Tip Cuci Rumah SUPER MUDAH & Murah Tanpa Bahan Kimia Untuk Kediaman

Share

Rutin mencuci dan mengemas rumah sememangnya perlu dilakukan secara mingguan. Sekali culas, tugasan jadi berganda dan lebih membeban. Dalam mencucui dan mengemas kediaman sudah pasti keperluan lain perlu tersedia untuk memudahkan kerja. Sebab itu, ramai yang sanggup berhabis duit untuk membeli peralatan termasuklah berus, penyapu, sabun dan sebagainya yang mahal.

Hakikatnya, anda boleh jimat dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang murah dan mudah. Berikut tip-tip mencuci dan mengemas rumah SUPER MUDAH dan MURAH dengan hanya menggunkan bahan dapur yang sangat membantu anda

ELAK HABUK MELAKAT PADA PERABOT

Lap perabot dengan semburan pelembut pakaian. Campurkan 1 bahagian pelembut pakaian ke dalam 10 bahagian air bersih dan letakkan di dalam botol semburan. Goncang perlahan jangan sampai berbuih dan sedia untuk digunakan. Pastikan semburan pada permukaan perabot kering sepenuhnya setiap kali digunakan

KILATKAN PERMUKAAN JUBIN

Tidak kiralah sama ada pada permukaan counter top atau lantai, untuk pastikan ia sentiasa kelihatan bersih dan berkilat mop kan dengan bancuhan air panas dan cuka

PENYEGAR UDARA TAHAN LAMA

Campurkan 1 bahagian cuka dan satu bahagian pelembut pakaian di dalam botol penyembur. Goncang dan semburkan pada fabrik di rumah seperti langsir dan sofa. Aroma wangi tahan lebih lama

PENYEGAR TANDAS

Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu kecil cuka + 1 cawan air di dalam botol semburan. Setiap kali selepas digunakan, semburkan campuran air ini di sekeliling tandas untuk menghilangkan aroma tidak menyenangkan yang tererangkap

WANGIKAN PETI SEJUK

Cuci peti sejuk seminggu sekali. Keluarkan semua bahan, dan bersihkan. Langkah terakhir, titiskan sedikit asen vanilla di atas kain bersih dan lap keseluruhan permukaan dalam peti sejuk. Tutup dan biarkan 30 minit sebelum masukkan semula barang untuk disimpan

HILANGKAN DAKI DAN KOTORAN DEGIL DALAM SINKI

Potong dua sebiji lemon dan sental permukaan sinki dengan lemon tersebut. Jika terdapat kotoran degil, campurkan jus lemon dengan garam menjadi pes. Sental kotoran yang degil tadi dengan menggunakan berus gigi dan pes lemon kemudian bilas sehingga bersih dengan air panas

Published by
Impiana