Tanaman jenis citrus seperti pokok limau kasturi, lemon dan limau purut antara jenis tanaman yang boleh dibiakkan melalui biji benih namun memakan masa yang lama untuk berbuah. Paling mudah tanaman ini dibiakkan melalui kaedah keratan batang. Tak perlu beli anak pokok lagi jika telah mempunyai sebatang pokok limau dewasa.
Boleh ikut cara mudah yang dikongsikan oleh Sara Saad ini.
CARA BIAK – Pokok limau kasturi, pokok limau nipis, pokok lemon dan sewaktu dengannya melalui keratan batang.
1. Potong ranting yang agak matang dari pokok induk yang dah berbuah.
2. Cucuk saja pada tanah dan siram (tak perlu penggalak akar pun, tapi kalau ada boleh saja, lekeh sangat tonyoh dengan belacan saja kat batang bawah tu).
3.Kalau guna top soil tambah 1/2 pasir lagi.
Ads
4.Kalau naik pucuk baru tanda akar tu dah keluar. Dia jadi cam bare root. Basuh lembut-lembut akar, kemudian tanam ke polibag atau pasu.
5.Untuk lemon cuttings boleh terus cucuk dalam tanah, tak payah buat apa-apa. Siram cukup air setiap hari, lepas sebulan akan lihat daun baru keluar.
Adakah anda tahu bahawa rumput liar yang tumbuh di sekitar rumah boleh dijadikan baja organik yang sangat bermanfaat untuk tanaman?
Selain mesra alam, kaedah ini juga menjimatkan kos kerana anda tidak perlu membeli baja kimia yang mahal. rumput liar yang sering dianggap sebagai masalah boleh bertukar menjadi sumber nutrien berharga untuk tanah dan tumbuhan.
Buat sendiri baja subur dari rumput & daun kering
Cara buat baja cecair ini saya belajar dari kaedah JADAM from Korea. Setakat ini, inilah baja utama yang saya pakai kerap di samping sekali sekala letak baja tinja kambing.
Hasilnya Alhamdulillah sangat subur. Dengan izin Allah SWT. Kosnya hampir RM0. Hanya kos beli tong saja, kalau pakai tong sedia ada, kira zero cost.
Sedia 3 bahan mudah ini saja
Bagi menyediakan baja ini hanya perlukan 3 bahan saja; 1. Air hujan
Kalau tiada guna air paip pun boleh tapi biarkan dalam 3-4 hari dulu sebelum buat baja. 2. Leaf mold
Cari mana-mana pokok besar, bawah pokok ada banyak daun kering gugur, lagi tebal daun kering terkumpul situ, lagi bagus. Cari satu spot, tolak daun-daun kering ke tepi. Akan nampak ada satu lapisan tanah yang warna gelap kehitaman. Ambil dalam dua genggam tanah gelap, itulah namanya Leaf Mold. 3. Rumput liar
Ambil rumput liar yang ada sekitar rumah atau mana-mana (apa jenis rumput liar pun tak mengapa).
Cara membuat
1. Ambil satu tong, jenis tong terpulang janji ada penutup. Tong cat besar pun boleh.
2. Penuhkan 2/3 dari tong dengan rumput liar tadi. Padatkan ke dalam tong.
3. Penuhkan tong dengan air hujan tadi sampai penuh ke atas dan tutup semua rumput liar.
4. Masukkan dua genggam Leaf Mold tadi dalam tong, biar tanah itu tenggelam dalam air.
5. Tutup dan biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu dalam tong.
6. Lepas 2 minggu, boleh mula pakai. Lagi lama peram, baja ini akan lagi ‘kaw’. Nak peram setahun pun takda masalah.
Awal-awal lepas peram, air baja ni memang busuk macam bau lepas banjir, tapi makin lama, bau dia akan makin kurang.
Cara penggunaan
Ratio penggunaan dia adalah 1:100. Maksudnya, setiap 1000 ml air, letak 10 ml air baja ini. Kacau sebati.
– Boleh siram pada apa-apa pokok seminggu sekali.
– Nak spray secara foliar pada daun pun boleh, tapi tapis dulu air baja supaya spray tak tersumbat.
Kalau rasa 1:100 tak cukup padu, boleh pekatkan lagi hingga 1:50 (1000 ml air, 20 ml air baja). Tapi mula dengan 1:100 dulu. Baru tambah kalau perlu.
Apabila baja ini hampir habis dan nak tambah, cuma tambah lagi segenggam leaf mold dalam tong yang sama. Penuhkan semula rumput liar dan air hujan, itu saja.
Kos untuk buat baja ini rasanya pada tong saja, lain-lain semua barang dari sekeliling kita saja. Bayangkan dengan baja sepenuh tong biru besar, pakai pula berapa ML je setiap kali pakai dan pokok memang subur insya-Allah, berapa lama dapat jimat kos baja?
Siapa sangka rupanya dengan menggunakan air rendaman kulit bawang berkesan untuk mengelakkan serangan serangga perosak tanaman. Hanya perlu sembur air rendaman ini pada tanaman, malah lebih organik kerana menggunakan sisa bahan dapur sahaja. Jimat kos.
Perkongsian daripada Liyana Mohd Poad ini boleh dijadikan panduan.
Ni satu lagi petua nak elak semut, ulat beluncas, kutu thrip,bena putih dan lalat. Cara saya bagi dekat bawah. Dah tiga hari guna, puas hati rasanya.Semut kecik dan semut hitam dah tak ada.
Bahan DiPerlukan:
Kulit Bawang
Bekas
Air Secukupnya
Botol Kosong 1.5liter
Botol Kosong 500ml
Cara Membuat:
1. Kupas kulit bawang merah dan bawang holland.Kulit bawang putih pun boleh.Kumpulkan semua kulit bawang dalam satu bekas.
2. Kulit kulit bawang rendam sekejap aje dalam beberapa minit.
3. Kemudian,isi air penuh dalam bekas kulit bawang tadi dan tutup bekasnya.
4. Simpan dua hari di bawah sinki dapur. Selepas dua hari, tapis airnya dan masukkan dalam botol 1.5L iaitu botol minuman yang besar sekali,contoh botol jus oren twister.Tambah air paip bagi penuh.
5. Masukkan dalam botol spray 500ml separuh dan tambah air. Lepas tu spray pada pokok yang bermasalah setiap pagi dan petang selang sehari.InshaAllah masalah tanaman akan berkurangan.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.
IMPIANA: Menarik juga petua yang dikongsikan ini. Guna air rendaman kulit bawang sahaja berkesan untuk elakkan kehadiran serangga perosak tanaman. Boleh cuba nanti.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.