Aircond atau penyaman udara tiba-tiba tak sejuk. Selain berpunca daripada kehabisan gas, ia jua disebabkan oleh kotoran atau habuk yang dah tepu pada bahagian penyaring (filter) atau kipas outdoor unit.
Kebiasaannya, ramai yang ambil keputusan untuk memanggil orang untuk selenggarakan. Lepas tu kena bayar mahal-mahal. Ramai jugak yang mengeluh situasi ni terutamanya apabila di tengah bulan. Jadi tak pasang lah aircond sampai tunggu gaji baru panggil orang service.
Sebenarnya anda boleh je service sendiri unit aircond tu. Mula-mula cuba cuci dulu unit aircond. Ia tak memerlukan peralatan yang rumit. Hanya masa dan tenaga sahaja diperlukan. Lepas dah cuci itu pun masih tak berapa sejuk, itu maksudnya dah habis gas. Barulah tambah gasnya.
Macam mana nak cuci aircond?
1) Filter
Buka penutup depan indoor unit dan keluar filter yang macam jaring dalam tu. Filter ni kena sentiasa dibersihkan sekurang-kurangnya 1 bulan sekali.
Basuh dengan sabun serbuk kemudian sental dengan berus plastik (jangan guna berus sabut). Lepas itu, bilas dengan air paip. Jemur sehingga kering.
Ads
2) Indoor Condenser Coil
Sementara tunggu filter tu kering, vacuum pada condenser coil dan lubang yang ada pada cover indoor unit tu kasi buang habuk dia. Kalau ada habuk yang degil sangat melekat tak nak keluar pada condenser coil tu cara dia senang sahaja. Ambil spray masukkan air paip sembur sikit bagi lembap. Sebelum tu off kan suis aircond dan cabut plug,cover tempat-tempat elektronik board dengan plastik.
Kemudian ambil berus gigi yang sudah tidak digunakan atau berus kiwi kasut ataupun berus cat, sapu perlahan-lahan pada condenser. Tapi hati-hati jangan sampai mencederakan `sirip aluminium’ pula (yang macam bentuk sikat tu). Cuci sampai puas hati.
Ads
3) Blower Fan
Blower fan ini kalau habuk tebal melekat dekat badan dia, angin akan menjadi perlahan sebab itu akan rasa udara sejuk yang keluar tu macam tak sampai. Cara nak cuci blower fan ini tak perlu susah hanya guna kaedah vacuum dan gosok dengan berus gigi atau berus cat. Jangan spray dengan air takut nanti habuk melekat susah nak vacuum.
4) Outdoor Compressor Coil
Yang ini pun kena cuci jugak. Cuba jenguk di bahagian sirip kompressor itu, kalau habuk dah tebal sampai tak nampak coil dalam maknanya memang dah kena sental. Cara dia sama seperti cuci indoor condenser coil.
Tembak je dengan air tapi kalau tak boleh juga terpaksa buka cover outdoor tu kemudian sental dengan berus plastik dan cuci dengan serbuk sabun.
Ads
Selepas itu dibilas dengan air semula. Cuci sampai nampak coil dan kalau boleh penglihatan kita tembus menerusi setiap sirip coil. Jangan takut nak siram air sebab compressor ini memang dah direka untuk tahan hujan mahupun panas.
Dah siap semuanya boleh pasang semula air filter yang sudah kering tadi dengan cover sekali. Siap sempurna semua bahagian telah di pasang dengan yakin, cuba on dan rasa udara yang keluar aircond indoor unit ada perbezaan atau tidak dari sebelum diselenggara.
Kalau sama, perlu buat chemical servis iaitu masukkan gas. Tapi part ni perlukan peralatan dan kemahiran khas. Lebih baik anda panggil orang yang mahir untuk isi gas sahaja.
Senang kan tak perlu susah-susah nak panggil orang buat kerja ni. Sendiri servis lebih puas hati.
Sumber: http://zulkidal.blogspot.my
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kanak-kanak dan sifat ingin tahu yang tinggi memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi awas! Tanpa pengawasan yang rapi, mereka mungkin terdedah pada bahaya yang kita sendiri tidak sedar.
Siapa yang sangka, kadang-kala laman rumah juga boleh menjadi ‘medan ancaman’ untuk kanak-kanak jika mereka dibiarkan sendiri. Bahaya yang paling dekat termasuklah tumbuh-tumbuhan yang ditanam di sekitar kawasan tersebut. Ibu bapa mungkin mengandaikan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menjadi tanaman hiasan tidak membawa kemudaratan kepada anak-anak.
Tetapi sejauh mana pengetahuan ibu bapa mengenai pokok yang ‘berbisa’ dan berisiko besar membahayakan si manja anda?
Berikut adalah beberapa senarai tumbuh-tumbuhan yang perlu ibu bapa kenal pasti;
Caladium bicolor
Tumbuhan ini memiliki daun yang berbentuk oval seperti kepala anak panah (arrowhead). Pokok ini juga terdapat pelbagai kacukan yang menghasilkan variasi bentuk dan rona daun.
Kandungan racun yang terdapat di dalam Caladium bicolor dikenali sebagai Calcium oxalatecrystals dan asparagine, iaitu protein yang ditemui di dalam tumbuhan ini.
Sememangnya kesemua bahagian tumbuhan ini beracun apabila termakan dalam kuantiti yang banyak. Sekiranya kanak-kanak didapati termakan bahagian tumbuhan ini, ia akan menyebabkan sensasi terbakar atau melecur pada mulut dan tekak.
Lain-lain simptom yang mungkin boleh berlanjutan apabila termakan pokok ini ialah, diarea, nausea, mulut dan lidah menggelembung, mata akan kemerah-merahan, sakit serta terasa panas. Kesan seterusnya adalah muntah-muntah.
Jika perkara ini berlaku, segera lap mulut si manja dengan kain bersih yang telah dibasahkan dengan air yang sejuk. Beri si manja susu untuk diminum. Hubungi pakar atau hantarkan anak anda ke unit rawatan.
Zamioculcas zamiifolia
Tumbuhan ini turut dikenali dengan beberapa jolokan lain seperti Zanzibar gem, Money plant, succulent philodendron, Chinese New Year festive plant dan arum fern. Ia tergolong di dalam keluarga Araceae.
Ia membentuk gugusan daun yang tebal, batang berkilat yang ada kalanya kelihatan seolah-olah tumbuhan artificial.
Pokok ini juga mampu bertoleransi pada musim kemarau serta boleh menerima kuantiti cahaya yang rendah di dalam rumah.
Namun, keseluruhan bahagian pokok ini juga mengandungi racun. Sebaik-baiknya jauhkan ia dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Sekiranya anda perlu menguruskan tumbuhan ini, gunakan sarung tangan berkebun dan cuci sebersih-bersihnya.
Nerium oleander
Pokok ini mempunyai gugusan bunga yang berlingkar. Ia membesar sebagai pokok yang rendah di kawasan terbuka yang menimbulkan suasana menarik dan menjadi tumpuan.
Secantik-cantik pokok ini, ia mempunyai kandungan racun yang tinggi dan sangat merbahaya untuk kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Bagi orang dewasa sekalipun, ketika melakukan proses memangkas, pastikan pemakaian sarung tangan berkebun dipraktikkan.
Basuh tangan sebaik-baiknya untuk mengelakkan dari termakan sap (getah pokok). Jika termakan, ia boleh meragut nyawa.
Anthurium spp
Anthurium spp kelihatan indah dipandang. Namun, merujuk kepada penulisan Springer pada tahun 2007 di dalam ‘Handbook of poisonous and Injurious plants’, kanak-kanak di bawah umur enam tahun terutamanya selalu terdedah kepada racun dari tumbuhan ini. Kajian mendapati terdapat sebanyak 85% panggilan diterima oleh unit kecemasan dan trauma.
Pokok ini mengandungi calcium oxalate yang merbahaya untuk manusia dan haiwan.
Jika kanak-kanak termakan dalam kuantiti yang sedikit, ia tidaklah begitu mengancam kerana racun tumbuhan ini dikategorikan sebagai sederhana. Pun begitu, jika dimakan dalam jumlah yang tinggi, ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius serta kematian.
Bahagian yang racun adalah jus atau getahnya yang terkandung oxalate crystals. Kandungan ini menyerupai jarum kristal yang tajam yang boleh merengsa kulit, mulut, lidah, tekak dan membuatkan si pemakan akan membengkak, sukar bernafas, sakit melecur dan perut meragam.
Dieffenbachia
Penduduk Amazon menggunakan jus dari tumbuhan ini untuk disapukan pada anak panah pemburuan mereka.
Kandungan toksin yang terhasil dari pokok ini ialah kerana ia memiliki calcium oxalate pokok yang sederhana.
Sama seperti pokok Anthurium spp dan Caladium bicolor, ia akan memberikan beberapa kesan sampingan jika kanak-kanak termakan tumbuhan ini.
Kesan tersebut adalah seperti memusnahkan buah pinggang, kemunculan arteries dan gastrik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Di mana anda harus simpan barang keperluan ini di rumah?
Selalu menjadi tanda tanya bila kita beli bahan mentah ini dan tak tahu tempat sepatutnya kita letak. Letak luar, takut basi. Bila letak dalam peti ais pula katanya tidak bagus. Mana satu yang betul? Ini jawapan yang perlu kita tahu.
Isu penyimpanan telur sama ada dalam peti sejuk atau bukan dalam peti sejuk sudah lama menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Mana tidaknya, telur adalah sumber makanan yang wajib ada di dalam setiap rumah. Kalau dalam keadaan terdesak, tak ada lauk lain, lauk telur pun cukuplah kan? Tapi, ada juga yang mengatakan bahawa jika anda tidak menyimpan telur dalam peti sejuk, boleh menyebabkan penyebaran bakteria yang dipanggil ‘Salmonella’? Betul ke?
Berdasarkan Natural Medicine House, situasinya agak berbeza di beberapa negara di mana di Amerika, Jepun dan Australia, di mana mereka menggalakkan untuk menyimpan telur di dalam peti sejuk tetapi tidak di negara-negara Eropah. Masyarakat di negara Eropah lebih memilih untuk menyimpan telur di dalam suhu yang biasa iaitu suhu bilik. Hal ini kerana, ayam di Eropah telah diberi penjagaan dengan lebih rapi dan telah disuntuk dengan vaksin.
Waktu pagi, sarapan telur dengan roti mesti sedap kan? Kalau nak diet kuruskan badan pun elok makan telur juga. Memang telur sudah terkenal dengan kandungan nutrisi yang tinggi sejak dulu lagi. Tapi, bila dah beli telur tu, keliru pula nak simpan dalam peti sejuk ke tak sebab banyak sangat pandangan orang yang bercanggah mengenai isu ini.
Tetapi, bagi situasi di Malaysia, rasanya majoriti memang menyimpan telur di dalam peti sejuk kan? Hal ini kerana, penyimpanan telur di dalam peti sejuk memang dapat menjadikan telur lebih tahan lama. Bukan itu sahaja, menyimpan bahan makanan di dalam peti sejuk dengan suhu yang betul iaitu 20 darjah celcius ke bawah
1. Timun : Meja dapur. Bila timun agak sedikit lembik dan anda boleh masukkan dalam peti sejuk
2. Pisang : Meja dapur
3. Mentega : Dalam peti sejuk beku
4. Coklat : Dalam tempat yang sejuk dan kering. Simpan dalam peti sejuk boleh menyebabkan rasa coklat hilang.
5. Kentang : Dalam rak dapur / laci kabinet
6. Roti: Bungkus dalam plastik dan diletakkan di suhu bilik
7. Kicap dan Sos: Dalam rak dapur, bukan dalam peti sejuk. Selepas dibuka baru diletakkan dalam peti sejuk.
8. Bawang : Dalam rak dapur/ laci kabinet. Simpan dalam peti sejuk akan cepat lembik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah tak anda perhatikan atau terlihat rakan-rakan anda berkongsi foto katil mereka di laman media sosial? Jika pernah, pasti ada seorang atau dua rakan anda dilihat ada memiliki rangka katil model LEIRVIK keluaran jenama IKEA ini. Betul tak?
Jadi, memang tidak syak lagi lah rangka katil keluaran jenama kelengkapan rumah antarabangsa ini sememangnya antara model rangka katil yang popular di Malaysia.
Mesti ada yang ingin mengetahui mengapa model LEIRVIK ini telah menjadi sebuah model rangka katil yang popular.
Menurut sumber yang telah IMPIANA dapatkan daripada salah seorang pekerja di IKEA Damansara memaklumkan hal tersebut berlaku oleh kerana LEIRVIK memiliki keunikan serta reka bentuk yang menarik.
Tambahnya lagi, model rangka katil yang direka oleh Carina Bengs seorang pereka perabot IKEA dari Sweden ini juga antara produk jualan terlaris di gedung jualan kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Setelah LEIRVIK ini mula dipasarkan di Malaysia sekitar tahun 2009, sudah lebih 13 tahun model rangka katil ini berada di pasaran malah sehingga kini ia masih mendapat permintaan daripada pembeli. Lantas dengan kejayaan ini telah meletakkan ia sebagai model rangka katil yang popular di Malaysia.
Sekiranya anda mahu mendapatkan rangka katil LEIRVIK ini, anda boleh sahaja segera membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Atau anda juga boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara atas talian menerusi di laman sesawang www.ikea.com.my.
Sumber: IKEA Malaysia Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.