Anda mungkin hanya memerlukan satu atau dua pelepah seleri tetapi terpaksa membeli satu pokok penuh kerana itulah cara jualannya di pasar dan pasaraya. Untuk mengelakkan pembaziran. Apa kata kita tanam sendiri pokok ini mengunakan tunggul pokok celery ini.
Tip nak cepat tumbuh, tanam guna tunggulnya, tak perlu guna biji benih. Caranya dikongsi oleh Zaid Azizy Yaakob.
Cara tanam pokok celery, semai guna tunggul
Hidup dah pokok celery. Tunggul kita semai. Pakai medium tanah berpasir.Lepas ni dah boleh baja, biar gemuk jadi tak perlu dah beli setongkol besar celery. Nak pakai ambil saja satu pelepah, kan jimat. Cara tanam;
1. Bila beli celery, simpan tunggul untuk disemai. Tak perlu cari tunggul yang ada akar, boleh tanam terus.
Ads
2. Tanam tunggul celery dalam tanah berpasir. Ini penting supaya air tak bertakung. Sebab pokok celery tak perlu banyak air, nanti akarnya busuk.
3. Kemudian siram tapi pastikan jangan banyak. Cara saya, siram masa mula tanam saja. Kalau kering sembur air supaya tanah lembap. Dah tumbuh tunas baru siram, itu pun sikit saja waktu pagi.
4. Dah tanam jangan letak bawah cahaya terik. Letak di bawah bumbung tapi kena ada cahaya, cuma tak panas dan tak kena hujan.
Ads
5. Nak tanam pokok celery ini apa yang penting, pastikan tak siram banyak air, jangan letak tempat panas sangat dan guna pasir bila semai. Air yang banyak dan terdedah pada panas selalu jadi punca pokok celery mati.
Fakta menarik mengenai green celery.
1. Ianya dari spesis tumbuhan berbunga.
2. Bunyi saleri datang daripada perkataan Belanda, iaitu selderij.
Ads
3. Penawar untuk penyakit darah tinggi dengan dijadikan minuman harian.
Tanaman terrarium kini menjadi trend dalam dunia interior dan landskap. Rupa bentuk yang menarik adalah daya tarikan utama bagi sebuah terrarium. Ada bermacam bentuk kaca yang boleh digunakan untuk memperindahkan reka bentuk terrarium anda.
Terrarium Trend Tanaman Hiasan Masa Kini, Jenis-Jenis Dan Tip Pemilihannya!
1) Bebola
Paling banyak digunakan sebagai bekas transparan terrarium ialah bekas berbentuk bebola. Kebiasaannya, terrarium dengan bentuk bebola menjadi pilihan para pemilik kediaman untuk diletakkan di atas meja kerja mahupun bilik tidur.
2) Berbucu
Bentuk berbucu di bahagian atas dan segi lima di bahagian bawah menjadikan terrarium kesayangan anda kelihatan sangat bergaya. Kesan maskulin muncul kerana garis-garis aluminium pada bekas hanging plant yang menghiasi lelangit rumah.
Tambahan pula, rantai bahagian atas, terrarium jenis ini boleh berubah menjadi dekorasi hanging plant yang juga menarik.
3) Segi Lima
Bentuk bekas yang unik pilihan para pencinta tanaman hiasan bentuk segi lima. Dengan bentik segi lima yang terkesan tidak tertatur, namun pada akhirnya terrarium kelihatan simetri serta menarik dari pelbagai sudut. Gabungan warna dusty pink pada sudut lekukan bekas dengan warna hijau tanaman di dalam terrarium.
Terrarium Trend Tanaman Hiasan Masa Kini, Jenis-Jenis Dan Tip Pemilihannya!
JENIS TANAMAN
Bukan sahaja bentuk bekasnya yang unik, pemilihan jenis tanaman yang digunakan juga faktor penting.
CRYPTANTHUS BIVITTATUS
Jenis tanaman terrarium ini memiliki bentuk seperti bintang. Dedaunnya pula tumbuh menghala ke sisi atau horizontal, kaku dan memiliki warna yang berbagai seperti merah, pink, coklat dan hijau.
ECHEVERIA-PULIDONIS
Jenis tanaman succulent berbentuk kelopak bunga yang sedang merekah ini adalah tanaman pilihan bagi para pencinta terrarium. Tanaman ini seringkali kita lihat di dalam setiap rekaan DIY terrarium.
CRASSULA OVATE
Tanaman ini juga termasuk dalam jenis tanaman succulent yang popular sebagai tanaman penghias terrarium yang ada di rumah. Bentuk tanaman ini kecil namun memiliki bentuk daun seperti jempol manusia.
IMPIANA : Bagi pemilik kediaman yang sentiasa inginkan sentuhan hijau dan natural dalam kebanyakan sudut dalam kediaman boleh la jaga terrarium ini.
Dalam budi daya tanaman pokok tak kiralah tanaman apa pun ada dua jenis pemangkasan iaitu pemangkasan bentuk dan pemeliharaan. Pemangkasan bentuk dilakukan untuk mengawal tumbesaran tanaman manakala pangkasan pemulihan bagi tujuan produktiviti, pencegahan dan pengawalan penyakit dan sebagainya.
Utuk tanaman lemon, ke dua-dua jenis pemangkasan ini digunakan. Untuk peringkat usia 1-3 tahun, pemangkasan bentuk dilakukan untuk melatih dahan-dahan pokok lemon menjadi kuat. Dengan pemangkasan ini, kerangka atau cabang yang kukuh dan sihat dapat dibentuk dan secara tidak langsung tanaman mempunyai tahap imunisasi yang tinggi terhadap sesuatu penyakit
Cara memangkas pokok lemon
Pemangkasan bentuk terbaik untuk pokok lemon di peringkat awal tumbesaran adalah dengan format 1-3-9 (1 batang utama+ 3 dahan primer + 9 ranting sekunder). Produktiviti lemon bergantung kepada bentuk pokok. Selagi besar pokok, lagi banyak buah yang bakal dihasilkan.
Kepadatan daun perlu dikurangkan untuk memastikan setiap bahagian struktur pokok menerima cahaya matahari. Apabila setiap bahagian tanaman terkena cahaya matahari, ia mengurangkan risiko serangan penyakit.
Pemangkasan pemeliharaan dilakukan pada tanaman yang sudah mengeluarkan hasil. Ia bertujuan menyeimbangkan semula tanaman disamping menggalakkan penghasilan putik atau bunga yang baru. Pemangkasan pemeliharaan biasanya dilakukan setelah buah dituai.
Selain itu juga, sahabat laman boleh cuba resepi hormon dari redbull sebagai penggalak buah bagi pokok yang malas [klik sini untuk artikel lengkap]
Menanam sayuran sendiri di rumah bukan sahaja dapat memberikan kepuasan yang tidak tertandingi, tetapi juga membantu mengurangkan kos belanja harian. Salah satu sayuran yang mudah untuk ditanam dan tidak memerlukan banyak ruang adalah Sawi King Kong.
Tanam sawi King Kong dalam bekas minyak, sangkut pada tiang
Sedikit perkongsian untuk yang baru mula bercucuk tanam. Gambar hasil tanaman saya menggunakan botol minyak masak sebagai bekas tanaman.
Botol minyak masak ini dipotong dua dan dilubangkan di bahagian bawah. Letak besi pada bekas untuk mudah disangkutkan pada tiang.
Medium yang digunakan cocopeat saja kerana ringan sebab nak disangkut pada tiang.
Cara penanaman
Untuk biji benih boleh cari jenis sawi giant (boleh beli secara online).
2. Semai biji benih dulu tunggu sehingga anak pokok sawi ada 4 helai daun kemudian barulah dialihkan dalam bekas minyak yang berisi cocopeat.
3. Sebaiknya alih pada waktu lewat petang dan letak di tempat redup dulu 2-3 hari supaya stabil.
4. Untuk lebih mudah boleh juga semai terus biji benih dalam bekas tapi basahkan cocopeat terlebih dahulu. Cara ini anak pokok sawi tak perlu dialih.
5. Tanam 1-3 pokok sawi dalam satu bekas dan lakukan siraman dua kali sehari. Jika cocopeat lembap tak perlu siram.
6. Selepas seminggu dialihkan boleh baja tapi dalam dos yang rendah. Guna baja AB. Supaya daun elok cantik lakukan juga semburan cuka kayu.
Ini adalah hasil sawi selepas lebih kurang 40 hari.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.