Cara matikan lipas ini sebenarnya paling murah dan mudah untuk kita praktikkan di rumah.

Boleh siap sediakan botol air semburan, bila nampak saja lipas baik yang menjalar atau terbang boleh terus sembur.

Semburan ini memastikan lipas mati dalam masa lebih kurang dua minit saja. Tak perlu beli semburan khas atau untuk lipas. Lebih jimat kerana untuk membuatnya boleh gunakan bahan yang memang sudah sedia ada di rumah.

Cara mudah matikan lipas, guna air sabun

Cara Matikan Lipas Paling Senang, Sembur Air Sabun Saja

Ads

 

  1. Masuk sabun basuh baju dalam botol semburan kemudian campur dengan air.
    Sediakan botol ini ruang rumah yang senang capai.

2. Bila nampak saja lipas terus sembur padanya.

Ads

Air sabun yang terkena pada lipas akan menyebabkan permukaan badannya yang berlilin pecah dan air sabun akan memasuki liang pernafasan lipas. Selepas disembur lipas akan mati dalam beberapa minit saja.

Tip hindari lipas dalam kabinet dapur

Caranya hanya dengan menggunakan rempah empat sekawan. Sediakan jaring atau mesh net kemudian masukkan rempah empat sekawan dalam jaring (lebihkan cengkih dan buah pelaga).

Ads

Buat seperti bunjut dan ikat. Boleh gantung pada tombol pintu kabinet atau letak saja bunjut ini di bahagian dalam.

Sumber: Public Health Malaysia

Mesti Baca:Hasil 6 Bulan Tanam KUNYIT Dalam Tayar, Bersusun Isi Puas Hati Berbaloi!
Baca Lagi Di Sini:3 Kegunaan Serbuk Kunyit Untuk Tujuan Berkebun Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Menarik: Tanam Kunyit Macam Ni Bawah Teduhan, Daun Jadi Lebar Dan Tak Kuning

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI