IMPIANA nak tanya, bila kali terakhir anda mencuci karpet atau permaidani di rumah? Tahu kah anda, selain dapur, tempat atau habitat terbaik pembiakkan kuman dan bakteria di dalam kediaman adalah karpet. Jadi, vakum sahaja tidak memadai. Jika dahulu, mak-mak kita akan jemur dan tepuk karpet tersebut menggunkan penyapu untuk membuang habuk yang terperangkap.
Kepanasan matahari yang di terima ketika di jemuran sedikit sebanyak dapat membasmi kuman yang terperangkap atau bertapa di dalam karpet. Sekarang agak mustahil untuk dilakukan tambahan bagi yang mendiami apartmen. Jadi apa cara yang paling mudah untuk anda lakukan. Puan Syariah Farhana Syed Fadzil atau lebih mesra dikenali fana berkongsi teknik membasi kuman dengan menggunkan mop untuk karpet.
Siapa yang pernah mop karpet? kelakar kan mop karpet. Fana tahu karpet boleh di mop dari seorang pembantu rumah. Bila di sedang mop karpet, fana tanya. Karpet boleh mop ya? Dia jawab boleh untuk nyah habuk. Sebab lepas vakum, masih ada habuk dan kuman pada karpet.
Dari peristiwa itu, puan fana akan pastikan setiap seminggu sekali karpet di dalam kediamannya akan dimop. Namun, karpet perlu di mop mengunkan air campuran khas garam dan detol. Tambahan puan fana, sebaiknya sediakan mop baru dan khaskan untuk kegunaan mengemop karpet.
Ads
Bahan-bahan:
Air satu baldi
2 sudu besar garam
1 tutup cecair detol asli
Ads
Cara-cara:
1. Jerang air sehingga mendidih
2. Setelah mendidih, tuangkan nya ke dalam baldi dan campurkan garam bersama detol. Kacau rata.
3. rendamkan mop di dalam air campuran tadi seketika dan perah sehingga hampir kering dan tiada air yang menitik
4. mop keseluruhan permukaan karpet
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menggunakan peti sejuk yang telah berusia atau lama memang adakalanya boleh menyebabkan anda rasa tak jimat elektrik. Walaupun ia masih boleh digunakan, anda disaran untuk menggunakan rekaan peti sejuk terkini yang dilengkapi teknologi jimat elektrik. Di samping itu juga, ia dapat membantu memastikan makanan disimpan pada suhu yang optimal.
Namun, jika anda masih memilih untuk menggunakan poti sejuk lama, Choice berkongsi beberapa tip agar anda boleh berjimat dalam bil elektrik
SUHU OPTIMAL
Untuk peti sejuk yang sudah berusia lebih 10 tahun, kada kecekapan suhu di dalam ruang simpanan amat penting. Ia bagi memastikan makanan yang disimpan berada dalam suhu yang tepat bagi mengelak pembiakan bakteria. Pastikan ruang simpanan peti sejuk ditetapkan pada suhu 3 darjah celsius manakala ruang sejuk beku adalah pada -18 darjah celsius.
Tidak kira peti sejuk baru mahupun lama, lokasi terbaik untuk anda letakkan peti sejuka dalah di ruang yang terlindung dari panas terutamanya sinar matahari. Ini akan menyebabkan peti sejuk berkerja lebih keras untuk memastikan suhu di dalam ruang simpanan berada dalam keadaan optimum
KAPASITI MAKANAN YANG DISIMPAN
Ramai cakap, bila peti sejuk kosong lebih jimat. Sialah tu. Bila ruang kosong, kapasitor peti sejuk tetap bekerja dalam kadar yang sama apabila ia disimpan banyak makanan. Namun, tidak bermakna anda perlu simpan makanan padat-padat tau. Patsikan ada ruang sirkualsi untuk mengaliskan makana
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum wujudnya steam iron, seterika jenis besi lah yang telah menjadi penyelamat ibu-ibu untuk dapatkan baju licin tanpa kedut. Walaupun seterika jenis ini mudah digunakan, ada satu masalah yang boleh timbul jika kita tersilap set suhu. Tahap kepanasan seterika perlulah sesuai mengikut material pakaian, jika terlalu panas, alamatnya berlubang lah pakaian tu..
Selain baju berlubang, seterika juga boleh rosak akibat cebisan pakaian yang terbakar telah melekat pada permukaan yang panas tadi. Selagi kesan terbakar tersebut tidak dibersihkan, selagi itulah tak boleh nak guna untuk gosok baju seterusnya, risau ada kesan hitam melekat pulak.
Jadi untuk membantu anda selesaikan masalah ini, seorang pengguna Facebook ada berkongsi petua yang diamalkan beliau untuk hilangkan kesan terbakar pada seterika dengan mudah. Melalui perkongsian Nor Chu di laman Kelab Kaki Deco Barang Eco, ada dua bahan yang mujarab hapuskan kesan hitam tu.
Pembersih Cif Cream
Magic Sponge
Cara-caranya:
Picit cecair Cif ke permukaan seterika yang dipenuhi kesan hitam secukupnya
Kemudian gosok dan ratakan cecair pembersih Cif menggunakan magic sponge
Sental bersih dan lap lebihan cecair menggunakan kain lembab
Ulang langkah tersebut hingga puas hati
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak sewa rumah, perkara pertama yang kita akan lihat selain lokasi adalah kondisi rumah tersebut. Bila nampak kotor dan buruk, mesti awal-aawl dah tolak kan. Namun, tidak bagi puan Farizah Jaafar. Rumah yang disewa pada harga RM200 sahaja walaupun tak cantik diubah suai macam rumah sendiri. Yang penting, keselesaan mereka seisi keluarga.
Bukan sikit2 punye penat pindah2 rumah ni. Sebulan dua pun belum tentu siap kemas. Syukur Alhamdulillah..dh masuk minggu ke 3 pindah rumah sewa baru. Dekor sikit-sikit masa si kecil nyenyak tidur.
Lantai tu simen diberi kemasan guna epoxy untuk gantikan tikar getah. Nak pasang jubin tak cukup budget pulak. 1 tin cat epoxy 4L+ 1L hardener RM160. Pelbagai pilihan warna. pada awalnya saya nak amik warna kelabu, tapi ubah fikiran pilih yellow pastel untuk nampak ruang lebih luas & besar. 5L ni cukup untuk Saiz ruang 20×20.
Walaupun sewa & renovate pun ada black & white. Sewa RM 200 sebulan. Kos ubahsuai tolak sewa bulanan. Rumah 2 bilik 1 store tapi saya tambah lagi 1 bilik sebab ruang makan besar. Syukur Alhamdulillah.
Barang rumah lama saya banyak jual. Sebab leceh nak angkut pindah. 2 bulan saya cuti mengajar dekor kek, sebab kemas barang dan dekor rumah. Rumah ni masih belum siap kemas dan dekor sepenuhnya. Baru siap ruang tamu dan Ruang solat. Ruang makan, dapur & bilik tak siap lagi. Wallpaper, gantung langsir pun panjat dan pasang sendiri
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.