Dekorasi

Cara Mudah Alih Barang Berat Tanpa Angkat, Gunakan Vynil Je!

Share

Semasa musim perayaan, ramai yang menggunakan masa untuk mengemas rumah, namun mengalihkan perabot berat seperti almari dan peti sejuk menjadi cabaran utama. Dinas Elni berkongsi satu tip yang dipelajari dari YouTube untuk memudahkan proses ini. Caranya adalah dengan menggunakan beberapa keping vynil, membolehkan perabot berat dialihkan dengan mudah tanpa memerlukan bantuan orang lain.

Tip alih perabot besar dengan mudah

Ini cara kami alihkan perabot berat masa buat projek di rumah. Saya gunakan kepingan vynil jenis tampal  untuk alihkan mesin basuh dan peti sejuk sewaktu proses mengecat rumah.

1. Caranya, cuma angkat satu sisi perabot berat dan selit masuk kepingan vynil. Angkat sisi satu lagi pula dan selit lagi kepingan vynil (boleh rujuk gambar).

2. Kemudian boleh tolak atau tarik dengan lebih mudah. Lantai tak calar, perabot pun tak rosak, paling penting barang mudah digelongsorkan. Yang rosak cuma vynil berpelekat saja.

3. Disarankan agar lebih mudah, guna empat vynil supaya boleh tolak lebih jauh. Bila dah sampai hujung sambung lagi dengan vynil seterusnya.

4. Supaya vynil tak jejaskan lantai, sebaiknya buka bahagian adhesive dan cantumkan dua keping jadi satu. Ia untuk elak bahagian berpelekat tertanggal protective sheet dan melekat di lantai.

Cara lain

Boleh juga guna kotak atau pun kain yang keras supaya tak koyak. Cuma guna vynil lebih mudah sebab ia licin dan barang mudah ditolak.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dinas Elni

Baca Lagi Di Sini:

Nak Bunga Kertas Lebat Berbunga, 8 Perkara Ni Wajib Anda Lakukan
Artikel Menarik:Tanam Sendiri Pokok Selom Dalam Polesterin, Lebih ‘Fresh’ Buat Ulam-Ulaman
Mesti Baca:Pokok KESUM Tumbuh Subur Merimbun, Kena Kerat Selalu Biar Bertunas Baru!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Nana