
Saat tengah seterika baju, tiba-tiba terbakar. Mesti anda gelabahkan. Bukan sekadar pening memikirkan baju yang dah berlubang, kesan yang melekat pada seterika pun boleh jadi hangus dan menjejaskan pakaian lain.
Kesan hitam pada tapak seterika disebabkan oleh fabrik yang terbakar memang sudah menjadi kebiasaan. Disebabkan oleh lapisan hitam ini juga ia berpotensi meninggalkan kesan pada pakaian lain. Ada juga akan mengakibatkan pemanasan tidak sekata pada tapak seterika.
Langkah mudah adalah beli sahaja seterika baru. EH! nanti dulu. Kotoran je, bukan tak boleh dibersihkan. Seterika masih elok dan boleh digunakan. Terdapat pelbagai cara untuk mencuci atau menanggalkan kesan terbakar pada tapak seterika. Namun kali ini, Impiana nak tunjuk cara paling mudah dan murah iaitu hanya dengan menggunakan garam.
Bahan-bahan:
3 sudu Garam (tak halus dan tak kasar)
2 keping surat khabar
Cara-cara:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya
2. Panaskan seterika pada suhu yang paling panas
3. Gosok seterika pada garam berulang kali sehingga semua kesan hangus tertanggal dan permukaan seterika berkilat
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bil Elektrik Lebih RM250 Sebulan, SOLAR PANEL Sangat Sesuai Dipasang

Isi Kandungan
ToggleIsu bil elektrik yang ketika ini didakwa melambung tinggi dek cukai perkhidmatan yang dikenakan baru-baru ini antara keluhan disuarakan masyarakat di media sosial. Malah, ditambah dengan cuaca panas berbahang dikatakan punca utama bil elektrik melambung disebabkan penggunaan penyaman udara dalam tempoh lama.
Salah satu altenatif penjimatan bil elektrik ini ialah dengan pertimbangkan penggunakan sistem solar panel di rumah. Harganya mungkin besar tapi dalam jangka masa panjang memang menjimatkan kos.
Dikongsi oleh Peter Wong ini pengalaman beliau menggunakan solar panel yang mungkin jadi rujukan dan pengetahuan kita.
Sharing pengalaman guna solar panel
Sekadar sharing pengalaman pakai Solar panel saya. Saya pakai solar 10 panels. 8 menghala ke timur, 2 menghala ke barat. Panels top tier 1 jenama Qcells dan Inverter Hoymiles. Kos beli solar RM 20,000 untuk saiz 4.7kwp. Setiap bulan boleh potong bil letrik lebih kurang.
Kalau harga letrik tetap sama, agak-agak dalam 6 tahun dapat balik modal. Kalau harga letrik meningkat lepas ni, boleh dapat balik modal lebih awal.
Solar tu saya bayar ansuran 36 bulan. Downpayment dah bayar RM5500. Baki RM14,500 bahagi 36 bulan 0% interest. Setiap bulan bayar RM402.77. Tapi bil letrik sudah kurang RM280 setiap bulan.
Kadang kala bil boleh sampai negatif
Kontra balik dengan bil solar jadi setiap bulan cuma bayar RM100+ untuk letrik. Itu pun 3 tahun je. Lepas 3 tahun tak payah bayar apa-apa langsung. Cuma menikmati elektrik percuma RM280 setiap bulan. Kadang kala bil boleh sampai negatif pasal penggunaan kurang dari RM280 pada bulan tersebut.
Bagi saya rasa sangat berbaloi beli solar. Warranty inverter 10 tahun. Warranty solar panel 25 tahun.
Syor kalau rumah bil elektrik RM250 ke atas
Saya syorkan kepada sesiapa yang duduk rumah taman/kampung yang guna letrik sekurangnya RM250 ke atas. Kalau bil letrik cuma RM100-RM200 macam tak berbaloi pasal kena tunggu masa lama untuk dapat balik modal pemasangan solar.
Setiap 6 bulan sekali saya naik atas bumbung (saya ada cara naik ke bumbung melalui airwell) bawa paip air dan extendable pole dengan sponge untuk lap permukaan solar panel. Pakai air dan sabun pinggan saja.
INFO
Setiap tahun kos untuk pemasangan solar kian menurun dan terkini saya nampak ada pakej pemasangan saiz lebih kurang sama dengan saya cuma harga RM18k!! ROI lebih cepat dan harga pemasangan lebih rendah dari saya!
INFO TAMBAHAN
Tiada bateri maintenance diperlukan. Saya ingin menambah info ini kerana kerap dapat soalan bertanya tentang maintenance bateri. Saya pakai sistem on-grid dengan TNB.
Jadi semua elektrik dijana akan dibeli oleh TNB pada kadar 1 untuk 1. E.g. jika TNB caj RM0.516 setiap kWh, saya juga jual balik kepada TNB pada kadar Rm0.516. Di bawah program subsidi solar NEM 3.0, saya sudah sain kontrak dengan TNB dan TNB sudah lock-in untuk beli 100% elektrik yang dijana oleh solar panel saya selama 10 tahun.
INFO : Penggunaan tenaga solar sangatlah digalakkan kerana ia lebih mesra alam, bersih serta merupakan sumber tenaga alternatif yang tidak mencemarkan alam sekitar. Pemasangan panel solar adalah cara terbaik untuk rakyat menjana tenaga elektrik sendiri sekali gus menjimatkan wang.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Peter Wong
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ruangan Dalam Kecil Tapi Designya Seperti Banglo? Mustahil! Anda Pasti Terkejut Dengan Pangsapuri Ini!

Kita tahu, jika duduk di pangsapuri, mesti susah nak dapat dalamannya yang lawa-lawa. Tetapi jangan risau, dengan adanya pereka design dari NU INFINITY, anda pasti akan dapat jumpa rumah di pangsapuri dengan design-design yang lawa dan selesa. Sebagai contoh, The Ethereal ini. Keluasan dalamnya tidaklah besar mana tapi NU INFINITY mampu untuk mengubahnya menjadi satu rumah yang seperti banglo mewah dalamannya.
Pangsapuri yang berukuran keluasan 1,300 kaki persegi ini, mempunyai 2 bilik tidur di tengah-tengah Bukit Bintang ini melambangkan konsep kemewahan dan kelas. Siapa sangka, pangsapuri yang anda lihat seperti di luar negara, sebenarnya hanya di Malaysia sahaja. Haaa, jangan main-main. Ingat orang Malaysia tak mampu ke buat rumah macam ini. Hahahaha. Seterusnya, Ruang tamu dan ruang makan dahulunya dibelah 50/50, yang membuatkan ruang tamu kelihatan sempit. Kami meletakkan meja makan di sebelah pulau dapur, bersama-sama dengan gerbang luar biasa yang diperbuat daripada cermin hitam, untuk mencipta titik fokus yang indah. Almari pakaian paparan terapung dicipta untuk mencapai ketelusan visual di dalam bilik tidur. Untuk mencipta suasana yang menyenangkan dan canggih, warna dinding kemuncak dipilih. Garisan cat yang diserlahkan diletakkan pada ketinggian ini untuk memberikan kawasan kesan visual yang lebih besar pada paras mata.
Selain dari itu, ketinggian rumah ini, lagi menambahkan kemegahan rumah di pangsapuri ini, kerana jikalau berada di tingkat bawah, kita akan banyak melihat kereta dan boleh menyebabkan pencemaran bunyi. Tapi tidak bagi rumah ini, kerana rumah ini berada di tingkat atas dan orang yang duduk di rumah itu, akan berasa lebih tenang dengan keindahan permandangannya dari aras tinggi.
Jadi, sesiapa yang gemar dengan tempat yang tinggi dan suka keadaan yang sunyi atau inginkan privasi, The Ethereal dari NU INFINITY ini lah, sesuai untuk dimiliki.
Sumber: NU INFINITY Sdn Bhd (https://nuinfinity.com/project/the-ethereal/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dekorasi Apartment Luas 527 Kaki Persegi, Pemilik Kediaman Kongsi Idea Hias Rumah ‘Sempit’

Dekorasi apartment luas 527 kaki persegi, pemilik kediaman kongsi idea hias rumah ‘sempit.’ Saiz rumah yang semakin hari semakin kecil menyebabkan ruang di dalam rumah perlu digunakan semaksimum mungkin.
Bagaimanapun keluasan yang terhad bukanlah halangan untuk mereka yang memiliki kediaman seperti flat dan apartment untuk menghias kediaman. Perlu ada perancangan untuk menghias kediaman terutama dari segi pemilihan perabot, cat, hiasan dan sebagainya.
Kediaman yang dimiliki oleh Sharul Ejump ini hanya berkeluasan 527 kaki persegi (sqft). Ada satu bilik dan satu bilik air berasingan. Apabila ruang kediaman terhad makan pemilik kediaman perlu kreatif bermain dengan pencahayaan dan susun atur perabot yang ada.
Bagi menampakkan ruang lebih tinggi, langsir dipasang tinggi terus ke siling. Pencahayaan lampu tidur yang ‘warm’ membuatkan ruangan nampak santai dan cozy. Sesuai untuk bersantai-santai sambil menonton televisyen.
Bahagian dinding pula dikekalkan dengan warna putih. Warna putih memberikan efek yang lebih luas. Perletakan cermin pada bahagian dinding juga memberikan biasan ruang yang lebih luas. Ruangan yard yang sepatutnya digunakan sebagai ruangan laundry diubah sebagai ruangan dapur basah (wet kitchen).
Untuk bilik pula, cadar warna putih digunakan. Tujuannya sama, mahu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Pemilik kediaman hanya bermain dengan warna langsir dan karpet sebagai medium dekorasi untuk bilik tidur.
Walaupun rumah ini hanya dijadikan homestay namun soal dekorasi kediaman ini tidak diabaikan. Tujuannya supaya mereka yang menginap di homestay miliknya itu berasa selesa.
Sumber: Sharul Ejump
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI