Sabun cuci pinggan adalah antara keperluan asas di dapur yang kita gunakan setiap hari. Namun, dengan harga bahan pencuci yang semakin meningkat, ramai yang mencari alternatif untuk berjimat.
Tahukah anda, sebenarnya anda boleh menghasilkan sabun cuci pinggan DIY sendiri daripada hanya 1 liter sabun pekat yang boleh diubah menjadi 6 botol? Ini cara mudah yang bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga berkesan untuk membersihkan pinggan mangkuk. Jom cuba DIY ini!
Ayuh kita lihat!
Bahan-bahan:
1) Sabun pencuci pinggan
2) Dua bekas kosong
3) Garam halus
Langkah-langkah:
1) Tuang satu per empat sabun pencuci pinggan ke dalam botol kosong.
2) Seterusnya bancuh tiga sudu besar garam halus dengan air panas, kacau sehingga larut. Tambahkan air biasa sekiranya terlalu pekat.
3) Kemudian tuangkan larutan garam ke dalam botol yang sudah diisi sabun pencuci pinggan tadi.
4) Isi air garam sehingga memenuhi tiga per empat botol, akhir sekali, kocak-kocakkan botol untuk sebatikan kesemua campuran. Siap!
Di ruangan komen, warga maya turut memberikan maklum balas yang memberangsangkan.
Tips Penggunaan
- Gunakan sedikit sahaja sabun pada span dan gosok perlahan untuk membersihkan pinggan.
- Simpan botol-botol yang tidak digunakan di tempat yang sejuk dan kering untuk memastikan sabun tahan lebih lama.
IMPIANA: Menarik dicuba ni, boleh la berjimat sikit nanti.
Sumber : Rufina Abdul Raof
Mesti Baca:‘Hartanah Overhang’ Membimbangkan, Banyak Rumah Siap Dibina Bawah RM300K Tak Dapat Terjual!
Baca Lagi Di Sini:Jual Beli Hartanah, Jangan Sampai Tertipu, Elok Dapatkan Khidmat Nasihat Peguam/Ejen
Artikel Menarik:Beli Hartanah Tapi Tak Boleh Pindah Milik Nama Anda? Peguam Ini Kongsi Cara Yang Boleh Anda Buat
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI