Pasti ramai di kalangan kita yang masih berminat dengan perabot kayu seperti kayu jati yang mewah dan tahan lasak, Tapi bagaimana nak maintain perabot ini agar kekal cantik dan tidak kusam? Itu satu hal, bagaimana pula kita nak hias ruang dengan perabot jati ini agar tidak nampak terlalu klasik atau taste ala old school?
PERABOT LUAR RUMAH YANG SUNGGUH MENARIK DAN TAHAN CUACA. MALAH MUDAH DI PELBAGAI KONSEPNYA
JUGA MENARIK SEBAGAI PERABOT DI DALAM KEDIAMAN. RONA MEWAH DAN MUDAH DIADAPTASI DENGAN APA JUGA ALRIAN.
Elakkan perabot di tempat lembab atau terdedah pada panas matahari. Jika terlalu gelap dan lembab, pasti akan dimusnahkan oleh makhluk perosak yang udah membiak dalam keadaan begini. Manakala jika dijemur begitu aja minyak asli kayu akan kering dan kayu juga akan kelihatan kusam.
ADAKALA PERABOT KITA TERLINDUNG DARIPADA CAHAYA MATAHARI DAN AKAN MENJADI LEMBAP SERTA BERBAU.
Ads
BIAR PUN TAHAN LAMA NAMUN JANGAN SESEKALI KITA LEPAS TANGAN TERHADAP KEADAANNYA. PENJAGAAN YANG SEMPURNA MEMBERI JANGKA USIA YANG LEBIH PANJANG
Manakala jika anda mempunyai masalah ruang kediaman yang terlindung dari cahaya matahari pagi atau petang, tidak salah jika anda menggunakan langsir sheer atau renda yang membenarkan cahaya masuk. Jangan ditambah kegelapan ruang. Manakala bagi warna, anda boleh memilih warna terang atau citrus. Jingga, kuning lemon malah hijau daun pisang. Elakkan memilih rona perang kerana perabot kayu sangat hebat pengaruhnya pada ruang. Kelak kediaman anda gelap jadinya. Sebaliknya jika suasana agak terik pada petang atau pagi, anda digalakkan memilih rona neutral seperti krim, magnolia atau putih gading. Ia memberi keseimbangan antara perabot dan ruang. Pilihlah rona dingin seperti turquoise atau rona mewah seperti keemasan pada kusyen kecil sofa anda.
PILIHAN JATI RONA GELAP AKAN LEBIH MEWAH DAN CANTIK JIKA DISEIMBANGKAN DENGAN RONA CERIA DAN MEWAH SEPERTI JINGGA. BIAR TERANG NAMUN IA SEBENARNYA HARMONI DENGAN RONA PERANG.
Ads
PILIHAN RONA DINGIN JUGA TIDAK BOLEH DINAFIKAN KEINDAHANNYA. BIAR NAMPAK RUSTIK TETAPI ITULAH NILAI ESTETIKA YANG DIGILAI PEREKA.
Jangan biarkan debu dan habuk melekat pada perabot. Vacum atau lap habuk yang selalunya bersarang di celah-celah cantuman perabot yang mana boleh menjadikan perabot kusam serta lapuk. Gunakan bahan pencuci lembut dan lap sahaja.Segera biarkan ia kering.
Jika anda mahu elemen tradisi seperti perabot jati ini ada, tetapi tidak mahu keterlaluan sebenarnya ia juga boleh disandingkan dengan konsep seperti moden, minimalist malah kontemporari.
Ads
GAYA KONTEMPORARI YANG SESUAI DENGAN CITA RASA PEMILIK KEDIAMAN MUDA MASA KINI. BIAR NAMPAK SIMPLE TETAPI KUALITI YANG DIBANGGAKAN.
Terdapat wax khas untuk kayu jati yang memulihkan kembali minyak kayu agar lebih bercahaya dan berseri. Jika menggunakan kain basah untuk mengelap kayu, pastikan ia tidak terlalu lencun terutama kepada perabot yang tidak mempunyai lapisan pelindung kayu seperti syelek.
Di samping elemen tradisi anda boleh olah kembali elemen moden minimalism sebagai penyeri tata hias yang menggunakan kayu jati tetapi tidak terlalu tradisi.
BIAR DIDATANGKAN DALAM PELBAGAI IDEA, WARNA DAN KEMASAN NAMUN JATI TETAP UNGGUL DAN MEMPUNYAI STATUS YANG DIHORMATI OLEH MEREKA YANG BIJAK MENILAI SEBUAH PERABOT.
Memiliki dapur putih sememangnya menjadi idaman ramai orang kerana ia nampak luas, putih dan bersih. Tetapi masalah paling utama ialah ia cepat kotor dan ada kalanya cepat melekat kesan kotoran hitam yang lama kelamaan akan membuatkan kabinet dapur kelihatan berdaki dan kusam. Teknik yang diajarkan oleh wanita ini mampu mengekalkan kabinet dapur anda kelihatan bersih dan cantik sepanjang masa.
Tekniknya ialah lakukan pembersihan dan perlindungan pada permukaan kayu putih tersebut dengan menggunakan larutan cuka dan air dan lapkan permukaan kabinet tersebut. Kemudian sudahi dengan menyapu olive oil sebagai protection daripada kesan kotoran. Lakukanj setiap 6 bulan dan hasilnya kabinet putih anda tahan lama dan kelihatan putih berkilat seperti baru.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika hampir setiap hari kita memasak di dapur sudah semestinya periuk dan kuali yang kita gunakan akan menjadi hitam sehingga berkerak.
Apabila kesan kerak pada kuali semakin menebal, semakin susah lah untuk kita mencuci dan menyentalnya. Betul tak?
Kini, anda tidak perlu lagi bimbang kerana ada langkah yang sangat mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan hanya menggunakan sabun buku cap buruh.
Kalau zaman dulu-dulu, sabun buku cap buruh ini hanya digunakan untuk membasuh pakaian kerana ia sangat berkesan untuk menghilangkan kotoran degil yang melekat pada baju.
Namun kini tidak lagi kerana sabun buku cap buruh ini juga dipercayai boleh digunakan untuk menghilangkan hitam bawah kuali. Nak tahu caranya?
Pertama, ambil seketul sabun cap buruh kemudian sagat sehingga halus lalu dicairkan sabun yang telah disagat tadi bersama air di dalam sebuah besen.
Seterusnya, rendam kuali atau periuk yang anda ingin dibersihkan ke dalam air sabun tadi dan dibiarkan semalaman.
Akhir sekali, gosok bahagian bawah kuali dengan dawai pencuci pinggan sehingga bawah kuali anda menjadi putih seperti baru. Mudah kan?
Baju dalam almari walaupun baru dibasuh berbau tidak sedap. Nak kata busuk, bukan lah busuk, macam bau kepam dan tengik. Mesti ramai yang hadapi alami masalah ini kan? Baju yang jarang digunakan yang paling berbau. Nak pakai pun jadi serba salah sampai perlu dicuci semula.
Untuk atasi masalah ini, anda boleh cuba 5 trik mudah untuk meamstikan baju dan almari anda sentiasa berbau harum
1. CUKA PUTIH
Cuka dikenali sebagai bahan terbaik anti fungus dan anti bakteria. Ini bermakna ia amat sesui digunakan sebagai bahan nyah bau yang berpunca dari bakteria.
Cara-cara: Kosongkan almari anda. Basahkan kain bersih dengan cuka dan lap keseluruhan bahagian dinding, rak yang terdapat di dalam almari. Selesai, biarkan pintu almari terbuka 1-2 jam atau sehingga permukaan yang dilap betul-betul kering.
2. JUS LEMON
Lemon merupakan pahan pembasmi kuman semula jadi yang diperakui. Ini bermakna ia berupaya menyingkirkan bau busuk yang berpunca daripada bakteri seperti mana yang dilakukan oleh cuka. Tambahan, jus lemon juga berupaya menghilangkan dan mencegah kehadiran kulat atau habuk yang terhasil pada permukaan kayu atau papan
Cara-cara: Campurkan 1 bahagian jus lemon dan 1 bahagian air suam. Gunakan kain atau tuala microfiber, basahkan dengan campuran lemon tadi dan lap keseluruhan permukaan almari. Biarkan pintu almari terbuka untuk beberapa jam
BILA DAH SELESAI PEMBERSIHAN DAN PEMBASMIAN. LANGKAH SETERUSNYA, LETAK BAHAN PENCEGAH KELEMBAPAN DAN PEMBANGKIT AROMA SEGAR
3. SERBUK KOPI
Kopi memang antara bahan yang kerap digunakan sebai bahan untuk meneutralkan aroma. Ia juga bahan terbaik untuk melembap kelembapan
Cara-cara: Isi beberapa uncang kain dengan serbuk kopi. Letakkan pada bahagian bawah almari, gantung dan sebaginya
4. BAKING SODA
Seperti kopi, baking soda juga mempunyai fungsi yang sama untuk mencegah aroma dan penyerap kelembapan.
Cara-cara: beli beberapa botol atau kotak baking soda. Buatkan sedikit lubang pengudaraan dan letakkan di dalam almari. Anda mungkin memerlukan lebih dari 2 kotak kecil baking soda untuk almari bersaiz 12x8kaki
5. LAVENDER KERING
Lavender memang arom terbaik. Ia bukan sekadar berupaya memberi ketenangan malah menjadi egen pewangi semula jadi. Lavender berupaya neutralizes aroma yang sangat kuat
Cara-cara: Isikan lavender kering di dalam uncang kain dan gantungkan beberapa bungkus di dalam almari untuk kesan yang lebih baik. Lagi banyak, lagi bagus.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.