Daun ketumbar, tak pernah yang di jual dalam kuantiti yang sikit. Beli sepaket RM1-2, pakai tak sampai suku dan selebihnya rosak begitu sahaja. Jadi, bagi anda yang gemar bercucuk tanam, IMPIANA sarankan antara tanaman wajib di kebun mini anda adalah daun ketumbar.
Tak susah sebenarnya untuk tanam ketumbar. Ia boleh dibiak melalui keratan akar yang di beli dari pasar atau biji benih. Namun ingat, ketumbar antara tanaman yang tidak boleh terendam batang di dalam air. Hal ini akan menyebabkan tanaman cepat mati. jadi, medium terbaik untuk pembiakkan daun ketumbar adalah pasir kerana ia tidak menyimpan kelembapan tempoh yang lama.
Seorang petani dari India tunjuk kaedah tanam ketumbar tanpa menggunakan tanah dalam botol plastik terpakai. Menariknya, sistem yang dibina tidak menuntut penjagaan yang rumit terutamanya tugas untuk menyiram.
1. Rendam biji benih ketumbar di dalam air 48 jam (2 hari) dalam air bersih
2. Bersihkan botol plastik terpakai dan potong 2
3. Lubangkan bahagian atas botol termasuk pada penutup seabagai lubang saliran dengan menggunakan paku yang telah dipanaskan
4. Bersihkan pablles wash dan amsukkan ke dalam bekas yang telah dilubangkan tadi
5. Taburkan benih ketumbar yang telah di rendam dan tutup dengan lapisan pasir kasar sekurang-kurangnya 5mm tebal
6. Isikan air pada bahagian takungan hengga mencecah tengkuk penutup botol
7. Sembur air pada permukaaan semaian dan letakkan di ruang separa teduhan.
8. Untuk elak pembiakan alga yang mengotorkan air di dalam bekas takungaan, balut botol dengan menggunakan kertas atau aluminium foil
9. Tambah air di dalam bekas takunggan apabila berkurangan sahaja. Tidak perlu lakukan sebarang siraman lagi
Mangkuk tingkat enamel atau dikenali juga nama aloi bercorak memang sentiasa menjadi buruan. Ia bukan digunakan sebagai bekas menyimpan makanan, tetapi menjadi salah satu aksesori dekorasi kediaman. Ada juga yang menjadikannya sebagai koleksi. Namun, untuk mendapatkan mangkuk tingkat enamel yang mempunyai rekaan yang cantik, bukanlah mudah dan murah.
Tapi, cikgu Decoupage Ida Azrina Zainal Abidin ada idea yang lebih menarik. Dengan menggunakan teknik decoupage, mangkuk tingkat stainless steel di hias cantik. Kalau nak tahu cara decoupage bukan sahaja pada mangkuk tingkat, boleh masuk kelas cikgu Ida
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Memiliki sebuah laman yang indah bukan sahaja menuntut kos malah masa yang banyak. Oleh itu sebelum anda merancang memiliki sebuah landskap menghiasi kediaman, fikirkan tanggungjawab yang perlu diberi bagi memastikan laman yang diidamkan cukup sempurna.
Seperti kediaman yang di kunjungi penulis yang terletak di Rawang. Di miliki oleh seorang CEO syarikat hartanah, kediaman ini menjadi weekend house untuk lari dari kesibukan kota. Laman yang ditata ringkas namun mempunyai identiti tersendiri ini merupakan sentuhan pereka landskap yang tidak asing lagi iaitu Encik Suhaimi Saadon.
Perkenalan lebih dari 10 tahun menyebabkan pemilik yakin dengan air tangan pereka yang selalu menepati cita rasa. “Laman yang belum mencecah usia setahun ini masih banyak yang perlu ditambah baik dan ia dilakukan secara berperingkat,” jelas pereka memulakan kata.
Memandangkan kediaman ini adalah weekend house dan ada kalanya pemilik tidak berada di rumah dalam tempoh yang lama, matlamat utama pada keseluruhan dekorasi laman ini perlulah less maintenance. Oleh itu, dari pemilihan softscape hinggalah hardscape perlu diperincikan bagi memudahakan urusan pemilik menikmati laman yang sempurna.
Memandangkan ruang landskap ini berbentuk concave, pereka bijak mengolah dengan menjadikan laluan hadapan ke laman yang sempit sebagai transaksi sebelum menuju ke hidden gateway yang menjadi laman utama pada kediaman ini. “Walaupun laman ini masih muda, namun impak dekorasinya telah berjaya dihasilkan kerana kebanyakan tanaman yang dipilih bersaiz matang,” tambah pereka.
Memberi privasi optimum pada lot kediaman ini, pereka memilih gabungan Eugenia Oleina dengan gabungan Diospyros Buxifolia yang mempunyai silara daun padat sebagai tanaman sempadanan. Lantai laman di laluan transaksi ini di hampari batu pemijak konkrit ringkas yang dipadukan bersama cebisan granite. Gabungan kemasan lantai ini bukan sahaja membentuk permukaan yang polos malah mampu mengelak ditumbuhi rumput yang akan menambahkan kerja-kerja penyelenggaraan.
Menyatukan kemasan lantai laman, tanaman renek dan penutup bumi diselitkan di ruang-ruang tertentu untuk memberi keseimbangan rekaan lantai laman. Antara tanaman yang digunakan adalah seperti Ophiopogon Jaburan, Chlorophytum Comosum, Calateha dan pelbagai lagi.
Menyusuri laluan ini, dihujungnya tersedia laman utama yang menjadi ruang fokus kepada aktiviti outdoor pemilik. Patio berkonsep terbuka disediakan memberi peluang kepada pemilik melakukan pelbagai aktiviti dengan selesa. Memilih jubin bermotifkan floral sebagai kemasan, mengimbau susun galur pemilik yang lahir dari keluarga peranakan. Ruang patio ini juga mudah diakses dari ruang makan kediaman.
Sekaligus, penyediaan patio menambah nilai seni bina kepada keseluruhan dekorasi kediaman ini. Masih mengekalkan pemilihan tanaman less maintenance, namun di ruang landskap utama ini paduan tanaman lebih kompleks. Masih selesa menggunakan Diospyros Buxifolia sebagai tanaman utama, bahagian lantainya dihias dengan tanaman renek pelbagai tekstur bagi membentuk hiraki yang seimbang.
Memandangkan matlamat utama laman perlu less maintenance, pereka memilih banyak tanaman yang tidak berbunga. “Namun di sudut belakang laman, Plumeria Pudica yang berbunga putih dan dahan yang tinggi sebagai tanaman pagaran memandangkan ruang yang tersedia sangat terhad dan membataskan pertumbuhan tanaman berkanopi padat,” terang pereka.
Pemilihan perabot di laman amat ringkas, cukup sekadar bangku metal bersadur rona merah menjadi focal point di ruang patio ini. Treadmark bagi sentuhan Encik Suhaimi Saadon, penggunaan pasu-pasu besar yang mempunyai karakter tersendiri menjadikan laman ini kelihatan lebih hidup.
Bagi memastikan laman indah yang tersedia dapat dimanfaatkan tidak kira di waktu siang mahupun malam, Pencahayaan optimum turut disediakan. “Walaupun tersedia pencahayaan dari lampu pendant, ia tidak mencukupi untuk menghidupkan suasana malam laman. Oleh itu, penggunaan spot light yang diletakkan di bawah pokok bukan sekadar memberi pencahayaan tambahan malah meningkatkan nilai karakter laman di waktu malam,” jelas pereka.
Menghasilkan sesebuah laman memang mudah. Namun, untuk memastikan laman yang diidamkan sentiasa dalam keadaan baik dan dapat dinikmati bila-bila masa, bukan sahaja penyelenggaraan yang menjadi faktor utama. Pemilihan tanaman dan padanan perabot laman juga memainkan peranan penting.
Pemilik: Mr. Jimmy Jenis kediaman: Super link (corner lot) Lokasi: Rawang Konsep: Tropika kontemporari Pereka dan kontraktor landskap: Encik Suhaimi Saadon
Untuk lebih perincian bagai mana pereka landskap dan pemilik kediaman berkerjasama membina laman ini, boleh tonton video 360 yang disediakan ini
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai beranggapan untuk menanam lobak merah ia memerlukan batas. Memang benar, ini kerana lobak merah memerlukan tanah yang dalam untuk membolehkan ia menghasilkan ubi yang panjang. Oleh hal yang demikian, batas adalah penyelesaian yang terbaik untuk menghasilkan lobak merah yang cantik. Namun, tidak mustahil untuk anda tanam lobak di dalam pasu jika kena pada caranya.
Bekas tanaman
Memandangkan lobak memerlukan kondisi tanah yang dalam untuk membolehkan ia menghasilkan umbisi yang cantik, anda memerlukan pasu atau bekas yang mempunyai ke dalam minimum 1.5 kaki.
Biji benih
Dapatkan benih lobak dari variati Chantenay atau Nantes. Elakkan menanam lobak merah dari variati Imperator kerana ia dari variati yang panjang. Untuk variati tersebut, anda memerlukan bekas atau pasu yang ber kedalaman lebih 2.5 kaki. Selain itu juga, benih lobak merah mini atau bulat seperti lobak merah mini romeo juga amat sesuai ditanam di dalam pasu
Semaian
Lobak merah mempunyai tekstur biji benihnya yang sangat halus. Oleh itu, ia akan memberi sedikit masalah untuk anda melakukan semaian terus pada medium tanaman. Tambahan pula, risiko tanaman tidak menjadi lebih tinggi.
Untuk proses semaian paling cepat dan mudah, anda perlu sediakan sehelai kertas tisu yang telah ditaburkan sedikit benih lobak merah. Lipat tisu tersebut menjadi 4 segi seperti poket dan renjis kan sedikit air untuk melembapkan tisu tadi.
Masukkan tisu yang telah dilembapkan tadi ke dalam plastik atau zip lock bag untuk mengelakkan ia cepat kering. Simpan plastik berisi tisu lembap tadi di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 hingga 7 hari. Selepas 7 hari, barulah anak lobak merah boleh dipindahkan ke dalam bekas tanaman
Medium tanaman
Lobak merah memerlukan medium tanaman jenis peroi dan sedikit berpasir. Campuran terbaik untuk tanaman lobak merah adalah 2:1:1 (Tanah hitam/loam/topsoil):pasir sungai:kompo. Gaul semua media sehingga rata dan masukkan ke dalam bekas tanaman sehingga penuh.
Semai anak pokok
Buat lubang pada kedalaman 2 inci sebesar jari telunjuk dengan jarak 5 inci setiap satu. Masukkan benih yang telah bercambah tadi ke dalam setiap lubang dan kambus lubang tadi dengan tanah yang nipis kemudian disiram. Letak anak pokok di bawah tempat separa teduhan selama seminggu atau sehingga ia betul-betul stabil
Siraman dan penjagaan
Lakukan siraman 2 kali sehari setiap awal pagi dan lewat petang. Apabila hujan, siraman tidak perlu dilakukan dan pastikan medium tidak bertakung air dan basah. Cabut rumput dan rumpai untuk mengurangkan kadar saigan dengan lobak merah.
Pembajaan
Untuk dapatkan lobak yang sihat dan besar, kurangkan penggunaan baja. Ini kerana penggunaan baja yang berlebihan dan kerap hanya daun nya sahaja yang merimbun namun hasil lobaknya kecil. sebaiknya, gunakan baja kompos pada lobak merah anda dan elakkan penggunaan baja bernitrogen tinggi
Tuai
Lobak merah sedia tuai apabila mencapai usia 60 hingga 90 hari mengikut variati. Sebelum di tuai, pastikan tanah di sekitar lobak merah digembur terlebih dahulu untuk memudahkan ia mudah di atrik dan mengurangkan risiko ubinya terpatah
Sumber: http://tanomkinotuan.blogspot.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!