Kunyit adalah salah satu rempah yang sering digunakan dalam masakan Malaysia, memberikan warna yang cantik dan rasa yang kaya pada makanan.
Namun, sifat pewarna kunyit juga boleh meninggalkan kesan kuning yang degil pada lesung batu. Jika anda menghadapi masalah ini, jangan risau! Berikut adalah beberapa cara efektif untuk menghilangkan kesan kuning kunyit pada lesung batu anda.
Lesung Batu Biasa Kesan Kunyit Melekat
Ada cara yang boleh dipraktikkan bagi menghilangkan kesan kunyit tebal yang melekat pada permukaan lesung batu. Secara tidak langsung, lesung batu yang lama kelihatan macam baru.
Bahan yang diperlukan:
- Pes cuci pinggan
Sebenarnya jenis pes pencuci pinggan apa pun boleh. Jangan pilih pes cuci pinggan jenis terlalu keras. Nanti susah hendak menyental. Jom tengok cara membersihkan kesan kunyit dalam lesung.
Ini Cara Nak Hilangkan
1. Ambil pes sesudu pes pencuci pinggan dan masukkan ke dalam lesung.
2. Gesekkan pes basuh pinggan dalam lesung tanpa letak air. Tapi, pastikan pes sabun yang digunakan lembut.
3. Gosokkan sampai pes pencuci pinggan tadi menjadi kekuningan. Pes tadi akan bertukar menjadi seperti inai.
4. Kemudian cuci dengan air sampai bersih. Jika masih ada kesan kunyitnya dan anda tidak berpuas hati, ulang lagi langkah menggesek sehingga bersih.
5. Beginilah hasilnya. Nampak macam lesung batu baru.
Sumber: Namakucell
Mesti Baca: Nubhan Beri Kejutan, Cantik Hasil Renovasi Dapur Baru ‘Mak Jenny’
Baca Lagi Di Sini: Kemas Hasil Kerja Pelajar Tingkatan 4 & 5 Kemahiran (PVMA), Buat Kabinet Dapur Macam ‘Pro’!
Artikel Menarik: Rancang Betul-Betul, Elak 10 Kesilapan SEBELUM Bina Kabinet Dapur Supaya Tak Menyesal
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI