Dekorasi

Cara Jimat Air & Kurangkan Bil Dari Melambung Hujung Bulan

Share

Mengurangkan penggunaan air bukan sahaja membantu kita menjimatkan wang tetapi juga baik untuk alam sekitar. Berikut adalah beberapa tips praktikal yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan bil air dan memastikan penggunaan sumber ini lebih berkesan.

Jangan biarkan air paip mengalir

Semasa anda menggunakan sinki untuk mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur, jangan biarkan air paip mengalir. Ini adalah kerana walaupun anda hanya membiarkan air mengalir beberapa minit, air yang terbuang mungkin mencapai hingga beberapa liter air. Itu jika anda seorang. Jika semua ahli keluarga anda perangai sama macam tu, harapannya hujung bulan duit habis bayar bil air sahaja. Nasihat juga ahli keluarga untuk sama-sama menjimatkan air.

Guna Pancuran Air

Gunakan pancuran air semasa mandi. Menggunakan pancuran air akan memudahkan air diratakan keseluruhan badan berbanding menggunakan pencedok atau gayung. Selain itu anda juga dinasihatkan untuk mematikan pancuran air semasa bersabun atau bersyampu untuk mengelakkan berlaku pembaziran pengaliran air yang tidak digunakan.

Periksa Sistem Perpaipan

Sekiranya air paip anda mengalir tidak sekuat biasa, pastikan anda membuat sedikit pemeriksaan ke atas sistem perpaipan di rumah anda. Ini adalah untuk memastikan tiada kebocoran air berlaku. Tahukah anda bahawa jika kebocoran berlaku pada paip selepas meter air, ianya adalah tanggungan tuan rumah sendiri. Pihak syarikat air tidak akan bertanggungjawab ke atas kelalaian anda tidak memeriksa sistem perpaipan rumah anda.

Kapasiti Baju Ketika Guna Mesin Basuh

Apabila menggunakan mesin basuh, pastikan kapasiti baju adalah berada pada tahap maksimum berat yang mampu diisi. Jika hanya terdapat baju kotor yang sedikit, lebih baik basuh menggunakan tangan. Cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan air, malah ia juga mampu menjimatkan bil elektrik rumah anda.

Cuci Buah Atau Sayur

Gunakan besen berisi air atau takungkan air di dalam sinki semasa anda nak mencuci buah buahan atau sayur-sayuran. Matikan air paip untuk mengelakkan pengaliran air tanpa penggunaan yang menyebabkan pembaziran.

Menyiram Taman Pada Waktu yang Sesuai

Menyiram taman pada waktu pagi awal atau lewat petang dapat mengurangkan penguapan air. Ini memastikan air yang digunakan dapat diserap oleh tanah dan tanaman dengan lebih baik, mengurangkan keperluan untuk menyiram berulang kali.

Gunakan Baldi dan Kain Lap Untuk Mencuci Kenderaan

Mencuci kenderaan dengan menggunakan hos boleh menggunakan banyak air. Sebagai alternatif, gunakan baldi dan kain lap. Cara ini tidak sahaja mengurangkan penggunaan air tetapi juga lebih menyeluruh dalam membersihkan kenderaan.

Kumpulkan Air Hujan

Pasang tong atau sistem untuk mengumpulkan air hujan. Air yang dikumpul ini boleh digunakan untuk menyiram taman, mencuci kereta, atau aktiviti pembersihan luar lainnya, mengurangkan kebergantungan pada bekalan air utama.

IMPIANA : Semoga tips tips berikut dapat membantu kita menjimatkan air dan dalam masa yang sama mengurangkan bil air dari melambung di hujung bulan.

Mesti Baca: Casa NH Kediaman Baru Neelofa & Haris, Syukur Lalui Proses Bina Rumah Bersama
Baca Lagi Di Sini: Fasa Baru Kehidupan UYAINA ARSHAD, Progress Renovasi Siapkan Rumah Impian
Artikel Menarik: Elisya Sandha Kumpul Duit Beli Rumah 1.2 Juta, Simpan Niat Tambah Anak

Follow kami di WEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapat kan tip, idea.

Published by
Nana