Sangat menjengkelkan apabila baju yang baru saja keluar dari mesin basuh dipenuhi cebisan tisu atau kertas yang melekat. Isu ini bukan lah sesuatu yang asing lagi. Memang rata-rata pengguna pasti pernah mengalami masalah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dan ia amat menyusahkan!
Apabila hal ini terjadi, membasuh semula pakaian tersebut tidak akan dapat memberikan kepuasan yang sama. Tisu-tisu kecil masih juga akan melekat seterusnya menyusahkan proses penyidaian. Jenuh lah nak tanggalkan satu…satu…
Tapi, baru-baru ini seorang pengguna Twitter dari Jepun yang menghadapi masalah yang sama telah berkongsi solusi pada isu berpanjangan ini.
SEBELUM
SELEPAS
Menurutnya, anda hanya perlu tambahkan satu penutup cecair pelembut fabrik kedalam cucian dan bilas sekali lagi. Cebisan tisu yang melekat akan tertanggal dengan mudah. Selain pelembut fabrik, anda juga boleh gantikannya dengan cuka.
Pelembut fabrik dan cuka berkesan menghapuskan tisu melekat kerana mereka dikatakan mempunyai keupayaan untuk menghalang kesan elektrik statik.
Sudahkah anda mencuba teknik ini untuk tanggalkan cebisan tisu pada pakaian? Ceritalah pada kami!