Cara Mudah Bersihkan Kotoran Permukaan Tilam, Basmi Kuman & Hilangkan Bau Hapak! Tilam yang lama digunakan biasanya akan ada kesan kotoran mahupun kekuningan pada permukaannya. Cara yang selalu digunakan, cuci dengan air sabun, angkat tilam dan jemur sekejap di luar rumah, supaya kena panas cahaya matahari. Ini kerana jika dibiarkan kering begitu, tilam akan berbau busuk dan kepam pula.
Sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan berkesan yang boleh digunakan untuk membersihkan kotoran yang ada pada permukaan tilam ini. Tak perlu susah-susah nak angkat dan jemur tilam di luar rumah. Tekniknya hanya bersihkan menggunakan tudung periuk dan campuran beberapa bahan pencuci. Hasilnya memang berkesan, permukaan tilam kembali bersih seperti baru, bebas kuman dan berbau wangi.
Bahan-Bahan:
1 bekas besar
1 cawan pencuci lantai
1 cawan sabun pakaian
1 cawan pelembut pakaian
1 sudu besar soda bikarbonat
1 helai tuala
Penutup Periuk
Cara Membuat:
1. Sediakan satu bekas besar.
2. Tuang satu cawan pencuci lantai bersama satu cawan sabun cuci pakaian jenis cecair.
3. Tambahkan juga satu cawan pelembut pakaian supaya bau harum.
4. Masukkan satu sudu besar soda bikarbonat dan gaul sebati.
Ads
5. Ambil tuala bersih dan celup ke dalam bancuhan tadi.
6. Kemudian balut tuala tadi pada penutup periuk yang mempunyai tangkai dan gosokkan pada kawasan tilam yang kotor.
7. Ulang langkah 5 dan 6 beberapa kali sehingga kesan kotor tidak kelihatan.
Ads
8. Bila sudah bersih, buka kipas dan tingkap rumah untuk memudahkan permukaan tilam kering.
IMPIANA: Jadi jika ingin bersihkan kotoran dan hilangkan bau hapak pada tilam boleh ikut cara mudah yang dikongsikan ini. Tak perlu angkat tilam berat dan jemur kan kalau kotoran hanya sedikit sahaja!
Perasan tak dinding rumah, pasti ada retak yang halus dan kadang-kadang ada lubang kesan kita tebuk lubang nak gantung bingkai gambar. Perkara macam ini akan membuatkan dinding dalam ruang tersebut nampak cela dan tak cantik.
Tidak semudah yang anda sangkakan dengan hanya mengecat cela sepert lubang dan rekahan itu dapat ditutup. Mungkin anda ingin menggunkan kertas hiasan dinding untuk menutup cela itu. Tetapi jika lubang kesan dari lubang paku anda masih perlu tampal sebelum memasang kertas hiasan dinding.
IMPIANA kongsikan sesuatu untuk memudahkan anda sebelum mengecat dinding dan memasang kertas hiasan dinding. Kesan cela hilang dan lebih kemas. Paling best produk ini ia cepat kering dan juga kalis air. Saiz dan bentuk tiub yang mudah untuk digunakan ini membuatkan kerja anda lebih cepat dan mudah.
Siapa sangka dengan menggunakan barang-barang terpakai yang ada di rumah, boleh menghasilkan hiasan dinding yang cantik sebegini. Dengan idea kreatif pemilik kediaman, ruang yang kosong boleh digantung ‘centerpiece’ unik dan hiasan dinding yang menarik sekaligus dapat menaikkan lagi seri pada ruang kediaman.
Boleh cuba DIY hiasan dinding mudah ‘Texture Art Kaabah’ seperti yang dilakukan oleh Fatinhochakkini sebagai panduan.
Kalini Diy ain guna barang yang memang dah ade kat rumah ja. Ain memang tak jual, buat suka-suka ja..senang ja nak buat kome. Zupzapzupzap siap. Bahan Ain pakai apa yang ada di rumah ja sebab DIY. Kalau nak lebih kemas boleh ikut step bawah ni.
Bahan-Bahan:
Styrofoam (Boleh tukar pada kotak keras/ canvas)
Cat Putih (Boleh tukar pada arcylic paint)
Kaabah ( Ambik kotak cat warna hitam kemudian cat warna gold pulak)
Masking tape
2 botol Gam+ Air Secukupnya
Cadar Lama (Putih)
Cara Membuat:
1. Guna apa yang kita suka sebagai base frame.
2. Bancuhkan air + gam lebihkan gam.
3. Celup kain basahkan semua dalam bancuhan gam tersebut.
4. Kemudian, letak atas frame dan buat je bentuk apa-apa.
5. Dah siap design tunggu kain kering semalaman.
6. Dah kering boleh cat pakai berus. Kalau rasa kain macam tak keras lagi, campurkan gam pada cat (jika cat terlalu pekat tambah air).
7.Letakkan kotak Kaabah ditengah-tengah dengan gam (saya pakai gam gajah)
Note: Lepas kering kain tadi sepatutnye keras dan terletak. Kalau tak terletak bermaksud gam kurang dan kena tmbah lagi gam masa mengecat.
Setakat ini, walaupun hanya DIY cara ni ain guna untuk art sebelum ni masih tahan elok sampai sekarang.
IMPIANA: Menarik juga DIY sendiri hiasan dinding rumah, menggunakan barang-barang terpakai yang ada sahaja. Tak perlu keluarkan kos yang besar, namiun hasilnya tetap cantik dan puas hati dapat buat sendiri.
Cara Mudah, Murah Dan Mujarab Nak Hilangkan Bau Tandas Kucing . Biasalah, kalau ada si bulus ni dalam rumah, mesti akan ada bau hamis kucing. Dah guna macam-macam produk nak kurangkan bau. Masih ada juga baunya. Ada kata kan guna pasir tandas kucing yang mahal-mahal. Pun sama juga tidak berubah. Tapi Lembayung Cahya Rabbani ada petua murah dan mudah.
Saya nak berkongsi satu tips yang baru saya buat dua hari lepas. Tips ni bagi mereka yang bela kucing indoor. Masalah yang sering dihadapi adalah bau poo pee yang keluar daripada litterbox.
Kalau nak mengurangkan bau, perkara utama adalah kena rajin cuci litterbox setelah dua atau tiga kali penggunaan kucing kita. Hasilnya bau memang dah kurang, tapi sebolehnya kita nak kurangkan lagi hingga bau tu hampir tak ada langsung.
Caranya adalah dengan menggunakan arang. Tak perlu beli arang yang mahal-mahal pun, saya cuma guna arang yang dipakai untuk bakar-bakar lauk ja. Boleh beli kat kedai hardware, satu paket besar sekitar RM4 ke RM6 ja (ikut lokasi masing-masing). Saya potong separuh botol air bikabonat terpakai (lagi besar bekas lagi bagus), tebuk lubang bagi banyak-banyak macam dalam gambar tu, pastu masukkan arang bagi penuh & tutup atasnya dengan kain kasa pembalut luka (boleh ja guna tisu atau kain biasa).
Selepas siap buat semua tu, boleh la gantung atau letak tepi sangkar betul-betul dekat dengan litterbox. Bagi kucing yang tak duduk dalam sangkar, boleh letak tepi litterbox kucing anda.
Saya dah cuba selama dua hari. Memang berkesan.. Sebelum ni ada sikit2 bau daripada litterbox kucing saya, tapi sekarang ni dah kurang sangat. Cara ni jugak boleh guna untuk letak dalam kereta atau dalam bilik. Kalau dalam bilik punya saya isi arang tu dalam balang besar. Cara penghasilannya sama juga, cuma saiz bekas ja lebih besar. Kalau rajin, hias la sikit bekas tu ikut kreativiti masing2.
Selamat mencuba 😁
*kucing saya ni dlm proses pemantauan lagi selepas rawatan sakit batu karang. Dah masuk bulan kedua dia duduk dalam sangkar. Dua tiga jam sekali dia akan dikurung untuk makan minum & guna litterbox.
Cara Mudah, Murah Dan Mujarab Nak Hilangkan Bau Tandas Kucing
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.