DIY

Cara Mudah Bersihkan Kotoran Permukaan Tilam, Basmi Kuman & Hilangkan Bau Hapak!

Share

Cara Mudah Bersihkan Kotoran Permukaan Tilam, Basmi Kuman & Hilangkan Bau Hapak! Tilam yang lama digunakan biasanya akan ada kesan kotoran mahupun kekuningan pada permukaannya. Cara yang selalu digunakan, cuci dengan air sabun, angkat tilam dan jemur sekejap di luar rumah, supaya kena panas cahaya matahari. Ini kerana jika dibiarkan kering begitu, tilam akan berbau busuk dan kepam pula.

Sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan berkesan yang boleh digunakan untuk membersihkan kotoran yang ada pada permukaan tilam ini. Tak perlu susah-susah nak angkat dan jemur tilam di luar rumah. Tekniknya hanya bersihkan menggunakan tudung periuk dan campuran beberapa bahan pencuci. Hasilnya memang berkesan, permukaan tilam kembali bersih seperti baru, bebas kuman dan berbau wangi.

Bahan-Bahan:

1 bekas besar
1 cawan pencuci lantai
1 cawan sabun pakaian
1 cawan pelembut pakaian
1 sudu besar soda bikarbonat
1 helai tuala
Penutup Periuk

Cara Membuat:

1. Sediakan satu bekas besar.
2. Tuang satu cawan pencuci lantai bersama satu cawan sabun cuci pakaian jenis cecair.


3. Tambahkan juga satu cawan pelembut pakaian supaya bau harum.


4. Masukkan satu sudu besar soda bikarbonat dan gaul sebati.


5. Ambil tuala bersih dan celup ke dalam bancuhan tadi.


6. Kemudian balut tuala tadi pada penutup periuk yang mempunyai tangkai dan gosokkan pada kawasan tilam yang kotor.


7. Ulang langkah 5 dan 6 beberapa kali sehingga kesan kotor tidak kelihatan.


8. Bila sudah bersih, buka kipas dan tingkap rumah untuk memudahkan permukaan tilam kering.

Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.

Mesti Baca:5 Langkah Mudah Ini Mampu Hilangkan Kesan “Peta” Pada Tilam Dan Bantal Anda!
Baca Lagi Di Sini:Cara Hilangkan Tompokan ‘Peta’ & Bau Busuk, BANTAL Bersih Macam Baru!


Artikel Menarik: Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!

IMPIANA: Jadi jika ingin bersihkan kotoran dan hilangkan bau hapak pada tilam boleh ikut cara mudah yang dikongsikan ini. Tak perlu angkat tilam berat dan jemur kan kalau kotoran hanya sedikit sahaja!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN