. Isi ikan yang telah dijumpai oleh semut akan di bawa pulang ke sarang. Nanti bila dijadikan jamuan bersama koloni, secara tidak langsung semua semut akan termakan serbuk ubat semut tadi.
Tanaman hiasan di kediaman, sama ada yang hidup mahupun yang artifisial berupaya untuk menaikkan mood di sesebuah ruang. Dengan kehadiran rona hijau di satu sudut, ia serta merta dapat menjadikan kediaman anda kelihatan segar dan nyaman.
Selain jenis tanaman yang sesuai, pasu yang digunakan juga perlulah menarik dan cantik agar sudut tampil lebih sempurna. Jadi buat anda yang gemar mengumpul tanaman hiasan di rumah, boleh jadikan idea DIY dari Suhaila Shaari ini sebagai panduan.
Bekas tanaman yang pada mulanya nampak hambar, bertukar menjadi lebih rustik dan menarik hanya dengan beberapa langkah ini. Mari kit asemah bersama!
ALATAN YANG DIPERLUKAN;
1. Tali
2. Pasu/ Bekas plastik
3. Paip PVC atau kayu
4. Gam kuat
5. Gergaji kecil (untuk potong paip PVC)
LANGKAH-LANGKAHNYA;
Ini rope tie dari Mr. DIY saya beli dengan harga RM2.10 sepeket. Saya beli 11 peket.
2. Pasu plastik dari kedai ECO.Tak kisah beli pasu jenis macam mana pun, ikut citarasa masing-masing.
3. Paip PVC ni dari kedai eco juga. Untuk buat bahagian kaki. Tapi sebenarnya lagi senang jika guna kayu silinder. Lebih kukuh. Ada dijual dekat hardware, murah je.
4. Gam kuat ni juga dibeli dari Mr.DIY
5. Bila dah cukup semua peralatan, boleh la mula melilit tali pada pasu. Letak gam pada pasu tu dahulu
6. Siap lilit tali pada pasu
7. Kemudian potong paip PVC ikut ketinggian yang sesuai
8. Lilit tali pada paip yang sudah dipotong tadi
9. Setelah selesai melilit, gam kan kaki pada tapak pasu. Pastikan gam kering dan stabil sebelum digunakan.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.