Bawang putih antara bahan utama dalam kebanyakkan masakkan tidak kira tradisional masakkan cina india mahupun barat. Adakalanya ia juga dijadikan ramuan di dalam remedi kesihatan. Tahukah anda bahawa aroma dan rasa daun bawang putih lebih sedap berbanding daun bawang?
Selain itu juga, untuk di kebun atau laman, ia sesuai digunakan untuk mencegah serangga perosak seperti yang pernah di paparkan di dalam artikel 5 Racun Serangga Organik Yang Wajib Anda Cuba.
Untuk memperoleh bawang putih, kebiasaannya anda akan beli kan. Apa kata, kita tanam sendiri.Bukan sekadar hasilnya lebih hebat, malah ia mampun mengawal serangga perosak secara biologi
Cara-cara tanam bawang putih dalam pasu
1. Pecahkan labu bawang putih menjadi ulas. Hanya ulas bersaiz matang yang sesuai disemai
2. Sediakan medium tanaman yang mengandungi pasir dan dan peroi. Bawang putih tidak memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, pilih bekas yang mempunyai lubang saliran. Jika tidak bawang nya mudah rosak.
Ads
3. Tanam ulas bawang secara menegak. Pastikan muncung bawang menghala ke atas kerana dari bahagian tersebut tunas nya akan keluar.
4. Bila bawang putih dah mengeluarkan tunas, hanya siram bila media nampak kering. Anak bawang putih tidak suka tanah yang digenangi air.
Ads
5. Sekiranya pokok bawang putih ini berbunga, potong bunga ini untuk kekalkan bau bawang putih.
6. Boleh tuai daun bawang putih bila terdapat 5 atau 6 helai daun padai satu pokok.
7. Daun bawang putih sesuai digunakan sebagai ramuan di dalam mee goreng, sup dan sebagainya. Aroma nya lagi sedap dari daun bawang
Ads
8. Boleh dibuat companion planting antara pokok cili/sayuran berdaun, bagi mengelakkan serangga perosak tanaman
9. Nak pokok bawang putih jadi labu/bulb bila daun mula menguning berhenti siram. Tuai bila daun semua menguning. Cabut dan jgn basuh. Ketuk-ketuk kan tanah yang melekat pada labu bawang dan simpan di tempat kering.
Sumber: Sara Saad
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
IMPIANA tertarik ingin berkongsi keunikan seni bina Stadium di Rusia ini yang pernah menjadi tempat perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018. Ingin melawati memerlukan belanja yang tinggi seperti tiket penerbangan, tiket memasuki stadium, dan tempat menginap. Jadi, IMPIANA ingin berkongsi serba sedikit jamuan mata buat pembaca serta pengikut majalah dekorasi nombor 1 di Malaysia tentang keindahan senibina 12 buah stadium rasmi yang digunakan sepanjang acara sukan berprestij ini.
Stadium Luzhniki, Moscow
Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di perkarangan stadium, pengunjung akan disambut oleh ukiran patung Lenin yang mana ianya diinspirasikan daripada senibina Greek. Stadium ini mendapat sentuhan dari tiga buah firma Arkitek iaitu PA Arena, GMP Architekten dan Mosproject-4. Pada asalnya ia boleh memuatkan seramai 78,000 penonton dan apabila siap secara rasmi pengubahsuainnya, ia boleh menempatkan seramai 81,000 orang. Lokasinya amat strategik kerana terletak betul-betul di tengah pusat perniagaan(CBD) Moscow.
Stadium St Petersbug
Dikenali sebagai stadium yang paling mahal dalam proses renovasi sehingga menelan USD 1 Billion. Ianya juga stadium yang paling canggih dan berteknologi tinggi kerana bumbungnya boleh dibuka dan ditutup jika berlaku hujan. Selain itu, ianya disokong dengan struktur lapan tiang pancang dan berbentuk seakan sebuah kapal angkasa. Ianya berada di bawah selian arkitek dari Jepun, iaitu Kisho Kurokawa.
Fisht Stadium, Sochi
Firma Arkitek Populous bertanggungjawab dalam merangka design pembinaan stadium bersejarah yang pernah menjadi host kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2014. Pada asalnya, stadium ini berkonsepkan tutup bumbung, tetapi diubah pelan khasnya kepada konsep open-air untuk penganjuran Piala Dunia 2018, Russia. Jumlah keseluruhan perbelanjaan menelan sehingga USD 779 Juta ini diilhamkan daripada ukiran telur emas diraja Faberge Egg.
Stadium Yekaterinburg
Selaku penganjur rasmi edisi Piala Dunia 2018, Rusia mengambil langkah all–out dalam idea senibina stadium dengan merangka pelan yang pada asalnya nampak tidak masuk akal, tetapi end resultnya amat gempak dan memukau mata yang memandang. Jika stadium lain, semua penonton berada dalam stadium, tetapi pelan Stadium Ekaterinburg adalah dengan ‘mengeluarkan’ sedikit penontonnya yang duduk di belakang gol post. Walaupun terdapat banyak idea inovasi yang telah ditambah, itu tidak bermakna sentuhan asal klasikal-facade nya hilang malahan Ianya juga turut disokong dengan besi pancang Neo Klasikal Soviet untuk mengekalkan imej asalnya.
Nizhny Novgorod Stadium
Pelan senibinanya diilhamkan daripada elemen alam semulajadi berikutan lokasi stadium ini terletak di sebelah titik pertemuan dua sungai iaitu Sungai Volga dan Oka. Facade nya kelihatan beralun dan diwarnai dengan rona biru dan putih. Ianya dibina khas untuk penganjuran piala dunia dan menjadi pertemuan kumpulan F di antara pasukan Sweden dan Korea Selatan yang berakhir dengan jaringan sebanyak 1-0.
Stadium Rostov
Satu lagi stadium yang dibina di pinggir sungai adalah Stadium Rostov. Ianya terletak betul-betul sebelah Sungai Don dan mempunyai akses yang mudah untuk pejalan kaki serta penunggang basikal. Ianya dibuka secara rasmi kepada tatapan umum pada bulan April 2018 lepas. Stadium ini turut mendapat sentuhan firma arkitekture terkenal Populous.
Stadium Samara
Lokasi bandar Samara, Russia terkenal dengan institut kajian aeroangkasa yang dahulunya diterajui oleh Soviet Union. Oleh itu, jika diteliti, senibinanya berbentuk seperti ruang angkasa lepas yang dipenuhi bintang. Selain nama rasminya Stadium Samara, ia turut dikenali sebagai Kosmos Arena. Ianya boleh memuatkan seramai 45,000 penonton dalam satu masa dan menyaksikan pemain AS Roma, Aleksander Kolarov dari Serbia menjaringkan sepakan percuma di separuh masa kedua.
Stadium Mordovia, Saranks
Kota Saranks merupakan bandar yang kurang mendapat sambutan sebelum ini, jadi Stadium Mordovia merupakan crowd–puller dalam usaha kerajaan Rusia untuk membuang tanggapan ‘bandar kurang pengunjung. Salah satu caranya adalah dengan mewarnai stadium ini dengan rona oren, merah dan putih. Ia boleh memuatkan seramai 45,000 penonton dalam satu perlawanan.
Volgograd Stadium
Warganegara England menyaksikan jaringan cantik oleh Kapten mereka iaitu Harry Kane di Stadium Volgograd dengan jaringan sebanyak dua berbalas 1 dari pasukan Tunisia. Stadium ini dibina di lokasi yang amat strategik iaitu di tebing sungai Volga. Ianya juga turut memuatkan seramai 45,000 penonton. Binaanya berbentuk seakan roda yang berputar mengelilingi stadium.
Spartak Stadium, Moscow
Tema warna putih dan merah mewarnai stadium yang pada asalnya hanya menempatkan seramai 35,000 orang kepada 42,000 penonton. Ianya juga merupakan homeground kepada kelab bolasepak profesional Rusia iaitu Spartak Moscow FC.
Stadium Kaliningrad
Stadium ini berkonsepkan open air kerana struktur binaan bahagian atasnya tidak mempunyai bumbung dan ianya turut dikenali sebagai stadium yang paling mudah untuk dibina dalam jangka masa yang pendek. Ianya berkapisiti seramai 35,000 orang dan ideanya dicedok sedikit dari pembinaan Stadium Allianz Arena, rumah kepada kelab pasukan bola sepak profesional Bayern Munich, di German.
Stadium Kazan Arena
Ianya dibawah seliaan dua firma arkitekture iaitu Populous dan Foster+partners. Mereka juga turut bertanggungjawab membina Stadium Wembley yang terkenal di Kota London. Ia berupaya memuatkan seramai 45,000 penonton dan menjadi lokasi untuk perlawanan penentuan peringkat suku akhir.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mulai kecoh dan tular di laman media sosial sekali lagi selepas puncak menara tertinggi di Malaysia yang masih dalam pembinaan, Merdeka 118 dilaporkan telah diceroboh oleh sekumpulan warga asing demi untuk mencipta kandungan di laman maya.
Memetik sumber Buletin TV3, sekumpulan warga asing terbabit yang dikenali sebagai Driftershoots itu dipercayai telah menceroboh puncak menara tersebut pada 30 Disember lalu.
Menerusi perkongsian di laman media sosial YouTube, video berdurasi selama 7 minit 18 saat itu memaparkan kumpulan terbabit, terdiri daripada sekurang-kurangnya empat individu, termasuk dua daripada mereka dikaburkan muka, menyelinap ke tapak bangunan itu dengan memakai jaket seperti pekerja binaan.
Rentetan itu, mereka kemudian memotong jaring keselamatan yang digunakan untuk menutup laluan masuk ke puncak menara, sebelum memanjat bangunan itu menuju ke puncak.
Sebelum ini, ada pasangan daripada negara Rusia yang dikenali sebagai Angela Nikolau dan Ivan Beerkus, telah menceroboh dan menawan puncak menara kedua tertinggi di dunia itu sekitar bulan Disember tahun lalu.
Sumber: Buletin TV3
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Batu kerikil jadikan laman bajet lebih menarik, paling penting ‘less maintenance.’ Penggunaan batu kerikil sebagai kemasan lantai laman bukan lah sesuatu yang baru. Ia menjadi pilihan bagi pemilik yang inginkan lantai landskap atau laman padu namun masih poros dan mudah diselenggara. Adakalanya, landskap atau kediaman yang dihampari dengan batuan kerikil ini kelihatan lebih menarik walaupun tanpa sebarang perincian.
APA ITU BATU KERIKIL?
Batu kerikil biasanya diperbuat dari pecahan batu granit. Kebiasaanya, saiz batu krikil terdiri daripada 2mm-75m. Ia merupakan salah satu bahan asas yang digunakan untuk pembinaan. Ia juga menjadi pilihan sebagai turapan jalan yang mempunyai penggunaan tidak lasak seperti “drive way” dan lantai landskap
APAKAH KEGUNAAN BATU KRIKIL DI LAMAN?
Selain sebagai lapisan asas permukaan berturap lantai landskap, batu krikil juga sesuai digunkan untuk membuat laluan pejalan kaki, lantai patio, driveways dan pelbagai lagi. Ada juga yang menggunkan batu sebagai sungkupan tanaman. Batu krikil yang digunakan sebagai sungkupan bukan sekadar kemas, malah dapat mengawal pertumbuhan rumpai dan mengekalkan kelembapan
APAKAH TEKNIK TERBAIK UNTUK MEMASANG BATU KRIKIL DI LAMAN?
Berbanding bahan hardscape yang lain, pemasangan batu kerikildi laman lebih mudah. Secara umumnya, tentukan terlebih dahulu ruang yang perlu diletakkan batu krikil. Bersihkan permukaan tersebut dari sebarang rumpai.
Untuk pemasangan batu krikil sebagai laluan, sebaiknya selepas menentukan ruang yang hendak di letakkan, korekkan sedikit tanah dengan kedalaman 6 inci. Lapisan pasir sebagai asas diperlukan antara 1-1.5 inci tebal. Seterusnya baru diletakkan krikil dengan ketebalam 3 inci. Pasir tadi berfungsi menstabilkan kedudukan batu krikil di bahagian atas disamping menjadi kawasan laluan air.
Namun, disibabkan sifatnya yang berderai dan mudah beralih atau bergerak jika menerima tekanan, sebaiknya letakkan sempadan yang kukuh untuk mengelak masalah tersebut. Jika dibiarkan, lama kelamaan kawasan yang dihampar batu krikil akan makin berkurangan
APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMASTIKAN PERMUKAAN KRIKIL SENTIASA CANTIK?
Untuk membersihkan sampah yang terperangkap di atas permukaan krikil, anda hanya perlu gunakan penyembur angin atau pencakar rumput. Teknik ini dapat memastikan batuan krikil yang dihamparkan sentiasa kelihatan baru. Batu krikil tidak mereput, namun lama kelamaan ia akan mendap terutamanya apabila menerima tekanan. Sebaiknya, kawasan yang telah mendap perlu di tambak dengan batu baru sekurang-kurangnya 3-4 tahun sekali
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.