Cara Jimat Bajet Deko Dinding Ala ‘Fluted Wall’ Guna ‘Wiring Casing’ .’Fluted Wall’ seringkali menjadi pilihan pemilik kediaman dalam menaikkan seri dekorasi pada dinding rumah. Sebenarnya ada cara yang lebih murah dan jimat bajet untuk menghias dinding dengan dekorasi ala ‘fluted wall’ ini. Hanya menggunakan ‘wiring casing’ sahaja. Memang jimat banyak, hasilnya juga tak kurang cantiknya.
Perkongsian daripada Ahmad Ammar ini boleh dijadikan rujukan;
Tangan kalau dah kreatif pakai casing wayar pun boleh buat fluted wall! 😍 Siapa cakap guna barang murah hasil dia tak cantik!
Jimat pun jimat! Rumah auto berseri ala kampung modern vibe gitu! Casing tu lepas gam dengan xtraseal xbond, boleh paku je bagi lekat kuat ke dinding. Lepas siap boleh terus cat ikut color favourite korang!
Bahan Diperlukan:
Casing Saiz 1 inci
X-bond Construction Adhesive
Cat Hitam Nippon Timbershade
Cara Membuat:
1. Gunakan casing wayar elektrik yang bersaiz 1 inci.
Ads
2. Buat ukuran dan susun jarak-jarak pada dinding.
3. Boleh cat menggunakan warna pilihan.
4 Biarkan cat kering dan deko mengikut citarasa sendiri. Boleh letakkan pokok-pokok dan tumbuhan hijau bagi menaikkan seri. Siap!
Ads
Selamat Mencuba!
IMPIANA: Menarik juga idea yang dikongsikan ini, hanya gunakan ‘wiring casing’ sahaja, dapat mencantikkan lagi dinding rumah ala pasang ‘fluted wall’. Malah harga pun lebih jimat.
Hot wheels koleksinya bukan sahaja diminati kanak-kanak sahaja malah golongan dewasa. Tapi jangan tak sangka ada juga wanita yang meminati koleksi kereta miniature ini. Yang menjadi pening adalah apabila koleksi yang dikumpulkan dah terlalu banyak. Takkan nak simpan je dalam kotak bertutupkan. Koleksi hot wheels ni perlu lah dipamerkan. Barulah nilai sentimentalnya dapat dinikmati dan dihargai.
Nak pamerkan, tak semestinya perlu almari atau rak mahal. Apa kata kita DIY sendiri je rak pameran koleksi Hot Wheels
RAK KASUT
Paling bijak, jimat dan cantik. Apa kata guna rak kasut kayu. Rak kasut ni boleh di dapatindi kedai-kedai keperluan harian. Harganya pun tak mahal. Kalau pandai cari, harganya boleh dapat RM 19.00 sahaja
RAK PISAU METAL
Pilihan buat anda yangbmementingkan kekemasan dan ada duit lebih. Boleh lah gunakan rak pisau yang ada megnet ni.
Picture ledge
Rak pameran gambar ni boleh di dapati di ikea pada harga RM 20++ untuk satu batang. Ada warna hitam dan putih. Ikut kesesuaian koleksi anda.
PENGGULUNG TISU
Buat anda yang kreatif, boleh cuba diy sendiri rak pameran koleksi Hot Wheels dengan menggunakan penggulung tisu. Nak tahu cara untuk membina rak pameran ini [klik sini]
PLASTIC SHOWER PENAL HOLDER THINGIE
Bagi anda yang tak suka buka label pembungkus Hot Wheels kerana khuatir nilainnya jatuh, kaedah pameran koleksi ini paling bersesuaian. Plastik atau getah ni kebiasaanya digunakan pada penal-penal kaca seperti yang terdapat pada bilik shower kaca. Mudah didapati di kedai Hardware.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tak semua perabot yang rosak di rumah tak boleh digunakan langsung!
Kalau kita kreatif, boleh berjimat dengan diy dan recycle perabot tersebut macam perkongsian dari Teejah Aqeel ini. Kerusi yang dah rosak ini digunakan kembali untuk dijadikan side table, untuk letak letak barang ataupun perhiasan.
Idea recycle kerusi meja makan rosak jadi side table
Caranya
1. Bahagian penyandar kerusi dipotong separuh, sama aras dengan tempat duduk.
2. Ambil bahagian penyandar yang dipotong tadi, buang sedikit bahagian tepi untuk dicantumkan di bawah side table.
3. Cantum guna skru atau paku, ikut kreativiti. Siap. Punyalah senang kan!
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua, selamat mencuba dan berdiy!
Rekabentuk rumah lama sangat mementingkan privasi penghuni kediaman. Jika diperhatikan, rekaan rumah lama telah diadakan sudut khas untuk tetamu tanpa perlu mengganggu privasi penghuni kediaman yang lain.
Khairunnisa Hamzah seorang pengasas Reka Bentuk 3D Online telah berkongsi ilmu bagaimana ruang tetamu yang sesuai dibina untuk rumah orang Islam.
Sekiranya anda berkeinginan untuk membina rumah sendiri dan mempunyai modal lebih, apa salahnya jika mengikuti saranan ini. Keselesaan ahli keluarga anda pastinya akan terjamin selain mengikut tuntutan syarak terutama dari segi menjaga aurat. Semoga bermanfaat untuk semua.
Kredit foto: Rahman Hadif
BAGAIMANA RUANG TAMU YANG SESUAI UNTUK RUMAH ORANG ISLAM?
Adalah lebih baik jika tetamu tidak dapat melihat langsung aktiviti dan dalaman rumah keluarga. Cukuplah pergerakan tetamu di ruang tetamu sahaja.
“Minta maaf, nak tumpang tandas, boleh?” Biasa tetamu akan buat permintaan mengejut sebegini apabila datang berkunjung.
Sekiranya ada tandas di ruang tetamu, tetamu tidak perlu lagi masuk ke dalam bilik-bilik tuan rumah atau terus terjah ke dapur.
Saya ada menonton kuliah agama seorang ulama Indonesia yang mengatakan:
“Yang terbaik adalah jika kamu boleh mengasingkan ruang tetamu dengan ruang keluarga. Kalau boleh, diasing terus dari rumah kamu sehingga apabila kamu menutup pintu dan menguncinya sekalipun, tetamu masih boleh aman di situ.”
Maksud beliau kita sememangnya wajib melayan tetamu sebaiknya. Oleh itu sediakan ruang untuk tetamu semampu boleh namun paling penting ialah mengambil kira aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.
Siapkan ruang duduknya, ruang bersucinya (tandas), ruang solatnya dan juga ruang berehatnya (bilik tidur) di satu kawasan yang sama yang tidak perlu melalui ruang keluarga.
Ini dapat membataskan aurat, pandangan dan pergaulan antara tetamu dan ahli keluarga.
Orang putih ada wujudkan ‘powder room’ di ruang tamu. Ia adalah bilik bersiap yang dilengkapi dengan kemudahan tandas.
Namun berbeza dengan rumah-rumah di negara kita yang kebanyakkannya tandas diletakkan di ruang dapur atau di dalam bilik tidur.
“Nisa, macam mana ya nak buat? Kalau tetamu datang, dari pintu masuk terus boleh nampak akak tengah memasak di dapur. Tak selesalah. Kadang tak sempat pakai tudung atau baju lengan panjang,” luah salah seorang pemilik kediaman masa sesi makeover rumahnya.
Sekarang banyak rumah buat konsep terbuka (open concept). Namun, apabila menerima kehadiran tetamu secara mengejut, ia menyebabkan wanita Islam tidak selesa kerana belum bersedia menutup aurat. Apatah lagi ketika itu sedang sibuk beraksi dengan kuali di dapur.
Jika kita lihat senibina rumah lama dahulu, mereka sudah ambil berat tentang hal ini terlebih dahulu. Di dalam rumah mempunyai ruang publik, semi publik dan ruang privasi.
RUANG PRIVASI
Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya ditapis dan dilayan hanya di serambi (ruang publik).
SEMI PUBLIK
Sekiranya merupakan tetamu rapat seperti kenalan atau saudara, barulah dapat masuk sehingga ke ruang menonton, ruang rehat dan ruang makan.
RUANG PRIVASI
Manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur (ruang privasi) hanya untuk tuan rumah sahaja.
Ramai antara kita sudah siap beli rumah daripada pemaju. Jadi bagaimana untuk menjadikan rumah kita terpelihara aurat dan pandangan dari tetamu?
MUNGKIN BOLEH BUAT BEGINI:
1. Boleh buat penghadang pandangan seperti tambahan tembok atau tabir yang menghalang pandangan terus ke ruang privasi tuan rumah.
2. Boleh tambah tempat wuduk dan ‘powder room’ (tandas) di hadapan rumah.
3. Boleh siapkan bilik tidur/bilik solat tetamu di hadapan rumah.
PENGALAMAN BERKUNJUNG KE RUMAH KENALAN DI INDONESIA:
Saya pernah datang berkunjung ke rumah kenalan di Indonesia. Ia merupakan rumah bertingkat (apartment). Apa yang menariknya, setiap rumah itu dilengkapi dengan ruang yang sangat menarik perhatian saya.
Pemaju menyiapkan ruang untuk pembantu rumah yang boleh dipisahkan terus dari rumah keluarga. Ini bermakna apabila tutupnya pintu dapur dari dalam, maka pembantu rumah boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa kerana dilengkapi dengan tempat tinggal, tandas, fasiliti lain dan boleh terus keluar dari kawasan pagar rumah di bahagian tersebut. (Ada 2 akses)
Mungkin apa yang boleh kita buat akan datang ialah merekabentuk rumah di mana ruang tetamu boleh direkabentuk sebegitu. Ruang tamu mempunyai akses yang berlainan dan terpisah terus dari rumah keluarga. Dengan cara ini privasi keluarga di rumah tersebut akan terus terpelihara.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.