Cara Mudah, Cepat Dan Jimat Makeover Bilik, Ini Senarai Lengkap Barang Yang Anda Perlukan

Share

Perkongsian demi perkongsian rakaan-rakan IMPIANA makeover bilik air dengan hanya menggunakan cat sahaja. Tapi kebanyakannya memilih warna hitam pada bahagian lantai. Kali ini, IMPIANA kongsikan hasil makeover Anis Zaid

.

Projek mencantikkan rumah dengan bajet yang berpatutan. Projek akeover washroom. Kami buat based on recommend Nippon tau dan berdasarkan orang yang pernah buat jugak. So mmg boleh buat la kiranya. Bukan buat ikut suka je. Haha. Projek dia ambil masa berhari-hari jugak sebab nak tunggu kering cat. Barang-barang boleh cari dekat kedai jual cat.


Barang-barang yang diperlukan:
– Cat Nippon Tile Primer 3L (dia akan sekali dgn hardener) RM165
– Cat Nippon EA4 White 5L (sekali dengan hardener jugak) RM175
– Cat Nippon EA4 Grey 1L (plus hardener) RM47
– Filler
– Berus cat masking tape biru dll (bgtau org kedai nk berus n roller untuk epoxy paint)


Cara-cara dia:
Hari 1- Basuh dan sental toilet guna clorox. Biar tandas betul-betul kering. dah kering barulah letak filler dekat lubang yang ada dekat tiles. tunggu filler kering

Hari 2-Sapu habuk dan debu sebelum cat. Cat Tile Primer untuk lapisan pertama. 3L tu sebenarnya boleh guna untuk 2 tandas sebab yang ni buat selapis je. Memandangkan memang nak cat dua tandas, kuantiti cat ni mencukupi. Biarkan cat kering sehari.

Hari 3- tunggu Primer kering

 

Hari 4- Cat EA4 putih lapisan pertama. Cat ni kena buat 2 lapis. So kalau nk buat putih, buat 2 lapis putih. Kalau macam kami, dinding putih, lantai kelabu. Jadi dinding kami cat 2 lapis putih. Lantai selapis putih. Nak buat corak pun boleh. Boleh cari la idea dekat pinterest. Biar cat kering.

Hari 5- tunggu 1st layer EA4 kering

Hari 6-cat 2nd Layer EA4 Putih lagi sekali bagi dia betul-betul putih dan tak nampak corak atau warna tile lama. tunggu sampai kering

Hari 7- Tunggu lapisan ke-2 cat betul-betul kering. (the best 1 hari) tapi sebab semalam kami start cat pagi so kami terus cat EA4 kelabu. (padahal excited sangat and tak sabar..haha) dah rasa kering terus cat EA4 kelabu selapis. lepas tu tunggu kering lagi (kena banyak bersabar menunggu)

 


Hari 8- SIAP!!

Oh lupa. Thank you Nippon for the advise n Arif Sukarno tolong cat. Saya tolong sikit2 je.

*tile primer dan EA4 white ni boleh guna untuk 2 toilet. satu toilet ni kami guna separuh je. toilet lagi satu belum start lagi. hehe

Published by
Impiana