Walaupun kita memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang jauh lebih santai, masih banyak syarikat di luar sana yang telah melaksanakan kerja dari rumah. Penting untuk mencari ruang kerja di rumah anda untuk membantu anda mengetepikan gangguan rumah tangga dan memberi tumpuan terutamanya pada pekerjaan. Jika anda adalah salah seorang yang kini bekerja dari rumah atau menghabiskan banyak masa untuk projek di rumah dan tidak mempunyai ruang kerja yang selesa.
Ruang tamu sedia ada tidak perlu diubahsuai, anda perlukan hanyalah warna cat yang tepat dan beberapa sentuhan perabot dan anda dapat melakukan peralihan ini. Sekiranya anda kekurangan ruang ganti, berikut adalah beberapa idea pejabat rumah yang akan memberi inspirasi yang mesra kerja dan bergaya dengan apa yang sudah anda miliki.
Simbahi Dinding Dengan Warna Pilihan
Salah satu cara untuk memastikan pejabat rumah anda tidak membosankan, pilih cat berkilat yang lebih cerah dan berseri. Walaupun terdapat permainan warna, mereka bekerja secara harmoni untuk memberikan semangat dan teratur dalam ruang kerja yang kemas.
Ads
Ruang Penuh Cahaya
Ruang kerja yang terang menjadikan rutin kerja anda lebih tahan lama dan ia adalah tempat yang sesuai untuk anda berfikir dan mencipta. Sekiranya anda mempunyai tingkap di ruang tamu anda, pertimbangkan untuk menyiapkan ruang kerja anda di kawasan tersebut. Manfaatkan cahaya semula jadi yang mengalir ke ruang tamu anda. Ia juga menjadikan ruang kerja anda kelihatan luas.
Ads
Gabung Dengan Bilik Permainan
Bekerja dan bermain adalah satu gandingan yang menarik. Bina stesen permainan anda di sekitar ruang kerja anda, tetapi pastikan untuk mengaturnya secara strategik untuk mengelakkan gangguan yang tidak perlu dengan kos.
Ads
Ruang Kerja Efektif
Ruang kecil bukan alasan untuk tidak memperlakukan diri anda dengan ruang kerja yang bergaya dan berkesan. Ruang kerja di bawah tangga menggunakankeluasan yang terhad ini membuatkan anda perlu lebih cekap untuk bentuk dan menjadikannya selesa, ruang kerja untuk anda duduk dan melengkapkan senarai tugasan anda.
Di atas segalanya, kunci untuk merancang ruang kerja yang betul.Tidak semua ciri tersebut sesuai dengan peribadi anda mungkin satu atau dua yang sesuai dengan personaliti anda.
Untuk mendaparkan bantuan yang lebih lanjut anda boleh ke aplikasi e-Perkhidmatan komprehensif terbaru Jotun. Muat turun Reka Bentuk Warna Jotun
di Aplikasi (Apple App Store dan Google Play Store) untuk visualisasikan ruang pejabat rumah ideal anda dan memilih warna cat anda: https://getyourpaint.jotun.my/. E-Perkhidmatan baru ini tersedia di seluruh negara. Ruang kerja di rumah perlulah selesa dan menepati cita rasa anda untuk menjadikan anda lebih berdisiplin dan lebih maju dalam menyiapkan tanggungjwab anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang sedap makan makanan ketika hangat. Mak-mak dulu pun selalu pesan, kalau makanan dah sejuk, panaskan dulu sebelum makan. Tapi, ada satu makanan yang lebih sesuai dimakan ketika sejuk. Sejuk di sini tidak lah bermaksud sejuk beku. Tapi sejuk pada suhu bilik.
Sekali lagi, Fatimah Salim berkongsi tip makanan di dalam group Makmal Makanan (MaMa). Kali ini, mengenai kebaikkan makan nasi sejuk
Berita baik kepada penggemar nasi sejuk. Tahukah anda nasi yang disejukkan akan berkurangan nilai kalorinya?
Asasnya, beras mengandungi karbohidrat berstruktur komplex (aka kanji) iaitu amylose dan amylopectin. Kedua kanji ini terbentuk daripada rantaian gabungan ratusan ribu molekul kecil glukosa.
Dapatan kajian membuktikan menyejukkan nasi sebelum makan dapat menukarkan sifat kanji kepada kanji degil (resistant starch) yang bermaksud sukar untuk dicernakan oleh enzim pencernaan. Ini kerana, apabila nasi disejukkan, kanji akan mengalami proses penyusunan semula struktur rantaian molekul glukosanya menjadi lebih padat daripada struktur kanji yang asal. Proses ini dikenali dengan retrogradation.
Keadaan ini akan menyebabkan proses pencernaan menjadi lebih sukar di mana susah bagi enzim tadi untuk memecahkan kanji kepada molekul kecil glukosa. Dengan berkurangnya molekul glukosa yang terhasil, maka berkuranglah molekul glukosa yang diserap ke dalam darah, maka rendah kesan glisemiknya dan kuranglah hasil kalorinya ke atas badan.
Apakah yang berlaku kepada kanji degil ini?
Disebabkan kanji degil ini tidak mampu dicernakan oleh enzim yang berkaitan dalam sistem penghadaman, maka ianya akan ditolak ke dalam usus besar dan akan difermentasi oleh bakteria di sana. Proses penguraian oleh bakteria ini akan menghasilkan gas hidrogen, metana dan asid lemak. Asid lemak akan digunakan oleh badan, manakala gas hidrogen dan metana ini jika tidak dikeluarkan (dalam bentuk kentut) boleh menyebabkan kembung atau lebih dikenali dengan istilah ‘angin’.
Disebabkan rendah indeks glisemik, nasi sejuk bagus untuk mengurangkan risiko kencing manis dan kegemukan. Namun, mereka yang menghadapi masalah ‘kembung’ tidak digalakkan disebabkan kebarangkalian pengumpulan gas dalam usus besar. Dan yang paling penting, JUMLAH HIDANGAN harus diambil kira untuk mendapatkan kesan ini. Walaupun makan nasi sejuk, jika kuantiti yang diambil adalah banyak, tiada manfaatnya juga.
Nota: Nasi sejuk yang dimaksudkan di sini ialah nasi yang TIDAK basi ya. Cara untuk menentukan nasi sudah basi atau belum ialah dengan melihat perubahan dari segi rupa, warna, tekstur dan rasa. Sekiranya nasi masih lagi berkeadaan baik, maka bolehlah dimakan. Jika tidak, boleh buang, bagi haiwan ternakan atau dijadikan baja tumbuhan saja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebenarnya mempunyai almari baju terbuka atau open wardrobe mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan konsep almari tertutup. Ia menjadikan ruang bilik anda kelihatan lebih luas. Ini bermakna, open wardrobe amat sesuai untuk bilik bersaiz kecil. Disamping itu juga, ia memudahkan anda mengambil dan memilih pakaian. Namun, seperti biasa lah. Kalau open wardrobe perlu sentiasa kelihatan kemas dan tersusun, jika tidak ia akan semak dan bersepah. Berikut idea susun atur open wardrobe:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Susun atur dapur ni jantung rumah, boleh mudahkan tugas siapa yang memasak. IMPIANA sediakan 6 jenis susun atur dapur yang terbaik untuk anda supaya ceria dan seronok je memasak. Jom baca!
Penting Ke Nak Susun Atur Dapur?
Macam mana kita jaga jantung kita supaya dapat berfungsi dengan baik, macam tu jugalah kita patut menjaga jantung rumah kita, iaitu DAPUR!
Kalau susun atur dapur berselerak, tak kemas, tak cantik, nak masak pun tak ada mood kan? Last sekali, bungkus atau makan dekat kedai je. Tapi, rugi tau kalau asyik makan dekat luar.
Satunya sebab membazir, lagi satu, serius cakap kalau masak sendiri lagi-lagi kalau ada keluarga yang nak makan sama memang lagi terasa kesedapan dia tu. Bak kata orang, masak dengan kasih sayang!
Bila dapat buat dapur cantik-cantik, dan ada kelengkapan dapur yang cukup mesti hari-hari rasa nak masak. Kalau boleh, pagi, petang, siang dan malam tu nak masak dan makan dekat rumah je semua!
Dapur ni ada banyak jenis, ada dapur basah dan dapur kering atau nak buat dapur dalam atau luar rumah. Tapi, letaklah banyak mana dapur pun, kalau susun atur tak menarik, tak best juga, kan?
Apakah Jenis Susun Atur Ruang Dapur Yang Ada?
Ada 6 jenis utama susun atur ruang dapur yang selalu dipilih bila hendak membina bahagian dapur. Selalunya ia bergantung pada jenis rumah, saiz dapur dan mengikut keselesaan penghuni rumah.
Ada yang suka dapurnya nampak luas dan minimal kelengkapan dapurnya, tapi ada juga yang lebih suka kalau dapurnya cukup lengkap dengan pelbagai barang dan ada banyak ruang kabinet.
Semuanya bergantung pada anda. Yang penting, anda perlu tahu yang setiap dapur memerlukan tiga pusat kerja yang penting:
Dapur memasak
Sinki
Peti sejuk
Jadi, mari kita tengok dulu apakah jenis susun atur dapur yang ada.
1) Dapur Satu Dinding
Dapur satu dinding adalah susun atur dapur yang sangat sesuai untuk tempat tinggal yang kecil seperti unit studio atau pangsapuri kerana ia menggunakan ruang yang minimum.
Susun atur dapur kecil ni menempatkan ketiga-tiga pusat kerja dalam satu barisan, dengan kabinet dan peralatan memasak yang dipasang pada satu dinding tunggal.
Ada yang mengatakan pusat kerja di dapur tak sepatutnya diletakkan bersebelahan begitu kerana tak ada ruang kosong antara mereka.
Namun, konsep dapur satu dinding ni adalah yang paling murah dan sangat sesuai untuk ruang yang kecil. Memasak juga sangat mudah kerana semuanya senang dicapai.
2) Dapur Bentuk-L
Susun atur dapur ni sesuai untuk rumah yang didiami oleh keluarga kecil, dan mungkin juga untuk mereka yang mempunyai ruang lantai dapur yang tak terlalu besar.
Ia menggunakan dua dinding dalam bentuk-L untuk meletakkan kabinet, countertop, dan peralatan dapur.
Ketiga-tiga pusat kerja dapur juga diintegrasi dengan cekap dalam dapur bentuk-L untuk memudahkan proses memasak anda.
Jika anda masih ada ruang kosong, anda juga boleh menambahkan meja makan kecil atau pulau mengikut kesesuaian ruang anda, barulah nampak cantik je susun atur dapur anda tu!
3) Dapur Bentuk-U
Design dapur bentuk-U pula mempunyai tiga dinding kabinet dan peralatan. Jika anda mempunyai ruang dapur yang besar atau mungkin menghabiskan banyak masa di dapur inilah susun atur yang anda mahu.
Ia menyediakan tempat kerja yang lebih besar, dengan kaunter dan ruang kabinet tambaham Pusat kerja dapur juga sangat berkesan kerana susun atur ni membantu menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak.
4) Dapur Peninsula atau Bentuk-G
Dapur Peninsula selalunya direka dengan pulau yang bersambung. Ruang ekstra ni selalunya digunakan sebagai meja sementara, ruang penyimpanan atau tempat makan.
Berbeza dengan pulau yang selalu diletakkan di dapur tu, ruang ni boleh diakses dari tiga sisi sahaja.
Pada yang teringin untuk menambahkan pulau di dapur mungkin boleh menggunakan susun atur dapur ni kerana anda juga boleh menggunakan ruang tu untuk menyediakan bahan masakan.
5) Dapur Dengan Pulau (Island)
Susun atur dapur menggunakan pulau akan memberikan anda lebih banyak ruang untuk bekerja dan menyimpan jadi nak masak pun rasa lagi mudah.
Pulau ni boleh digunakan untuk ruang kabinet, perkakas, sink, kaunter, atau tempat makan.
Jika anda menambahkan pulau pada dapur bentuk-L ia akan menjadi seperti dapur bentuk-U, dan kalau pulau ditambah pada dapur satu dinding, ianya terus akan menjadi seperti dapur design galei. Menarikkan?
Ada juga design terbaru di mana susun aturnya meletakkan dua pulau dalam satu dapur, seperti gambar di bawah.
Ini hanya praktikal untuk ruang dapur yang sangat luas, dan mungkin kalau ada ramai yang suka memasak dalam rumah anda.
Jika tak digunakan sebagai tempat penyediaan untuk memasak pun, mungkin satu lagi pulau ekstra boleh dijadikan tempat anak makan dan bermain ketika anda sibuk di dapur.
Walau bagaimanapun, sebelum anda menambahkan pulau ni, pastikan dulu yang ruangan dapur anda memang cukup besar.
6) Dapur Galei (Galley)
Dapur design galei adalah salah satu susunan yang paling cekap. Ia juga dikenali sebagai dapur selari dan sangat sesuai untuk ruangan yang kecil kerana dapat menjimatkan ruang lantai.
Susun atur dapur jenis ni menggunakan dua dinding yang bertentangan antara satu sama lain, yang mewujudkan satu jalan di tengah-tengah.
Semua bahan yang diperlukan ketika memasak boleh diambil dengan mudah dan pusat kerja juga diletak dalam posisi yang praktikal.
Jika masih ada ruang yang besar di bahagian tengah, anda juga boleh menambahkan pulau untuk membuatkan dapur anda nampak lebih moden.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.