Cara “Makeover” Pathway Bajet Dengan Batu Pemijak Polos

Share

Laman perlu diselenggara secara rutin untuk memastikan ia sentiasa cantik dan kemas. Selain menyelenggara, elemen landskap pun penting dalam mengindah dan menghidupkan lagi suasana laman anda. Selain itu juga, ia berupaya memberi kemudahan dan keselesaan saat bersantai di laman seperti gazebo, kerusi, pathway dan sebagainya. Namun lama kelamaan elemen-elemen landskap yang terdapat di laman anda akan mula kusam dan mungkin rosak jika tidak diselanggara baik.

Jadi, untuk memastikan setiap elemen di laman kelihatan cantik dan memberi nafas baru di laman anda, apa kata selagi boleh kita make over apa yang boleh. Seperti yang dikongsikan oleh puan Ila Fadzilah. Batu pemijak yang terdapat di lamanya bukan sekadar polos malah kelihatan kusam selepas terdedah kepada cuaca panas dan lembap. Untuk memastikan lamannya diberi nafas baru, puan Ila telah makeover

batu pemijak di lamannya dengan modal yang sangat minima dan mudah. Puan ila hanya menggunakan cat kilat atau cat minyak untuk makeover batu pemijaknya dan lihat hasilnya.

Cara-cara makeover batu pemijak menggunakan cat minyak

1. Cuci keseluruhan batu pemijak. Jika perlu sental dengan menggunakan berus
2. Sandarkan batu pemijak yang telah dicuci dalam kedudukan senget atau 35 darjah untuk proses pengeringan. Jika di latakkan di atas lantai, bahagian bawah batu pemijak lambat kering 


3. Apabila batu pemijak telah kering sepenuhnya, barulah aliskan cat minyak keseluruhan kecuali pada bahagian tapak.
4. Apabila cat tadi telah Hampir kering, gunakan kayu atau lidi untuk lorek corak pada eprmukaan batu pemijak dan biarkan ia kering sepenuhnya.

Published by
Impiana