Benar kediaman moden kini lebih serasi dengan ragam konsep yang simple dan minima. Rumah pun makin kecil saiznya jadi eloklah kita pun memilih perabot yang sesuai dengan konsep ruang. Moden kontemporari, ragam hias yang menitik beratkan nilai amali dan keselesaan. Jika anda bukan dari jenis orang yang sukakan hiasan dalaman, cukup sekadar ada kelengkapan, inilah konsep paling tepat untuk anda.
Dari aspek warna pun bagus. Mudah kita nak maintain. Kalau tak putih, hitam, kelabu. Jadi nampak elegan je rumah kita dengan rekaan ringkas kekotak semua benda termasuk sofanya. Jadi confirm rumah kita lepas 3 bulan raasa bosan , keras kejung je kan. Yelah semua macam kotak, warna pulak kelabu hitam macam berkabung. Anda boleh je touch up ruang yang ada agar nampak ada jiwa dan personaliti.
- Kusyen kecil – Jangan lokek beli kusyen kecil yang beraneka ragam rekaannya. Jika mahu simple, anda boleh beli ilham tiga serangkai iaitu, yang bercetak gambar yang menarik seperti bunga, burung dan sebagainya. yang berjahit dengan butang, chesterfields atau patch work dan yang bergemerlapan. Biar kilauannya memberi sedikit nyawa kat deko rumah yang lesu dengan warna kelabu tu.tiga sebelah kanan, tiga sebelah kiri di sofa tiga tempat duduk anda. Jika mahu tampil ala feminin, boleh memilih kombinasi warna hitam , putih dan merah. Namun jika mahu nampak agak moden dan tidak terlalu feminin, hita, kelabu dan kuning dilihat sangat cantik.
- Langsir- Jangan pakai langsir kebau kejung tu juga. Cari corak yang ringkas macam belang -belang horizontal. Ia memberi satu gaya moden yang stylo dan ruang pun nampak luas. Jika mahu berbunga-bunga, cuba cari corak yang samar-samar atau berbunga kecil. Pastikan langsir anda digantung tinggi.
- Bingkai gambar – Satu lagi pilihan menarik di ruang kediaman anda. Susun pelbagai bingkai gabar dengan pelbagai saiz di ruang kediaman anda. Baik satu jenis warna atau dua jenis warna bergabung, susunan yang baik mampu memberi nilai estetika hebat pada rumah anda. Tapi yang lebih utama adalah gambar yang hendak anda gantung. Ia mempengaruhi warna dalam kediaman anda.
- Terendak lampu meja- Satu lagi masalah meruncing. Adakkala kita lupa terendak lampu meja kita dah berzaman kat rumah. Tukarlah yang baru dengan warna baru. Adakala itu pun dah cukup nampak ruang lebih bergaya.
- Hiasan Meja Kopi- Tahulah gaya moden, tapi janganlah biarkan meja tu kosong. Letak je sebuah coffee book table. Mesti stylo.
- Permaidani- Jangan sedondonkan permaidani anda. Hanya kerana sofanya kelabu permaidaninya pun kelabu. Cuba pilih warna ketiga sebagai penyeri ruang. Kini banyak permaidani di pasaran untuk pilihan.