Pokok ros amat mudah di biakkan melalui keratan batanag. Melalui proses pembiakakn ini juga, ia dapat menjamin tanaman pokok ros yang di hasilkan adalah dari baka yang terbaik. Baru-baru ini, salah seorang ahli dari group Rose Club For Home Garden berkongsi salah satu cara mudah pembiakkan ros melalui keratan batang.
1. Pilih keratan dari batang yang sihat dan bunganya telah layu. Buangkan bunganya dan tinggalkan 2-3 helai daun pada batang. Pastikan keratan batang yang telah dipilih dipotong secara serong.
Tip: Kebiasaanya, ada orang akan rendam keratan batang ke dalam air rendaman kulit bawang ataupun baja AB untuk memastikan pertumbuhan akar yang cepat
2. Sediakan satu biji botol plastik terpakai yang telah dipotong bahagian kepalanya sebagai perlindung atau rumah hijau untuk semaian. Kalau tak ada botol, pakai plastik lutsinar pun sudah memadai.
Ads
3. Untuk medium tanaman, boleh gunakan apa juga jenis. Namun, yang paling sesuai adalah dari jenis 6 dalam 1 yang banyak terdapat di pasaran
4. Basahkan medium tanaman yang telah diisi di dalam bekas semaian. Buatkan lubang sekurang-kurangnya 2 inci dalam dengan menggunkan jadi pada medium yan telah basah dan tanam keratan.
Ads
5. Tutup semaian keratan dengan botol yang telah di sediakan tadi dan tidak perlu disiram lagi.
6. Letakkan semaian di bawah teduhan dan elakkan ia dari terkena hujan dan tak perlu di alih-alihkan lagi. Dalam tempoh 2 minggu, keratan batang akan mula mengeluarkan pucuk baru. Ini bermakna semaian anda berjaya
Ads
7. Biarkan tanaman dalam rumah hijau mini tersebut untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 bulan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
IMPIANA bawakan tip memilih barang dekor yang perlu ada di ruang tamu anda. Ruang tamu adalah ruang yang paling utama dalam rumah, ruang ni kalau tak cantik dan salah hias tiada seri la rumah tu. Pemilihan perabot dan perhiasan lain memang la sangat penting. Bukan boleh main letak sahaja. Ruang tamu adalah satu tempat yang sangat penting, sebab tempat itulah yang akan kita lalu dulu bila masuk dalam rumah.
Kalau tiba-tiba ada tetamu telefon nak datang mengejut pun, ruang ni jugalah yang kita akan cepat-cepat kemas dulu. Bilik lain sepah tak apa, tapi jangan sesekali ruang tamu!
Jadi, macam mana caranya untuk memilih dekorasi ruang tamu yang sesuai untuk rumah? Kalau boleh, biarlah semua hiasan dalaman ruang tamu tu tak nampak berserabut dan senang untuk dikemas.
Untuk membantu anda supaya tak perlu pening lagi, IMPIANA sajikan tip memilih barang dekor untuk ruang tamu anda.
1) Sofa
Kalau ada ruang yang besar dan bajet lebih, boleh gabungkan 2 atau 3 jenis sofa supaya ruang tamu nampak lagi menyerlah. Boleh pilih jenis dan material yang berbeza untuk memberikan keunikan pada ruang tamu. Untuk cantikkan lagi sofa, anda harus membeli kain penutup dan/atau bantal sofa yang sepadan (sama ada dalam teksturnya ataupun warna).
2) Lampu Siling/Berdiri
Jika ruang tamu kecil, 1 lampu dah cukup untuk menerangi ruangan tersebut. Namun, jika siling di ruang itu agak tinggi, pilihlah beberapa jenis lampu yang lebih besar. Ada meja tepi sofa yang kosong tapi tak berapa minat untuk menggunakan bunga sebagai dekorasi? Letakkan lampu di situ sebagai ganti.
3) Kipas
Kalau rasa kipas biasa membosankan dan tak sesuai dengan dekorasi rumah – boleh cari yang mempunyai bentuk (seperti 2 bilah saja!) dan warna unik.
Tentukan dulu saiz serta jumlah bilah kipas siling yang diperlukan, kerana pilihan yang salah tak akan memberikan aliran udara yang betul.
4) Meja Kopi
Untuk memastikan deko ruang tamu anda ni selesa, pilihlah meja kopi dengan ketinggian yang sama dengan bantal di sofa, atau satu hingga dua inci lebih rendah.
Nak menyesuaikan meja kopi dengan ruang tamu? Lihatlah pada sofa yang anda miliki. Contohnya: Kalau sofa mempunyai kaki yang kurus tinggi, dapatkan meja yang rapat ke lantai atau mempunyai kaki yang lebih pendek.
5) Kabinet TV
Sebelum membeli kabinet TV, anda kena pastikan dulu ketinggian skrin TV yang selesa apabila duduk di ruang tamu.
Penting juga untuk anda ambil kira bentuk ruang tamu, supaya kabinet yang dipilih mempunyai bentuk dan fungsi yang praktikal, serta padan dengan warna perabot lain di ruang tamu.
6) Cermin
Boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, seperti membuatkan bilik nampak lebih luas, menambah pencahayaan, menonjolkan barang sedia ada dan meletakkan di tempat yang mencerminkan pandangan yang anda suka. Tiga perkara penting yang harus anda perhatikan ketika memilih cermin adalah saiz ukuran, bentuk, dan gaya.
7) Karya Seni
Ketika memilih karya seni, lebih besar saiznya, lebih baik. Contohnya, untuk ruang dinding di atas sofa, karya seni perlu bersaiz kira-kira 2/3 daripada lebar sofa atau lebih besar. Sekiranya mempunyai lukisan atau cetakan yang anda gemari tetapi ukurannya terlalu kecil, anda boleh membingkainya dengan bahan yang sangat besar untuk meningkatkan kesan visualnya.
Walau apa pun yang anda pilih sebagai dekorasi ruang tamu anda, pastikan setiap hiasan dalaman yang dibeli adalah apa yang anda suka. Jangan sesekali memilih barangan atau perabot hanya kerana ingin mengikut jiran sebelah atau bertanding dengan orang lain. Dengan itu, anda pun akan berasa puas hati dan gembira apabila melihat ruang tamu anda lengkap dihias!
Jika ada lebihan paip PVC dirumah, bolehlah pembaca IMPIANA cuba DIY menarik ini. Tempat menggantung tuala ataupun sejadah ini sangat mudah dibuat dan tidak memakan belanja yang banyak. Boleh jimat!
Hasil idea dari seorang bapa yang kreatif dan handy ini telah dikongsi dalam laman Facebooknya. Encik Azrin memberitahu, sebelum ini anak-anak hanya menggantung tuala di belakang pintu. Dan dalam keadaan lembab, menyebabkan pertumbuhan tahi lalat pada tuala kerana lambat kering.
Walaupun DIY kali ini yang didedikasikan untuk anak-anak beliau, IMPIANA amat tertarik dengan kreativiti dan hasilnya jadi kami kongsikan dengan para pembaca. Selamat mencuba!
Projek DIY hujung minggu buat rak sidai tuala. Sebelum ini penyidai tuala terlalu tinggi anak-anak tak sampai.
Jadi mereka sidai asal boleh jer dengan gantung tuala di pintu.
Kesannya pintu berkulat dan tuala mempunyai kesan tompok-tompok belapuk sebab tidak mendapat pengudaran yang baik dan tuala lambat kering.
Pada 3 gambar akhir ada bonus diberikan untuk versi rak sidai tuala yang telah upgrade supaya lebih kukuh.
AzrinRos Lepas ini tuala tidak belapuk lagi.
Reka bentuk hanger ada unsur estatik
Ukuran saiz paip untuk buat rak dari paip PVC
Bahagian A
Pasang Elbow dan T join pada paip 29″
Bahagian B
Pasang Elbow pada T joint dengan menyambungnya dengan paip 1″
Bahagian C
Pasang T join paip 9″ dan paip 29″ untuk kaki rak. Kemudian pasang 4 tiang paip 35″
Bahagian akhir dengan mencantumkan semua bahagian.
Camtumkan semua bahagian dengan bahagian A + B + C
Rak sidai towel upgrade version. Penambah baikan untuk mengurangkan tekanan pada kaki rak
Tambah T join pada kaki rak untuk mengurangkan tekanan beban.
Pasang palang pada kaki rak untuk kukuh dengan pasang T join dan paip 29″
Ramai yang bertanya samada rak sidai dari PVC ini kukuh atau tidak?
Bergantung kepada beban dan ketebalan paip PVC yang digunakan.
Rak penyidai ini masih baik sehingga hari ini. Saya guna untuk kering dan anginkan tuala basah.
Mewah betul dekorasi rumah Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Macam Hotel Lima Bintang. Segenap ruang dihias indah. Awal dan Acha ternyata cukup bijak memilih jenis perabot, susun atur dan warna kediaman mereka mengikut tema yang dipilih.
Awal Ashaari yang merupakan seorang pelakon dan hos pernah berkongsi koleksi foto ber’OOTD’ mereka sekeluarga. Awal juga ada berkongsi video memaparkan dekorasi rumahnya yang dihias cantik dengan warna putih melatari segenap ruang rumah.
Kelihatan juga perabot-perabot berjenama mewah, chandelier, pasu dan gubahan bunga-bungaan. Pencahayaan di segenap ruang rumah menjadikan suasana kediaman seperti di hotel bertaraf lima bintang.
Dekorasi kediaman pasangan ini adalah hasil ilham mereka bersama. Jom kita jamu mata tengok dekorasi rumah pasangan yang terkenal dengan jolokan ‘ikon fesyen’ ini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.