Sempena tahun baru cina tahun ini, mungkin ada yang terinspirasi untuk menghias kediaman ala Oriental. Gaya tersendiri dan melambangkan dunia negara belah timur seperti China, Jepun dan Korea amnya.
Tilam tanpa katil – Satu gaya klasik Oriental yang masih popular hingga kini. Jangan lupa lapikkan tilam anda dengan tikar buluh sebagai alas dan nampak kemas lagi cantik. Tidak salah jik anda menggunakan gantungan kain sutera, atau kimono atau susunan kipas tangan sebagai hiasan kepala katil.
SELAIN DILETAKKAN PADA LANTAI, REKAAN PLATFORM DALAM 4″ JUGA SESUAI DIJADIKAN ALAS TILAM SUPAYA ANDA LEBIH SELESA.
Perabot antik ala rose wood – Tidak perlu perabot kayu rose antik yang sebenar. Kini banyak perabot moden juga mengambil ilham daripada bentuk asal perabot tradisi cina. Anda hanya perlu mencari perabot kontemporari yang mempunyai elemen kesenian perabot cina dan jadikan ia seperti set konsol.
Pemidang – pemidang antara perabot yang tidak asing bagi kita dan mereka yang meminati rekaan ala oriental. Cukup sebuah dan boleh dijadikan latar kepada ruang makan atau ruang tamu.
Inspirasi Lukisan Antik – Gambar Maharaja dan Maharani yang menjadi koleksi pengumpul barang antik. Ia sememangnya mahal dan ada yang sangguP melabur wang untuk diabadikan dalam koleksi mereka.Atau cukup sebuah lukisan oriental klasik yang mempunyai sejarah yang tersendiri.
Fabrik satin Cina – Elemen yang paling mudah untuk di dapati. Kini banyak produk sedia ada menyediakan kelengkapan dengan menggunakan satin cina termasuk kotak tisu, alas meja dan bantal kecil.