“Twinkle, twinkle, little star, how I wonder what you are, up above the world so high, like a diamond in the sky..” Jom hasilkan diy bantal bintang ini, ia amat sesuai dijadikan sebagai dekorasi di dalam bilik si kecil, bilik bacaan atau di hias di ruang tamu. Lebih besar saiz bintang lebih menarik hasilnya.
Anda Perlukan:
Fabrik cotton
Gunting
Pola bentuk bintang
Pen
Jarum menjahit
Jarum peniti
Benang
Loose polyester fiberfill
+Kos/Masa: RM20 / 1 Jam
Ambil fabrik cotton dan lipat dua secara terbalik. Lukiskan pola bentuk bintang di atas fabrik.
2. Pinkan kedua-dua lapis fabrik dengan jarum peniti supaya fabrik tidak bergerak ketika digunting.
3. Gunting mengikut bentuk dengan menganggar jarak sebanyak 1 cm sebagai basi jahitan. Bintang yang telah siap digunting.
Ads
4. Garisan yang dilukis tadi akan dijadikan panduan semasa menjahit nanti. Ini akan memudahkan proses menjahit.
5. Jahit sekeliling fabrik dengan jahitan lurus. Jahit mengikut garisan yang dilukis. Tinggalkan jarak sebanyak 10sm tanpa perlu dijahit sebagai ruang untuk diisi dengan loose polyester fiberfill. Nota: Gunting disetiap lekuk basi fabrik dengan bentuk V untuk memastikan bentuk bintang terhasil dengan cantik.
6. Terbalikkan fabrik dan kemaskan. Bentuk bintang akan elok kelihatan.
8. Jahit bahagian yang terbuka dengan jahitan sembat atau jahitan sorok.
Ads
9. Bantal bintang sudah pun siap.
TIP IMPIANA
Anda boleh jadikan bantal bintang ini sebagai arca mobil, di mana anda hanya perlu hasilkan lebih banyak bantal bintang ini dengan saiz yang kecil dan gantungkan ia di bilik tidur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dari padi, jadinya beras. Sudah dimasak panggilnya nasi. Nasi, makanan ruji masyarakat Asia. Selain memenuhi keperluan dan sumber utama makanan, beras ni pun ada kegunaan lain seperti sebagai ramuan dalam produk kesihatan dan kecantikan dan sebagainya.
Memandangkan beras mempunyai keupayaan menyerap kelembapan, ia juga sesuai dijadikan penyegar udara untuk almari anda. Ini bermakna kegunaan beras yang juga boleh dikatakan bijak adalah untuk mengharumkan almari yang berbau kepam.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras
20 titis minyak pati aroma kegemaran anda (lavender, pappermint, orange dan sebagainya)
CARA-CARA:
Campurkan kesuma bahan dan gaul rata.
CARA SIMPAN:
1. Boleh simpan di dalam balang kaca. tutup mulut balang menggunakan kain yang diikat ketat dengan getah
2. simpan dalam kain uncang jenis organza dan gantung di dalam almari
Selain uncang beras ini dapat mewangikan almari baju, sesuai juga diletakkan didalam rak kasut, stor, laci dan sebagainya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hiasan dekorasi rumah jika kita dapat buat sendiri memang lebih jimat berganda berbanding beli yang siap pasang. Sebagai contoh cermin hiasan dinding ini. Memang puas hati hasilnya bila dapat buat sendiri. Ia mampu menjadi penyeri dinding sebagai ‘feature wall’ dan dapat memberi efek luas pada sesuatu ruang.
Baca perkongsian daripada Bujang Nineten ini yang buat sendiri frame cermin di rumahnya sebagai rujukan;
Alhamdulilah teringin nak ada cermin ni,tanya siap pasang boleh tahan harga nya,buat la frame sendiri. Sebab pernah tanya siap pasang harga dekat 3 kali ganda dari kos barang tu, nak menangis rasa, tu yang buat sendiri.
Nak tunggu rajin tu ambil masa juga. Cermin siap lama dah nak pasang tu ada masa betul free baru dapat buat.
Bahan Digunakan:
OSB boardukuran papan 7’x 4′
(Saya guna ni ketebalan 9mm ada lagi tebal boleh pilih ikut kegunaan sendiri)
Cermin diamond ukuran 3’x 6′ (Beli Dah Siap Potong)
(Order masa tu RM480,sekarang tak tau la. Lagi 1 ikut warna apa kita nak,cermin yang warna biasa tu murah sikit. Macam saya punya ni color grey)
Info Ekstra!
Sebelum tampal cermin sapu clear dulu atau varnish kalau nak nampak cantik dan tahan lama.
Cara gantung mulanya memang nak pakai hook tapi risau OSB tu pecah, sebab boleh tahan berat juga dah siap pasang cermin tu. Jadinya saya drill guna wall plug je lagi 1 pakai wall plug papan tu rapat dengan wall, cantik sikit.
Sedar tak sedar, PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan) dah masuk hari ke-17 (3/4/20). Dalam tempoh ni, kesian tengok anak-anak terperap dalam rumah. Mak-mak pun mula pening nak cari aktiviti anak-anak.
Apa kata kita ikut idea Pau Dao Nyam, Buat play-doh dengan menggunakan tepung. Bukan sahaja-anak-anak seronok main, mak pun tumpang sekaki. Nak pelbagaikan, buatlah pertandingan buat objek dari playdoh tepung gandum tu
Mencari permainan menarik yang selamat untuk anak? ini salah satunya. Tak perlu risau pun kalau anak termakan
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
½ cawan garam
1 sudu makan minyak masak
Pewarna makanan pilihan
*1 sudu makan cuka (sebagai pilihan boleh juga guna cream of tar tar. tak nak pakai tak apa sebab cuka dan cream tersebut berfungsi untuk bagi ia tahan lama)
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dalam periuk. Sebaiknya pakai periuk jenis non-stick 2. Kacau rata dan pastikan tepung tak berketul
3. Buka api dapur paling kecil dan kacau doh sampai kental. Tutup Api dan biarkan sejuk 4. Boleh simpan doh dalam bekas kedap udara atau ziplock bag
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.