Gubahan bunga plastik sering menjadi pilihan kerana ia lebih tahan lama dan dianggap tidak memerlukan penjagaan seperti tumbuhan segar. Silap tu, sebenarnya antara punca himpunan habuk di dalam kediaman adalah dari bunga plastik ini
Bagi mengelak bunga plastik anda dari menjadi perangkap habuk, sebaiknya ia perlu dibersih sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Kekerapan membersih atau mencucui habuk pada bunga artifial bukan sekadar menjamin kebersihan, ia juga dapat memastikan bunga plastik anda sentiasa kelihatan cantik dan warnanya tidak pudar seperti baru dibeli
Berikut antara cara-cara memberih atau mencuci bunga plastik anda:
1. GARAM
Masukkan bunga plastik anda ke dalam plastik besar bersama garam. Goncangkan sehigga semua habuk yang melekat pada bunga dapat disingkirkan. Lakukan beberpa kali dengan menggantikan garam baru sehingga anda bepuas hati
2. KAIN MICROFIBER
Lap perlahan-lahan bunga palstik anda dengan menggunakan kain jenis microfiber. Sebaiknya, teknik ini pelru dilakukan seminggu sekali untuk memastikan habuk yang terperangkap tidak melekat dan menjadikan bunga plastik kelihatan kusam
3. CUKA
Jika bunga plastik tahan atau boleh menerima kelembapan, semburkan campuran 1 bahagian cuka dan 1 bahagian air bersih. Kemudian, gantung bunga plastik yang telah disembur campuran cuka tadi secara terbalik di bawah teduhan dan biarkan ia kering sepenuhnya
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Dapat ‘Penyewa Dari Neraka’, Pemilik Hias Pangsapuri Jadi Homestay
Ramai pemilik yang berhasrat untuk menyewakan rumah mereka tapi ragu-ragu kerana susah nak percayakan orang lain. Lebih lebih lagi sekarang banyak yang heboh tentang penyewa yang tidak bertanggungjawab menghancurkan harta benda pemilik kemudian hilang tanpa jejak.
Sedih dan peritnya hati bila dah amanahkan rumah pada penyewa tapi itu balasan yang mereka beri. Sudah lah sewa bulanan tidak dibayar, rumah pula jadi tunggang terbalik gara gara ‘penyewa dari neraka’ ini. Pemilik juga perlu menanggung kerugian fizikal yang banyak untuk membaik pulik rumah.
Jadi, buat anda yang trauma mendengar cerita ngeri penyewa-penyewa ini, ada satu lagi cara boleh anda lakukan untuk memastikan anda boleh terus mendapat income melalui rumah yang tidak anda diami. Tukarkan rumah anda menjadi homestay yang boleh disewakan mengikut hari dan sudah tentunya ianya lebih mudah untuk diselenggara.
Menurut Encik Nordin Mohd Salleh, pangsapuri 900 kaki persegi ini pernah didiaminya sebelum dijadikan homestay kerana berpindah ke destinasi yang berhampiran degan tempat kerja beliau dan isteri. Unit ini sebenarnya merupakan pejabat jualan kediaman kawasan tersebut, jadi pintu masuknya agak berbeza dan istimewa.
Berpandukan konsep moden kontemporari, pemilik telah memilih warna putih, hitam serta merah membuatkan ruang tampak elegant. Ruang tamu hanya diisi dengan perabot yang betul betul perlu sahaja kerana pemilik tidak mahu trafik laluan terganggu. Kediaman beliau juga dihiasi dengan tumbuhan hijau yang diletakkan di pintu masuk supaya homestay ini nampak lebih menarik dan tenang.
Menurut penyampai radio ini lagi, beliau mahu pangsapuri miliknya ini memberi keselesaan kepada bakal penyewa. Biarpun ruang kecil, tetapi jika pandai menghias dengan berani dan terarah maka rumah tersebut akan tetap nampak menarik. Perancangan juga penting untuk memastikan kediaman tidak nampak serabut. Setiap orang berhak memiliki rumah idaman tidak mengira apa saiz, besar atau kecil.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pemilihan Langsir Blackout Dan Dim-out Sangat Penting Untuk Kesihatan
Isi Kandungan
ToggleTidur yang lena dan berkualiti sangat penting untuk kesihatan. Kajian perubatan menunjukkan kurangnya tidur yang berkualiti antara punca peningkatan risiko penyakit jantung, darah tinggi, migrain dan strok. Tambahan kurang tidur juga menjadi antara penyebab utama kemalangan akibat memandu ketika mengantuk serta melibatkan mesin atau jentera di tempat kerja. Ini menunjukkan secara tidak langsung ia menjadi penyebab masalah emosi, mengganggu keupayaan membuat keputusan dan kebolehan menyelesaikan masalah.
Kajian juga mendapati, untuk memastikan tidur yang lena dan berkualiti, persekitaran bilik seharusnya gelap. Walaupun dengan pengamatan cahaya yang sedikit memasuki bilik tidur, ia menyebabkan minda kita tidak rehat secukupnya dan memberi input kepada otak untuk bangun tidur.
Langsir blackout dan dim-out antara komponen penyelesaian terbaik untuk menyekat pengamatan cahaya dan pencemaran bunyi memasuki bilik tidur anda. Tambahan, tidur yang lena dan rehat yang cukup juga penting terutamanya bagi ibu yang hamil, ibu yang baru melahirkan, bayi yang baru lahir, pesakit dan mereka yang bekerja pada waktu malam.
Langsir blackout dan dim-out juga berupaya menapis sinaran UV dari memasuki kediaman. Ini bermakna, secara tidak langsung ia dapat melindungi perabot, karpet dan lantai anda dari cepat pudar. Ia sangat ideal untuk bilik tidur dan untuk ruang yang anda tidak inginkan kemasukan cahaya secara terus.
LANGSIR BLACKOUT
- Diperbuat dari kain tebal atau langsir biasa yang dilekat dengan lapisan lebih gelap.
- Langsir blackout boleh menghalang cahaya dari jendela atau pintu gelongsoran dari masuk ke dalam kediaman 100%.
- Ia juga berupaya menghalang gelombang infra merah dari memasuki kediaman sehingga 80%. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kadar haba terperangkap di dalam kediaman dan mengurangkan penggunaan elektrik untuk penghawa dingin.
- Tambahan, penggunaan langsir blackout amat sesuai bagi ruang yang mempunyai pengamatan cahaya tinggi terutamanya di dalam bilik. Kebiasaannya, langsir jenis ini digunakan secara meluas di dalam industri hospitaliti, kapal persiaran, kesihatan, pendidikan dan pelbagai lagi.
LANGSIR DIM-OUT
- Diperbuat dari kain yang sedikit jarang.
- Masih berfungsi seperti langsir blackout, namun mempunyai kadar pengamatan cahaya yang sedikit.
- Kurang upaya halangan pencemaran bunyi dan tidak memberi privasi yang optimum.
- Secara purata, langsir dim-out berupaya menapis keamatan cahaya 98%. Hanya dibezakan 2% dari langsir blackout
- Teksturnya pula, langsir dim-out lebih lembut dan lebih cantik ketika digantung berbanding langsir blackout.
- Tambahan, kebanyakkan jenis langsir dim-out mudah untuk dicuci berbanding langsir blackout yang hanya sesuai untuk cucian kering. Ini bermakna, dari segi kos, fabrik langsir dim-out lebih murah dan mudah untuk diuruskan berbanding langsir blackout
- Oleh sebab itu, jenis langsir ini kebiasaanya menjadi pilihan untuk kediaman, industri hospitaliti bajet disebabkan kosnya yang rendah.
JENIS LANGSIR BLACKOUT ATAU DIM-OUT YANG SESUAI UNTUK KEDIAMAN?
Ini antara persoalan yang sering ditanya oleh pelanggan. Sebenarnya, ia bergantung kepada personaliti dan bajet seseorang. Di ELYZA’S, mereka lebih menggalakkan pelanggan untuk memilih langsir dim-out disebabkan ia lebih cantik, boleh dicuci dan kosnya rendah. Walaubagaimanapun, kebanyakkan industri hospitaliti memerlukan kadar tapisan pencemaran bunyi yang tinggi sehingga 100%. Oleh itu, jenis langsir blackout sentiasa menjadi pilihan. Adakalanya, langsir blackout menjadi pilihan disebabkan oleh kurangnya pilihan warna dan corak yang tersedia dari langsir Dim-out dan sebaliknya.
Terbaru, ELYZA’S turut melancarkan beberapa koleksi terbaru langsir blackout dan dim-out untuk langsir rona polos, jacquard, bertekstur dan juga rekaan corak digital. Di samping itu juga, pemilik juga pengasas iaitu Ms Elyza Yong turut menawarkan khidmat rundingan secara percuma kepada pelanggan yang ingin menjadikan bilik tidur lebih santai buat ahli keluarga mereka.
JUALAN PENGHABISAN STOK FABRIK
Disebabkan stok yang berlebihan dari tahun-tahun lepas dan akibat perniagaan yang kurang rancak pasca Covid-19, ELYZA’S mengadakan jualan penghabisan stok mulai hari ini sehingga 31 Julai 2020.
LEBIH 5,000 PILIHAN FABRIK MENJADI PILIHAN DENGAN TAWARAN POTONGAN 60%-70%
EWCC (Elyza’s Window Covering Center) dibuka setiap hari dari Isnin hingga Sabtu, pada waktu 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Mudah sahaja untuk datang ke EWCC, guna sahaja Waze atau Google Maps dan search ELYZA’S yang berlokasi di Balakong ini. Untuk mengetahui pelbagai info ELYZA’S boleh layari laman web & facebook di bawah :
WEB PAGE www.elyza.com
FACEBOOK www.facebook.com/ElyzasHome
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Resepi Perangkap Nyamuk Mujarab Guna Sabun Basuh Pinggan
Masalah denggi dan chikungunya sekarang ni semakin meningkat. Agen kepada penyebaran penyakit ini sudah pastilah nyamuk. Walaupun kediaman anda telah mengikut SOP yang ditetapkanbagi mengelak ia menjadi sarang pembiakkan nyamuk, anda masih dikira tidak selamat.
Solusi popular yang digunakan adalah dengan menggunakan lingkaran atauemburan ubat nyamuk, namun ia memberi kesan sampingan pula terhadap kesihatan di sebabkan eh kandungan bahan kimia. Ada lagi satu cara mudah yang impiana nak kongsikan
Sabun Pencuci Pinggan Joy mampu menjadi salah satu alternatif yang lebih selamat untuk membunuh nyamuk.
Cara-cara nya….
1. Campuran sabun pencuci Joy dan air ( satu nisbah satu ). Jika cecair terlalu pekat atau cair, ianya tidak akan mampu menarik perhatian nyamuk. Nyamuk akan ‘minum’ cecair dari bekas plastik yang anda gunakan serta mati dalam campuran sabun tersebut. Kadang kadang nyamuk yang kekenyangan darah pun akan didapati perutnya pecah.
2. Masukkan campuran joy dan air ke dalam bekas yang dalamnya 1 cm serta letakkan bekas yang sudah berisi campuran cecair tersebut ke tempat yang gelap. Misalnya, dibawah almari baju.
Pastikan anda tidak membenarkan kucing anda untuk mendekati perangkap nyamuk sabun joy tersebut kerana khuatir kucing anda akan meminumnya.
3. Esoknya anda akan boleh lihat terdapat nyamuk yang mati dalam perangkap nyamuk guna cecair joy tersebut.
Perangkap nyamuk sabun pencuci joy juga boleh diguna semula. Namun, sekiranya cecair bertukar pekat dan menjadi kering, sila tambah sedikit air bagi memastikan campuran sabun tersebut tidak boleh terlalu cair.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI