Cara Mudah Bersihkan Bulu Haiwan Peliharaan Yang Melekat Pada Karpet

Share

Memiliki lantai yang beralaskan karpet memang mempunyai banyak kelebihan. Ia berupaya memberi keselesaan kepada kaki, malah dekorasi kediaman kelihatan mewah. Cuma satu hal yang paling tidak digemari adalah karpet menjadi tempat perangkap habuk. Habuk tak apa lagi, boleh vakum. tapi rambut atau lebih-lebih lagi bulu haiwan peliharaan adakalanya sukar dibersihkan oleh vakum.

Artikel berkaitan: Guna Karpet 3D Viral Untuk Hias Dinding Kosong, Tapi Hasilnya Memang Terbaik

Sebenarnya, ada cara mudah dan tak memerlukan kos yang tinggu untuk penyelesaian masalah ini. Ini bahan-bahan yang perlu anda sediakan:

Botol semburan
Pelembut pakaian
Air
Berus rambut

1. Bancuhkan Beberapa titik pelembut pakaian bersama air di dalam botol semburan
2. Sembur campuran air pelembut pakaian tadi pada permukaan karpet yang hendak di buang bulu atau rambut. Sembur sikit demi sedikit
3. gunakan berus rambut dan cuba berus permukaan karpet tadi.

Ulang langkah yang sama jika perlu. Untuk lebih mudah, gunakan berus rambut yang mempunyai pemegang lebih panjang untuk keselesaan

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Impiana