Pilihan kreatif menghidupkan gaya tradisi kontemporari. Sudah lama kita tidak menghidupkan suasana keMalaysiaan di dalam kediaman sendiri. Apatah lagi dengan gaya moden yang kini mendominasi, imej kediaman tradisi kontemporari mula pudar dan dilupakan. Mungkin bukan cita rasa anak muda atau tidak dikongsi oleh yang lain. Tetapi kita cari apa yang ada di dalam almari lama tu yang boleh kita adaptasi sebagai hiasan kediaman.
Pahar – di ruang hadapan
Pahar selalunya digunakan untuk menatang hadiah atau pemberian bagi peinangan atau pun persembahan. Tembaga kukuh yang dahulunya agak berat kini sudah tidak seberat dahulu. Pun begitu anda boleh jadikan pahar ini sebagai bekas hiasan di meja konsol. Terutama meja konsol hadapan berdekatan di muka pintu. Ia boleh dijadikan bekas meletak segala macam barangan kecil yang selalu anda lupa atau terlepas pandang seperti kunci kereta. Boleh juga dijadikan kaki jambangan bunga dan pelbagai lagi.
Kendi – di ruang makan
Ads
Satu lagi barangan lama yang sangat payah untuk kita jumpaterutama kendi rekaan dulu-dulu. Masih ramai yang memilikinya tetapi sayang tidak dijaga. Pun begitu jika ada lagi, peliharalah dengan baik dan abadikan ia di ruang makan sebagai daya penarik. Usah dipinggirkan kreativiti porduk lama ini kerana ia sungguh berharga.Di samping boleh diabadikan begitu sahaja, ia juga boleh dijadikan bekas untuk gubahan kreatif.
Tepak Sirih – di ruang tamu
Ads
Teppak sirih merupakan antara benda penting dalam orang kita memulakan bicara penting. Sememangnya ia layak dijadikan hiasan pada meja kopi anda. Apatah lagi jika meja kopi anda diperbuat daripada kayu jati. Keindahan pembuatannya dan makna megah yang kita sudah tidak nampak lagi itulah yang perlu dikembalikan. Hiasan yang mempunyai makna malah cantik pula. Dari dibiarkan berkarat baik diabadikan untuk santapan mata.
Ads
Songket – di ruang keluarga atau ruang utama
Songket bukan sebarang songket, songket pusaka tinggalan turun temurun penuh makna. Jangan biarkan ia mereput. Jika reput, ambil sisanya dan abadikan dalam bingkai gambar menjadi kenang-kenangan. Bukan setiap hari kita boleh berjumpa dengan khazanah lama apatah lagi milik keluarga kita. Abadikan ia dengan pintar dan secara tidak langsung memberi satu prestij pada ilham seni hias anda sendiri. Yang bertandang memuji dan terinspirasi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap orang mempunyai rumah impian mereka sendiri. Kediaman ideal yang nyaman, selesa dan dihias cantik sudah tentunya menjadi idaman semua. Tidak kira lah jenis kediaman anda kecil atau besar, jika bijak menyusun atur pastinya akan nampak cantik dan mewah. Begitu juga dengan pemilik akaun facebook Farinie Marican, yang menginginkan sebuah kediaman elegant yang cukup selesa buat dirinya serta suami dan 3 orang anak.
Dengan keluasan hanya 680 kaki per segi, ini tidak menghalang Puan Farinie untuk mendeko rumah beliau dengan indah sekali. Rumah yang telah didiami selama tiga tahun ini diubahsuai secara berperingkat-peringkat sehingga menjelang hari raya yang lalu. Mengetengahkan konsep kontemporari, rumah apartmen kecil kos sederhana ini terlihat sangat timeless dengan setiap perincian yang telah dipilih dengan teliti oleh pemiliknya. Patutlah nampak macam rumah kondominium mewah. Idea keseluruhan renovasi datangnya dari pasangan suami isteri ini sendiri tanpa melantik konsultan. Sungguh hebat dan kreatif!
Siling plaster yang dipasangkan chandelier dan downlight kelihatan amat menawan dengan pencahayaan yang betul, sekaligus dapat membangkitkan mood romantis pada ruang. Kertas dinding juga ditampal sebagai feature wall dibelakang kabinet tv selain wainscoting yang dilihat mendominasi segenap dinding ruang tamu dan koridor ke bilik menjadi pilihan pemilik, selain diselitkan dengan pelbagai aksesori menarik seperti hiasan bunga orkid, jam dinding dan lampu gantung dan cermin geometri yang dapat menaikkan mood ruang dengan serta merta. Dan jangan terkejut jika anda tahu ibu muda ini hanya membelanjakan sebanyak RM20k untuk kos keseluruhan pengubahsuaian rumahnya. Sudahlah pandai menghias, bijak berbelanja dan merancang pula. Jadi mari sama sama kita scroll down untuk lihat transformasi rumah ini.
SEBELUM
SELEPAS
Macam mana? Cantik kan? Jadi anda janganlah sedih jika rumah anda kecil dah sempit kerana dengan sedikit kesungguhan dan minat, anda akan dapat mengubah rumah kecil anda menjadi rumah idaman. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Biru muda selalunya merupakan warna pilihan kedua selepas merah jambu atau putih asli. Biru muda selalunya juga sesuai untuk kamar kanak-kanak lelaki dan kamar untuk warga emas. Menariknya biru muda ini adalah ia bukan sahaja mampu memberikan suasana damai pada ruang . Ia juga boleh menjadikan ruang nampak lebih luas dan santai. Auranya memberi rasa selesa dan padanan warna putih membantu ruang tampil lebih luas…
Biru muda sememangnya sesuai untuk tata hias english dan art deco. Tetapi ia juga boleh diterapkan pada tata hias moden dan minimalism. Selalunya biru sesuai dipadankan dengan dengan putih sebagai keseimbangan. Elakkan memilih warna yang gelap seperti hitam atau pun coklat kerana ia sudah lari daripada padanan yang hendak diserlahkan. Ia bukan sahaja tidak harmoni malah suasana juga nampak janggal. Kenapa? Ringkas, lihat pada langit dan ombak… awan dan langit, air laut dan buih ombak….itulah inspirasinya…..
Jadi bagi anda yang mahukan suasana kediaman yang santai, luas dan nampak ‘ringan’ , boleh mencuba pilihan biru muda. Jika tidak di ruang utama pun, ruang kamar beradu pun sudah memadai. Ia memberikan rasa senang dan mendamaikan. Malah mudah bagi anda menghias ruang dengan pilihan warna yang tidak terlalu banyak. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
“Tidak susah untuk memastikan dekorasi kediaman kekal lama jika anda tahu menguruskannya dengan bijak walaupun mempunyai tiga orang anak kecil”, ujar guru sekolah serta pemilik kediaman teres satu tingkat di Port Dickson ini.
Menurutnya, dia menetapkan ruangan khas untuk anaknya bermain serta makan dan minum dalam usaha memastikan ilham dekorasinya kekal lama malahan mengambil masa selama tiga bulan dalam menyiapkan dekorasi dalaman berkonsepkan hipster industri minimalis dengan berbelanja sebanyak RM15K.
“Saya sentiasa memilih dengan teliti setiap perabot serta aksesori agar ianya selari dengan konsep yang kami tetapkan seperti warna earthtone dan hitam serta banyak merujuk kepada poster yang menampakkan imej hipster atau gaya hidup yang mengikuti trend terkini”,katanya.
Tambahnya lagi, kediaman ini tidak mempunyai banyak perabot malahan memudahkan lagi proses membersihkan segala habuk yang melekat.
Rumahnya berkeluasan 1400 kaki persegi menggunakan tona warna hitam batu-bata industri menarik IMPIANA untuk mengetengahkan idea beliau untuk tatapan serta inspirasi pembaca majalah IMPIANA.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.