Ini Cara Bijak Suai padan Perabot Kaki Pensil Yang Menjadi Kegilaan Ramai

Share

Orang sekarang memilih gaya hidup yang amali dan ringkas. Apatah lagi  kini kediaman kebanyakan di antara kita tidak terlalu luas. Cukup untuk seisi keluarga. Jadi adakah kita masih mahu mengambil risiko memilih perabot dempak dan berkerawang lebat? Bagi yang menggemari seni hias dalaman, sudah pasti tahu akan aliran rekaan perabot terkini yang banyak bermain dengan garisan runcing. Ia bukan sahaja cantik, moden malah siapa sangka rekaan sofa ringkas ini  mempunyai daya daya penariknya pada kaki sofa tersebut.

Hakikatnya ilham ragam sofa berkaki tirus ini mula popular pada era 60an dan kini dihidupkan kembali dengan paduan cita rasa scandianvian. Gaya minimalism dan moden adalah identiti negara-negara seperti Denmark, Sweden atau pun Norway mahu pun Sweden. Selalunya kaki diperbuat daripada kayu dan besi. Malah rekaan ala kurus , tirus itu juga memberi ilusi perabot ringkas dan mesra ruang. Ia nampak ringkas, ringan dan unik. Sesuai dengan gaya hidup masa kini.

Pastikan anda memilih jenis kerusi yang harmoni dalam sebuah ruang. Jika kediaman anda ala loft, ada boleh memilih jenis kerusi yang berbeza bagi menghidupkan ragam hias ala loft tersebut. Akan tetapi jika anda memilih tema lain, kontemporari misalnya, pilihlah kerusi yang saling berkait atau nyaris sama karakternya. Kerusi tiga tempat duduk bolehlah kita katakan kunci utama untuk kita memilih perabot yang lain bagi ruang tamu. Jadi pastikan perancangan hiasan dalaman anda terarah dan memilih perabot yang cukup serasi diganding bersama. Inilah ilusi yang menjadikan suasana kediaman anda lebih selesa dan ideal.

 

 

 


TIP : Bagaimana caranya untuk memastikan kita boleh merancang padanan perabot yang sama?

Pastikan anda memilih warna perabot yang sama.

Anda juga boleh memilih material yang hampir sama biar pun rekaannya berbeza.

Tidak salah jika anda memilih jenis kemasan lembut yang nyaris sama konsepnya.

Memilih reka bentuk kaki sofa yang sama. Kayu, besi, tegak, rencong, tirus, dempak atau hujungnya bulat.

Pastikan saiznya juga tidak memakan banyak ruang dan reka bentuknya yang lebih pipih tetapi utuh.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Impiana