Dekorasi

Cara Hilangkan Kesan Kuning Kunyit Pada Lesung Batu

Share

Kunyit adalah salah satu rempah yang sering digunakan dalam masakan Malaysia, memberikan warna yang cantik dan rasa yang kaya pada makanan.

Namun, sifat pewarna kunyit juga boleh meninggalkan kesan kuning  yang degil pada lesung batu. Jika anda menghadapi masalah ini, jangan risau! Berikut adalah beberapa cara efektif untuk menghilangkan kesan kuning kunyit pada lesung batu anda.

Lesung Batu Biasa Kesan Kunyit Melekat

Ada cara yang boleh dipraktikkan bagi menghilangkan kesan kunyit tebal yang melekat pada permukaan lesung batu. Secara tidak langsung, lesung batu yang lama kelihatan macam baru.

Bahan yang diperlukan:

  • Pes cuci pinggan

Sebenarnya jenis pes pencuci pinggan apa pun boleh. Jangan pilih pes cuci pinggan jenis terlalu keras. Nanti susah hendak menyental. Jom tengok cara membersihkan kesan kunyit dalam lesung.

Ini Cara Nak Hilangkan

1. Ambil pes sesudu pes pencuci pinggan dan masukkan ke dalam lesung.

2. Gesekkan pes basuh pinggan dalam lesung tanpa letak air. Tapi, pastikan pes sabun yang digunakan lembut.

3. Gosokkan sampai pes pencuci pinggan tadi menjadi kekuningan. Pes tadi akan bertukar menjadi seperti inai.

 

 

4. Kemudian cuci dengan air sampai bersih. Jika masih ada kesan kunyitnya dan anda tidak berpuas hati, ulang lagi langkah menggesek sehingga bersih.

5. Beginilah hasilnya. Nampak macam lesung batu baru.

Sumber: Namakucell

Mesti Baca: Nubhan Beri Kejutan, Cantik Hasil Renovasi Dapur Baru ‘Mak Jenny’


Baca Lagi Di Sini: Kemas Hasil Kerja Pelajar Tingkatan 4 & 5 Kemahiran (PVMA), Buat Kabinet Dapur Macam ‘Pro’! 
Artikel Menarik: Rancang Betul-Betul, Elak 10 Kesilapan SEBELUM Bina Kabinet Dapur Supaya Tak Menyesal

Follow kami di WEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Nana