Penyediaan kabinet dapur memang sesuatu yang memudahkan disamping dapat mencantikkan lagi dapur anda. Namun untuk penyediaan sebuah kabinet dapur yang lengkap, kosnya agak tinggi. Sebab itu, ada yang lebih selesa menyediakan bahagian counter top dan pintun atau rak isian dalam nya bakal menyusul bila ada bajet yang mencukupi.
Sementara tunggu pintu kabinet dibina, penyelesaian terbaik adalah dengan menutupi ruang simpanan tersebut menggunkan langsir. Sebenarnya, tak mahal pun nak siapkan pintu kabinet dapur ni. Seperti yang dikongsikan oleh Nasibah Ramly
, Suaminya Mat’in Ali hanya memperuntukkan RM 250 untuk membina pintu kabinet dapur kediaman merekaTOTAL COST: (beli barangseperti kayu 1×2,kayu bingkai(halus), plywood, cat, skincoat, undercoat, skru, paku, magnet, engsel) : RM250
TEMPOH : 2 minggu siap (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja & hari cuti jumaat untuk siapkan)
1. Buat kerangka menggunakan kayu 1×2. Untuk bahagian dinding atau pembahagi antara ruang, gunakan playwood nipis di kedua-dua bahagian.
2. Bahagian pintunya pula, sediakan bingkai mengikut saiz bukaan dan tampal kedua-dua bahagian dengan playwood nipis. Untuk kesan yang lebih menarik, buat bingkai di bahagian hadapan pintu dengan menggunkan kayu halus yang berharga RM 1
3. Cuba padankan pintu yang telah siap pada kerangka asal dan ukur sama ada saiznya berpadanan atau tidak. Jika terdapat kekurangan, cuba baik pulih semula bahagian yang tidak padan
4. Untuk lebih kemas, aliskan cat kayu putih untuk struktur dalam kabinet dapur
5. Skincoat permukaan pintu yang tidak rata atau berlubang. Keringkan ia sepenuhnya dan selepas itu gosok menggunkan kertas pasir sehingga licin
6. Selesai menggosok dan meratakan tampalan skincoat, sapukan lapisan cat pertama iaitu undercoat. Jemur sehingga kering dan gosok sekali lagi dengan kertas pasir sehingga berkilat
7. Catkan permukaan pintu dengan menggunkan cat yang sesuai untuk kayu. Bila dah kering sepenuhnya, bolehlah dipasangkan pada bingkai kabinet
8. Gunakan penyangkut baju dari kedai RM 2 untuk menyediakan ruang gantung periuk di dalam kabinet dapur. Lenturkan sedikit bahagian penyangkut.