Cadar dan selimut adalah antara fabrik yang susah untuk disimpan kemas di dalam almari. Bukan sahaja susah untuk menyimpan, malah sukar untuk dilipat kemas. Oleh itu, ada beberapa cara dan kaedah mudah untuk melipat dan menyimpan cadar dan selimut supaya sentiasa kemas. Jom cuba Cara Lipat Cadar Mudah Dan Kemas Bila Nak Simpan Dalam Almari.
Ramai kaum hawa di luar sana bingung dengan cara bagaimana ingin melipat cadar atau selimut agar lebih kemas. Masa mula-mula beli cantik sahaja lipatan cadar dan selimut. Tapi bila dah buka dan pasang nak ganti yang baru selepas basuh nak lipat pening kepala tengok lipatan sendiri.
Kena pula cadar yang mempunyai getah setiap penjuru, nak mula dari mana pun tak tahu. Sebenarnya nak lipat cadar yang macam ni mudah sahaja kalau anda tahu teknik yang betul.
Pasti ramai yang akan melipat cadar dan selimut ini asal boleh sahaja. Nanti bila nak guna
IMPIANA kongsikan video teknik mudah untuk melipat cadar dan selimut untuk panduan kita semua.
Katil, bukanlah perabot wajib ada dalam sesebuah bilik tidur. Yang penting adalah sebuah tilam yang memberi keselesaan ketika beradu. Ramai beranggapan bilik tampa katil tak kemas dan tak cantik. Anda silap. Berikut idea bilik tidur tanpa katil yang memang cantik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ruang kerja di bawah kabinet dinding memerlukan pencahayaan tambahan atau diberi nama task light. Baru lah terang nak buat kerja dan tak terpotong jari nanti. Kebiasaanya, task light menggunakan jenis lampu stripe light atau down light. Bagi anda yang dah ada kabinet dapur, dan baru terfikir nak pasang task light ni tak perlu risau. Tak perlu kerja-kerja tebuk dinding atau pendawaian. Boleh guna 2 jenis lampu dawn lightplug and play ni yang boleh di beli secara online je
untuk belian terus down light siap alat kawalan jauh ni boleh klik link ni https://invol.co/cl4cwlj
Kalau rasa leceh nak guna down light bateri, boleh cuba jenis rechargeable ni. Link belian boleh tekan sini https://invol.co/cl4cwnf
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Begini cara bebaskan dapur anda dari bau busuk yang melekat. Ruang dapur tidak wajar dipandang sebelah mata. Selain daripada menjadi tempat kita memasak, ianya juga berupaya menjadi ruangan sosial untuk mengeratkan hubungan antara keluarga.
Tetapi, bagaimana kalau dapurberbau busuk sehingga tetamu kita ingin lekas pulang?
Tidak perlu pening, IMPIANA menggariskan beberapa tip untuk memastikan dapur anda bebas dari segala bau busuk.
Ikuti tip ini:
Pastikan segala peralatan dapur anda dilap kering sebelum disimpan semula. Anda bayangkan jika segala sudip dan senduk diletakkan secara menegak dalam bekas plastik dan airnya bertakung di dalam? Anda pasti tidak akan menggunakan lagi perkakas tersebut.
2. Jangan bertangguh untuk membuang sampah di tong atau bilik sampah yang disediakan oleh majlis bandaraya serta jawatankuasa penduduk. Mahukah anda bau isi perut ikan menyelubungi kediaman anda?
3. Pastikan anda mencuci bersih segala pinggan dan mangkuk yang telah digunakan. Pasti anda tidak mahu tidur bersama aroma lauk basi dibiarkan semalaman. Jadi, masalah ini boleh diselesaikan dengan menyegerakan pencucian segala perkakas, kerana bau sahaja sudah cukup menyeksakan dan belum lagi dengan kehadiran lalat serta makhluk perosak yang lain.
4. Asingkan daging dengan papan pemotong sayur dan papan pemotong roti. Sewaktu mencuci, fokuskan cucian anda terhadap kesan potongan pisau kerana tanpa kita sedari, terdapat jutaan bakteria yang membiak di dalam ruang potongan kecil tersebut. Penulis akan memastikan untuk melalukan air panas kepada setiap papan pemotong untuk membunuh bakteria dari terus membiak.
5. Gunakan lilin aromaterapi sebaik sahaja anda selesai membersihkan dapur sebagai salah satu alternatif daripada menyembur pewangi malahan kaedah ini tempoh wanginya bertahan lebih lama dari semburan pewangi aerosol yang bersifat sementara. IMPIANA mencadangkan bauan serai atau lemon.
6. Ganti atau cuci kain langsiryang menghiasi dapur anda. Ini amat penting kerana material yang digunakan untuk kain langsir ada yang nilon, polyester, dan kain cotton. Kain cotton meresap segala partikel halus masakan anda dan ianya berisiko tinggi untuk memerap bau yang akan membuatkan anda tidak selesa di kemudian hari. Selain itu, jika anda menggunakan sistem ventilasi udara, pastikan anda mengikut jadual servis berkala yang ditetapkan.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.